Nak selera tak hari ini? Apa kata masak ‘mushroom soup’. Rasanya yang pekat dan sedap pasti menjadi kegemaran ramai. Bukan aje kanak-kanak bahkan orang dewasa pun suka hidangan ini.
Rasanya memang sedap dihirup panas-panas atau di cicah dengan roti bawang putih garing. Nak puas makan, jimat serta berbaloi bila buat sendiri sup cendawan ni di rumah. Rasanya lebih sedap berbanding guna pes segera dalam tin .
Jika asyik beli mushroom soup di dalam tin apa kata buat sendiri , pasti elak kandungan pengawet yang tinggi dalam tin.
Jom buat!
RESEPI CREAMY MUSHROOMS SOUP TANPA GUNA SUP CENDAWAN DALAM TIN Tahu tak canned Mushrooms soup tu tak sihat? Tinggi garam & banyak pengawet. Memandangkan Ibu saya tak sihat, memang ibu tak lalu makan & tak tahan pedas langsung, kesian Ibu. Jadi saya masakkan untuk Ibu Mushrooms Soup yang senang berkhasiat tapi mudah sangat! Abah pun berselera kemain makan. Kat bawah saya sertakan resepi, korang boleh buat bagi anak-anak makan.
BAHAN-BAHAN :
Dania sarankan korang guna pure butter, barulah mengaum bau wangi dia semerbak harummm.Dania gunakan Anchor Butter Murah & sedap. Sebanyak mana terpulang korang la, mcm Dania suke lebih sikit… Angkat selera bile bau butter tu. -Butter saya pakai anchor & Olive oil.
Resepi ni dimasak semasa Ibu saya ade dan sedap sangat dia makan, Saya masak ni pada tarikh posting di post & sekarang 2/12/2019 Ibu saya telah pun kembali kepada penciptanya, Sedekahkan Al-Fatihah kepada Ibu saya Monaliza Binti Majidah.
Bila ditanya anak-anak, antara ibu dan ayah siapa lagi mereka selesa untuk berbual atau bercakap tentang sesuatu perkara.
Mungkin ada antaranya mengatakan ibu. Ini dek kerana sedari kecil hanya ibulah yang rajin melayan dan bersembang dengannya.
Berbanding sikap ayah yang tidak bercakap banyak dengan anak-anak kerana memikirkan biarlah isteri urus hal anak-anak.
Pun begitu, situasi ini bukanlah cara terbaik dan perlu diubah agar pihak suami juga tahu serba serbi tentang anak.
Berkongsi ilmu keibubapaan berkenaan pentingnya seorang ayah bercakap dengan anaknya dan cara bagaimana isteri dapat membantu pasangan untuk berubah ke arah itu, jom baca perkongsian daripada Dr Redza Zainol ini.
“Macam mana saya nak bagi pasangan saya faham pentingnya untuk bercakap dengan anak-anak?”
Bila ada follower mengeluh pasangan dia tak minat nak tahu ilmu parenting, saya sebenarnya teringat pada diri saya sendiri.
Dulu saya fikir dah cukup sangat kalau saya pergi kerja, bayar yuran itu ini, bagi anak makan minum dan sediakan tempat tinggal yang selesa.
Bahagian bermain dan bercakap dengan anak tu bukannya tak buat langsung, tapi kuranglah.
Pada saya remeh aje nak buat semua tu. Isteri kan ada. Itulah kesilapan saya.
Bila mula ada kesedaran, taklah terus bertukar 180 darjah jadi ayah yang tahu serba serbi. Saya mula belajar benda sekecil cara nak respon pada anak, cara puji anak, cara urus emosi negatif anak dan bermacam lagi.
Saya terus belajar sampailah satu hari isteri kata pada saya,
“Uniknya cara Allah susun perjalanan supaya awak belajar ilmu parenting.”
Waktu tu barulah saya tersedar apa impian isteri saya.
Dia berharap sangat saya sama-sama ambil tahu tentang ilmu keibubapaan. Dia berharap sangat kami besarkan anak dengan cara yang sama.
Kalau pasangan kalian tak minat dengan ilmu parenting, saya kongsikan 5 tips ni.
1. Tambah ilmu
Kalau nak pasangan sama-sama jadi Involved Parents, kita sendiri wajib tambah ilmu dulu. Barulah tahu di mana kekurangan diri sendiri.
2. Kena ‘lead by example’
Ini yang selalu isteri saya buat. Ilmu yang dia kongsi pada saya, dia amalkan di dalam atau luar rumah.
3. Tunjuk secara praktikal.
Kita tunjukkan praktikal cara nak uruskan anak yang meragam, skrip untuk ‘acknowledge’ perasaan anak, cara bermain dengan anak dan bermacam lagi.
4. Teruskan berkongsi.
Apa-apa tips atau video yang kita rasa bagus, hantarkan je pada pasangan kita. Jangan ada rasa yang pasangan kita takkan ambil tahu.
5. Teruskan berdoa. Ni yang paling penting.
Kena ingat yang hati manusia, Allah yang pegang. Kalau Allah nak bukakan hati pasangan kita, sekelip mata je Allah boleh buat.
Saya percaya, apa saja perjalanan hidup kita, tak ada satu pun yang Allah susun dengan sia-sia.
Tatkala anak-anak lain seusianya bebas berlari ke sana ke mari dengan penuh keriangan, dia hanya mampu terbaring lesu tidak bermaya. Baru berumur 9 tahun, namun si kecil ini sudah diduga hebat dengan 4 jenis penyakit.
Kisah adik Nour Rabiatul Adawiyyah Iman Binti Mohd Fauzi ini dikongsikan oleh saudara Najmi Farisham di laman facebooknya baru-baru ini.
