
Ikan salmon memang tinggi khasiatnya. Ia merupakan jenis ikan yang sangat terkenal dengan khasiatnya. Ia mempunyai kandungan protein yang tinggi.
Tentu ada yang mencari resepi ikan salmon. Asyik bakar je kan, apa kata buat goreng pula bersalut tepung. Anak-anak tentu suka makan. Rasanya yang rangup, sesuai sangat untuk anak yang susah nak makan ikan.
Asyik Bakar Ajer Salmin
Ikuti resipi ni.
Kalau beli salmon asyik buat grill je. Hari ni kita buat salmon popcorn la pulak
Dari sekeping salmon kena buang tulang..isi tu ketul kecik2 je.
Lepas tu celup dalam telur dan gulingkan dalam tepung (tepung terpulang, nak pakai yg dah siap pun boleh nak bancuh sendri pakai tepung beras+tepung gandum pun boleh).
Goreng dgn api sederhana..jangan panas sgt dan jangan terlalu lama
Tadaaa…siap la popcorn salmon
Nak makan mcm tu saja boleh, nak makan dgn sos pun sodap..
Selamat mencuba.
Sumber: Rozaini Aziz
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kawalan Secara Biologi untuk Elak Serangan Babi Pada Tanaman. Salah Satunya Dengan Tanam Pokok Bunga Turnera

Siapa yang tak gembira kan melihat pokok yang ditanam hidup subur. Malah berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya. Namun, apabila diserang penyakit mahupun haiwan perosak memang automatik rasa geram kan.
Apa tidaknya, kita terpaksa berhadapan dengan haiwan perosak atau haiwan liar seperti babi hutan dan sebagainya yang merosakkan tanaman mereka bila-bila masa sahaja terutamanya jika tiada orang yang menjaga sepanjang masa.
Tambah lagi jika tanaman seperti pokok pisang, buah-buahan lain terutamanya bakal berhadapan dengan babi hutan atau monyet yang akan menyerang tanaman yang telah diusahakan.
Pelbagai petua orang dulu-dulu yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan perkara ini terjadi berulang kali. Jom kita cuba petua mudah ini yang yang dikongsikan Maria Isabella menerusi page Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Saya share utk kawan2 kebun bandar.(copy paste)
Kawalan Secara Biologi untuk Mengelak Serangan Babi/khinzir :
Pokok bunga Pukul 10 atau Turnera subulata (bunga putih) ini biasanya di tanam di ladang kelapa sawit. Kalau Tuan/Puan perasan ada di keliling ladang kelapa sawit berhampiran pagar. Bagi tanaman kelapa sawit Bunga Turnera Dan Air Mata Pengantin ditanam bertujuan untuk mengawal ulat bungkus yang menyerang tanaman kelapa sawit.
Bunga Turnera juga sesuai ditanam di Kawasan tanaman yang Tuan/Puan usahakan seperti Pisang, Kelapa dan lain-lain seperti padi.
Bunganya akan mula kembang pada pukul 10 pagi dan kuncup pada waktu petang. Itu sebabnya dipanggil pokok bunga Pukul 10.
Bunga ini mengeluarkan bau yang babi/khinzir tidak suka. Ianya boleh tanam di sekeliling Kawasan tanaman untuk dijadikan sebagai ‘pagar’ bagi mengelak serangan Perosak. Kita sedia maklum babi aktif lewat petang dan malam. Aroma bunga ini bila malam semakin kuat. Bau ini menganggu deria bau babi.
Bunga ini ada yang berwarna putih dan kuning. Yang kuning nama spesisnya Turnera umnifolia dan Turnera diffusa. Boleh Google.
Kajian pernah dijalankan di Taman Botani Negara Shah Alam terbukti berkesan mengawal serangan babi/khinzir.
Selamat Mencuba!
Sumber Fb: Zarina Jaafar
*BAGUS TEKNIK NIE JIKA BERKESAN 😊💪🙏
“Anggaplah Isteri Bukan Sebagai Maid Tapi Soulmate Kita.” 14 Tahun Jaga Isteri Lumpuh, Pengorbanan Edika Yusof Wajar Dicontohi!

