Musim durian eloklah buat stok tempoyak. Senang nanti nak masak patin tempoyak , sambal udang tempoyak atau apa-apa masakan berasaskan tempoyak.
Namun nak buat tempoyak ada caranya untuk mengelak jadi berkulat. Malah jika kena caranya boleh tahan sehingga bertahun.
Sebagaimana yang dikongsi oleh puan Momo Chan yang menujukan cara langkah demi langkah untuk membuat tempoyak mengunakan resipi ibunya.
Ikuti perkongsian beliau.
Kena cara betul jika nak tempoyak tahan lama
Saya nak share cara buat tempoyak supaya tak berkulat dan tahan lama…. resepi ni tak mewakili mana2 negeri… tapi resepi ni dari mak sendiri…
kami dulu tak ada peti ais .. jadi cara2 kat bawah nii adalah cara yg memang bepuluh tahun mak buat..
Cara penyediaan ikut langkah demi langkah ini.
Durian ni boleh pakai yang murah2 .. maksudnya buah yg pecah2 dan isinya nampak tak cantik.. kalau nak pakai buah musang king pun tak da masalah..
Maksud tak elok tuu bukan kata berulat atau bekulat atau dah busuk tapi yang rasanya dah tak.sedap dimakan begitu saja…
Masukan dalam tapis.
Tip elak berkulat
Ni saya toskan 2 malam diluar peti ais ya. Air ni yang selalu jadi punca berkulat.
Masukan garam secukup rasa..Ada org cakap ehh tak perlu masuk garam nanti tak sedap. Dulu tak ada peti ais, jadi masukan garam ni unt awetkan isi durian sentiasa cantik tak da kulat atau rosak. Jadi saya tetap masukan garam walau letak dalam peti ais.
Masukan dalam balang bagi penuh pun tak pa sebab dia tak kan mengembang dah sebab masa kita tos gas dia dah keluar dan isinya pun dah kembang elok.. sebelum tutup tabur sikit gula diatas pemukaan. Nak segar letak bahagian bawah peti ais. Andaikata peti ais penuh boleh ja letak kat luar.
Selamat mencuba!
Sumber: Momo Chan
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520