Asyik Beli Saja, Tanam Sendiri Ulam Selom Dalam Kotak Polisterin, Sebulan Dah Dapat Hasil.

Share

Rupanya mudah je nak tanam daun selom ini di rumah. Ia merupakan salah satu tanaman sayuran ulaman yang senang ditana.

Pokok ini mudah ditanam dengan menggunakan keratan batang walau pun ada yang menanam menggunakan biji benihnya.

Daun pokok ini sedap dibuat ulam makan begitu sahaja. Rasanya yang ‘fresh’ membuatkan ramai yang menggemari ulam ini.

Untuk hasilnya yang lebih merimbun, lelaki ini menunjukan cara tanam ulam selom dalam polisterin.

Ikuti perkongsian Ibrisam Wossali ini.

Ramai yang tanya bagaimana caranya tanam selom mengunakan polysterin…..
Oklah hari ni saya nak tunjukkan caranya. Kaedah ini boleh juga utk tanam pokok kesom. Sbb kedua2 jenis pokok ini suka pada keadaan tanah yang lembab dan berair.

1. Kotak polysterin

Buat lubang pd sebelah sisi lebih kurang sejengkal dari aras tanah.

Kotak polysterin mestilah dlm keadaan baik dn tidak rosak. Pada bhg dasar polysterin tidak perlu buat lubang. Buat lubang pada bhg sisi shj iaitu lebih kurang sejengkal dari aras tanah. Bila isi tanah nnti mestilah paras tanah melebihi dari paras lubang. Ini bertujuan agar tidak nampak ada air bertakung di dlm polysterin tersebut. Nyamuk pun tidak dpt bertelur di situ.

2. Penyediaan tanah.

Campuran tanah di biarkan selama seminggu.

Saya guna tanah bakar @ hitam + tahi kambing @ tahi ayam + pasir ( nisbah 3:2:1 )
Gaul rata lepas tu masukkan ke dlm polysterin. Siram air sehingga paras lubang yg di buat tdi. Biarkan selama seminggu.

3. Penyediaan keratan btg selom.

Keratan btg selom yg telah di rendam selama 3 minggu.
Tarikh tanam pokok selom 17.05.2021

Pada setiap keratan btg selom sekurang2nya ada 3@4 ruas mata tunas.


Rendam keratan btg selom sehingga berakar. Sya lebih suka biarkan rendaman keratan selom selama 3 minggu. Pada masa ini akarnya dh panjang sikit. Nak rendam seminggu pun boleh juga tapi akar masih pendek lgi. Dlm masa 3 minggu merendam keratan tersebut, kena rajin selalu tukar air rendaman utk mengelakkan keratan menjadi busuk dan air menjadi masam. Tugasan ni penting ya sahabat kalau tak nnti semua keratan selom rosak.
Masa nak tanam keratan selom ni, pastikan 1@2 ruas mata tunas tertanam dlm tanah. Pada ruas tersebut ada akar pokok.
Selepas tanam dlm masa dua minggu pertama kena siram 2x sehari. Ini juga penting utk pertumbuhan akar pokok yg masih baru.

4. Pembajaan.

Tarikh 27.06.2021 pokok dh besar dan dah boleh petik hasil. Lebih kurang sebulan lebih dari tarikh tanam, pokok ambil masa utk membesar..

Sya mula beri baja pertama bila usia pokok selom sebulan. Sya beri baja kopi. Selang beberapa hari kemudian beri baja AB pula.


Selamat mencuba ya sahabat. Semuga berjaya nnti. Ini adalah cara saya. Org lain ada caranya tersendiri. Yang paling penting pokok yg kita tanam tu hidup dan dpt merasa hasilnya.

Sumber: Ibrisam Wossali

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club