Asyik Beli Di Kedai Mee Kuning, Buat Di Rumah Saja. Tanpa Kapur Dan Pengawet Guna 4 Bahan Ni Memang Menjadi!

Share

Tentunya ramai yang mengemari masakan berasaskan mee. Sebenarnya pelbagai masakan yang boleh dibuat menggunakan mee kuning.

Namun, asyik beli mee kuning di kedai aje, apa kata buat sendiri di rumah pun boleh. Paling penting tiada bahan pengawet. Jika tak ada mesin khas pun boleh saja.

Sebenarnya mudah aje nak buat mee kuning. Ikuti resipi perkongsian puan Norain Naim

Mee homemade 4 bahan saja 

Percubaan buat mee kuning membuahkan hasil. Lama dah nak buat tapi kelmarin baru berkesempatan. Siapa yang nak cuba tu jom cikedot resepi

Bahan

300 gram tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
air suam

Cara penyediaan:


1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air ni agak2 je tau sampai doh tak lekit dekat tangan. Jangan over air nanti lembik. Kalau lembik tambah sikit lagi tepung

2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.

3. Masa canai nipis tu tabur taburkan tepung sikit supaya tak melekat. Dah canai nipis lipat kan dia. Sila tengok gambar ye. Lipat tu untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tak yah lipat.

4. Ok dah boleh potong nipis2. Macam ain tak de mesin canai mee tu jadi potong guna manual, guna tangan. Yang ni kite suruh suami yang potong . Ikut masing2 nak nipis mana

Video:

5. Rebus 5 minit atau sampai mee lembut

6. Toskan mee tadi dalam air sejuk atau berais. Kite tak nak mee terlebih kembang. Letak sikit minyak bagi cantik berderai.

Alhamdulillah, siap dah mee kite. Boleh la buat mee goreng ke, mee sup ke, mee kari ke. Senang kan?

Bahan2 pun mudah dapat, tak de bahan kimia Asid borik tu. Selamat mencuba mak mak sekalian

P/S : Ada yang tanye tak perlu letak pewarna ke? Bagi ain macam ni pun dah cantik warna dia. Kalau nak letak juga boleh letak serbuk kunyit sikit

Sumber: Norain Naim