Suatu ketika dahulu, beliau sangat digilai oleh anak gadis. kemunculannya baik dalam bidang peragaan mahupun lakonan dinantikan.
Namun, kelibatnya hilang di halaman bidang seni tanpa dikesan. Edika Yusof dalam satu sesi temu ramah sebelum ini pernah berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kira-kira 14 tahun lalu.
Rata-rata mengkagumi beliau kerana sanggup berkorban menjaga isterinya yang sakit itu. Bahkan, dia juga enggan berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.
“Dua tahun lepas kahwin, isteri jatuh sakit dan lumpuh. Tak boleh cakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.
“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku.
“Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang lumpuh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.
“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lumpuh kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal.
Ada yang tanya kenapa tak kahwin lagi satu. Tapi katanya kata kahwin lain bukan selesaikan masalah.
“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.
“Isteri juga pernah beritahu , kalau nak kahwin lagi saya dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hati nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.
“Jadi kalau saya nak ‘pulangkan ‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.
“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.
Pesanan Edika Yusuf kepada para suami di luar sana, dia menyarankan supaya sama-sama susah dan senang.
“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beba kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga.
“Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Video penuh temu ramah bersama Edika Yusof.
Sumber: Sinarfm
“Tanah Hakmilik Sementara, Tidak Boleh Lagi Dibuat Pecah Bahagian…”Peguam Ni Jelaskan Sila Take Note!

Mempunyai sebidang tanah begitu bernilai untuk anak cucu kita warisi. Bahkan tidak dinafikan dengan adanya tanah tersebut menjadi aset yang menguntungkan, memandangkan nilai pasaran tanah sentiasa meningkat dari masa ke semasa.
Pun begitu, ada juga yang berasa keliru dengan status gran tanah yang dipegang. Lebih-lebih lagi bila tertera ‘HAKMILIK SEMENTARA’.
“ALAMAK, KAT TITLE SAYA TULIS “HAKMILIK SEMENTARA” LAA MAKSUDNYA APAA? RISAU LAA.. ”
Jangan terkejut atau keliru apabila kita lihat pelbagai jenis hakmilik pada geran/title. Sebenarnya perbezaan nama ni berlaku kerana terdapatnya kaitan dengan jenis pegangan, dan proses ukuran dari Jabatan Ukur. Namun hari ini mari lihat khusus pada Hakmilik Sementara.
Untuk itu, jom baca penjelasan daripada peguam ini berkenaan geran yang status Hakmilik Sementara ini.
BELUM DIUKUR OLEH JABATAN UKUR
Kenapa ianya dipanggil Hakmilik Sementara? Jawapan mudahnya adalah kerana tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur.
Selepas melalui proses ukuran akhir, ianya akan dipanggil Hakmilik akhir. Tujuan ukuran akhir ini pula adalah untuk mendapatkan ukuran muktamad keluasan satu-satu hartanah berkenaan. Dan sekiranya terdapat perbezaan ukuran, mungkin akan menyebabkan pengurangan atau penambahan kepada cukai tanah tersebut.
MENGENALI HAKMILIK SEMENTARA
Cara paling senang untuk identify hakmilik sementara adalah sudah tentu dengan lihat tajuk besar dalam geran, akan ditulis ‘Hakmilik Sementara’.
Untuk lagi pasti, Hakmilik Sementara ini, Nombor geran akan bermula dengan HS (M) atau HS (D).
Namun untuk urusan jualbeli, bagaimana effect dia?
ADA MASALAH KE JUAL/BELI HARTANAH HAKMILIK SEMENTARA?
Tiada masalah.. Seperti dah diterangkan di atas, Hakmilik Sementara tetap dikira sebagai geran, cuma belum diukur akhir.
Jadi tiada masalah untuk membeli hartanah berstatus hakmilik sementara ini.
Namun important to note, Hakmilik Sementara ini tidak boleh lagi dibuat pecah bahagian atau pecah sempadan. Ini hanya boleh dibuat selepas dapat hakmilik akhir ke atas tanah tersebut.
Semoga dapat membantu melegakan sebarang kekeliruan kepada semua yang membaca.
Sekian
Sumber : Syaz.MJ
Peguam Hartanah Anda
ARTIKEL MENARIK: Berkerja Sendiri Pun Masih Mampu Beli Rumah Seawal Usia. Triknya Buat Begini Dengan Guna Akaun Bisnes!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club