
Kanak-kanak ni suka melakukan penerokaan disekitarnya. Ini kerana pada usia begini sikap ingin tahu ada dalam dirinya.
Oleh itu, ketika ini ibu bapa harus mendedahkan anakn-anak dengan pelbagai sumber untuk mereka perkembangan dirinya.
Sebagaimana perkongsian seorang bapa ini, Ahmad Abid Amin menerusi grup Tukang Apa Hari Ini yang telah membuat papan aktiviti buat anak-anaknya atau juga dikenali sebagai Busy Board.
Beliau DIY sendiri papan aktiviti ini. Berbaloi buat sendiri.
Bacaan lanjut: Resipi Viral Puding Roti Pandan Gardenia Bersama Sos Kastard, Satu Keluarga Suka!
Busy board utk anak-anak.
Mula-mula nak beli je kat anak-anak, tapi macam lagi bermakna bila anak-anak main mainan hasil tangan abi diorg.
Saya bukan belajar bidang pertukangan jadi hasil x de la sekemas mana, asalkan ade rupa je.
Untuk busy board di atas, saya gunakan plywood ukuran 4 kaki x 4 kaki ( 120 cm x 120 cm ) dengan ketebalan 12 cm.
Boleh tgk full making di sini klu nak tiru buat.
https://youtu.be/yEN6IPfxjZo
Apa itu busy board
Busy board ialah sejenis mainan kanak-kanak yang dapat membantu meransang deria kanak-kanak. Antara kebaikan kepada kanak-kanak ialah :
1. Membina sambungan saraf otak kanak-kanak
2. Membantu dalam perkembangan awal kanak-kanak dari pertumbuhan kognitif, pengembangan bahasa, kemahiran motor halus dan kasar, interaksi sosial, dan kemahiran menyelesaikan masalah.
3. Memperkuat daya ingatan kanak-kanak
4. Memberi ketenangan kepada kanak-kanak
5. Mengajar kanak-kanak atribut deria.
Sumber: Ahmad Abid Amin