Luluh hati aku bila dengar seorang kanak-kanak perempuan, Nour Rabiatul Adawiyyah Iman binti Mohamad Fauzi, berusia 9 tahun sedang bertarung 4 jenis penyakit.
Adik ini menderita ketumbuhan otak, sawan kronik, sakit saraf dan asma. Sehingga ke hari ini sudah lebih seminggu kena tahan dalam wad di Hospital Taiping. Aku duk mesej dengan maknya, hari ini baru sedar setelah 7 hari tak sedarkan diri, itupun masih lemah.
Ayahnya cuma kerja kampung. Maknya pula tak bekerja. Setiap hari terpaksa berulang alik ke hospital untuk jaga Iman. Sedikit sebanyak sedikit terjejaslah kewangan mereka. Lagipun Iman ini bergantung dengan susu khas yang mana kos bagi sebulan RM500.
Iman juga nanti akan ikuti rawatan lanjut kerana doktor masih tak dapat kesan punca sawan yang terlalu kerap.
Jika ada dalam kalangan kita yang bermurah hati nak berkongsi rezeki, bolehlah sumbangkan ke nombor akaun ini ya. Kita bantu setakat mampu, insya-Allah.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian pada akaun
Haslizah Ibrahimn Bank Bsn Giro-i di nombor 0890041000096805. Atau boleh menghubungi Haslizah di talian 01157605916 untuk maklumat lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pastinya kita sebagai rakyat ternanti-nanti apakah perancangan dan perlaksanaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membawa negara dan rakyat ke arah kehidupan lebih baik pada masa ini di bawah kerajaan Keluarga Malaysia untuk 12 bulan akan datang.
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu akan terjawab Jumaat ini, di mana Bajet 2022 akan dibentangkan di dalam persidangan Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Jumaat ini (29 Oktober ).
Lebih-lebih lagi baru-baru ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada memberi bayangan ada ‘berita baik’ untuk penjawat awam, sekali gus membuatkan seramai 1.6 juta penjawat awam sudah ada yang tersenyum dan tidak sabar menunggu pengumuman Bajet 2022 tersebut.
Photo by Ishan @seefromthesky on Unsplash
‘Berita Baik’ Buat Penjawat Awam
Ini sepertimana memetik laporan berita di Astro Awani, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan 1.6 juta penjawat awam sentiasa dihargai oleh kerajaan dan rakyat.
“Kita sangat menghargai penjawat awam kerana mereka sangat penting kepada pembangunan negara, tentu sekali tidak pernah melupakan mereka… tunggu sajalah pembentangan Bajet 2022,” katanya ketika ditanya mengenai ‘berita baik’ bagi penjawat awam dalam belanjawan tahun depan semasa Wawancara Bajet 2022 media bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Gambar sekadar hiasan
Dua aspek yang diberi tumpuan dalam Bajet 2022 adalah penjanaan pekerjaan bagi sektor swasta dan awam bagi mengatasi masalah pengangguran dan pendidikan yang merangkumi peruntukan untuk institusi pendidikan bukan hanya untuk Sekolah Kebangsaan, tetapi juga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil serta Maahad Tahfiz.
Ismail Sabri berkata, penjanaan pekerjaan melibatkan semua pihak, golongan belia, rentan dan orang kurang upaya (OKU).
“Hampir 440,000 penempatan pekerjaan dan penciptaan pendapatan berjaya dilaksanakan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan setakat 22 Okt lepas menerusi pelbagai inisiatif,” katanya.
Beliau berkata, majoriti daripada kejayaan itu disumbangkan oleh penempatan pekerjaan secara pengambilan terus menerusi program Penjana Kerjaya, program Short-term Employment Program atau MySTEP serta Program Perantisan dan Skim Perantisan Nasional (SPN) membabitkan peruntukan RM3.9 bilion.
Katanya, kadar pengangguran dalam negara juga beransur pulih dari nilai tertinggi iaitu 5.3 peratus pada Mei 2020 kepada 4.6 peratus pada Ogos lepas hasil program latihan relevan yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan kebolehpasaran dan melengkapkan rakyat dengan kemahiran selari permintaan industri.
Sehubungan itu beliau mengajak rakyat supaya mendengar dan memberi tumpuan kepada faedah yang bakal mereka peroleh daripada Bajet 2022.
Tumpuan Sektor Pendidikan
Dalam sektor pendidikan, Ismail Sabri berkata kerajaan akan terus menekankan kualiti pendidikan serta membina ketahanan sistem pendidikan negara berdasarkan pengalaman semasa pandemik COVID-19 selain memberi perhatian mengenai pembayaran pinjaman pendidikan.
Perdana Menteri berkata, Bajet 2022 juga akan menyokong kembali sesi pembelajaran yang lama terjejas akibat penutupan aktiviti ekonomi dan sosial terutama melalui agenda digitalisasi menerusi penyediaan kemudahan serta bantuan pendidikan kepada golongan B40 yang paling terjejas.
“Apa yang penting adalah imunisasi anak-anak kita yang sekarang ini sedang berjalan lancar dan ini salah satu aspek yang akan menentukan kejayaan pembukaan sekolah semula, di samping pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baik dan berdisiplin,” katanya.
Beliau berkata, sekolah-sekolah daif khususnya di luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan mendapat perhatian dalam Bajet 2022 yang mana ia akan dibaik pulih bagi memastikan pelajar dapat mengikuti proses pembelajaran secara kondusif dan sempurna.
Katanya, Bajet 2022 akan membantu Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan penularan pandemik COVID-19. – BERNAMA
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.