Selama perjalanan hiburan Astro 25 tahun untuk rakyat Malaysia, kami berjuang dan berkembang setiap masa seiring dengan cara penyerapan informasi di kalangan pengguna TV, Radio dan Digital. Dengan perubahan dan perkembangan baru dalam tingkah laku pengguna, kami berusaha memberi perkhidmatan terbaik dan membawa jenama anda ke barisan hadapan pasaran, disokong oleh rangkaian pengguna besar di belakang Astro dan keseluruhan ekosistem media.
MemperkenalkanTawaran 8.8 oleh Astro Media Solutions Untuk Mambantu Anda Pulih Lebih Pantas Dan Bangkit Lebih Kuat
Di Astro, kami berusaha menerokai dan mencari peluang pemasaran baharu untuk membantu memperluaskan jenama anda di kalangan pelanggan baharu. Pandemik kali ini juga melahirkan trend penggunaan yang baharu. Kami akan bekerjasama dengan jenama anda untuk mengenalpasti kelompok sasaran baharu dan memahami keperluan mereka hari ini.
Hampir separuh daripada penduduk Malaysia telah menerima sekurang-kurangnnya 1 dos vaksin Covid 19. Sekarang, jenama anda pula perlu membina hubungan emosi baru dengan khalayak ini sama ada memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia bersama anda dan mengenal pasti jenis pelanggan baharu anda.
Ads
Dos berganda, ransangan berganda
Sementara demam festival membeli-belah 8.8 masih hangat, kami melanjutkan Promosi 8.8 bersempana Ulang Tahun Astro Ke-25, tawaran rangsangan mega istimewa optimum yang menawarkan nilai terbaik untuk pelaburan media anda. Dengan diskaun extra 8% dan 25% spot ekstra untuk semua pakej off-the-rak di TV, Radio dan platform Digital.
Dengan kandungan yang dilokalkan di setiap platform penonton anda berada, pakej ini boleh menggandakan peluang perniagaan anda sampai kepada kumpulan sasaran. Dengan pelaburan kecil anda dapat publisiti besar dan tentunya dapat mempercepatkan pemulihan serta pertumbuhan perniagaan anda.
Ads
Contoh Tawaran: Pakej Gempak 2021
2. Contoh Tawaran: Pakej MyDunia Starter B
Ads
Tawaran ini terbuka kepada semua pengiklan dengan media orders baharu yang diterima pada 2 Ogos – 15 September 2021. Tertakluk kepada terma dan syarat.
#WeAreBetterTogether, hubungi team kami hari ini di mediasolutions@astro.com.my. Klik di sini untuk melihat kesemua pakej terbaik yang optimum untuk TV, Radio, Digital dan platform OTT. Sekiranya anda adalah SME, daftar sebagai ahli SME360 di sini untuk lebih banyak pakej pengiklanan dengan diskaun eksklusif sehingga 90% sesuai untuk semua jenis saiz perniagaan.
Terma dan Syarat:
Tawaran ini sah untuk semua pakej Astro off-the-rak untuk TV, Radio dan platform Digital.
Hanya sah untuk media orders BAHARU yang diterima pada 2 Ogos– 15 September 2021.
Tempahan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada kekosongan inventori pada masa tempahan
Pengiklan boleh menebus 25% spots ekstra untuk mana-mana saluran yang telah ditempah dalam media order yang sama kecuali Astro Ria (6pm – 12am) dan Astro AEC (6pm – 12am).
Semua spots ekstra mesti ditebus bersama-sama dengan spots yang telah dibayar dan saluran yang ditempah dalam satu media order dan Astro tidak bertanggungjawab untuk mana-mana spots iklan yang tidak ditebus atas apa alasan sekali pun.
Semua spots hendaklah dimanfaatkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2022; tiada tempoh lanjutan akan diberikan untuk spots yang tidak digunakan.
Anak-anak itu penyambung keturunan, permata hati buat ayah bonda bahkan mereka lah penyeri kehidupan dalam rumah tangga. Pastinya kehadiran anak-anak begitu bermakna dan ia merupakan anugerah terindah dalam hidup ini.
Meskipun rasa bahagia dikurniakan rezeki anak, namun jangan kita pernah lupa untuk mensyukurinya walau dalam apa keadaan sekali pun. Maklumlah dalam membesarkan anak-anak banyak ujiannya.
Ini sebagaimana menurut perkongsian Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim ada tanda-tanda yang menunjukkan kita sebagai ibu bapa benar-benar bersyukur dengan anak atau sebaliknya.
Tanda-tanda kita syukuri seadanya anak kita
1. Tidak pernah mengeluh walaupun penat melayan kerenahnya. Penat rehat, mudah je.
2. Selalu bersangka baik walau buruk mana pun anak buat. Kerana kita tahu anak masih banyak perlu belajar.
3. Setiap kali menegur, menegur dengan niat untuk mendidik bukan menghukum.
4. Selalu perbaiki dan tambah baik cara bercakap, cara berinteraksi dan cara mengawal emosi di depan anak.
5. Rajin bertanya keadaan anak, “bagaimana hari abg hari ni, okey?” Soalan simple tapi itu la tanda prihatin dan peduli emosi anak.
6. Kerap berbual dengan pasangan perkara-perkara yang di syukuri tentang anak.
7. Setiap hari buat refleksi, apa perkara yang perlu di tambah baik, apa perkara yang perlu dibetulkan dan apa yang boleh di syukuri.
8. Sentiasa mengingatkan sesama pasangan untuk sentiasa memberi yang terbaik bukan mengharapkan anak beri yang terbaik.
9. Ikhlas dalam mencintai dan menyayangi semua anak-anak tanpa mengira kelasakan, kenakalan dan kedegilannya.
10. Tidak pernah lekang di mulut mendoakan kebaikkan dan kebahagiaan anak-anak.
Semoga anak-anak kita semua membesar menjadi anak yang soleh & solehah.
Wallahu A’lam,
Sumber : Mohd Fhais Salim[su_button url=”https://www.facebook.com/m.fhais” style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Mohd Fhais Salim[/su_button]
Apa yang anda akan lakukan jika anak anda memerlukan bantuan khas dalam pembelajaran?
Dan apa pula akan anda lakukan jika KESEMUA anak anda disahkan memerlukan bantuan khas ,yakni mempunyai learning disabilities dan layak memiliki kad OKU?
Perkongsian seorang ibu yang mana anak- anaknya disahkan Dyslexia dan Global Development Delay (GDD) yakni kanak-kanak yang tidak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya berdasarkan umurnya membuatkan admin yang baca sungguh sebak. Betapa kuatnya ibu ini melangkah, kental jiwanya biar diduga dengan ujian yang sedemikian hebat. Bukan calang-calang orang dan MUNGKIN juga dia INSAN TERPILIH.
Keterbukaan Puan Salwa Mohd Saleh menceritakan perihal anak-anak istimewanya pasti memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain yang mungkin menghadapi situasi yang sama.
Bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun Salwa memilih untuk REDA, kekal KUAT demi anak-anak tanpa sekelumit pun rasa kecewa mahupun mahu mempersoalkan apa yang sudah ‘dihadiahkan’ oleh Yang Maha Pencipta untuknya dan suami.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk semua.
INI CERITA KAMI SEKELUARGA
Kenapa hari ini saya membuat keputusan untuk menulis dengan terbuka? Kerana saya rasa sudah sampai masanya untuk lebih ramai orang bersikap terbuka.
Mari kita mulakan satu persatu mengikut timeline.
Israaa’ yang disahkan menghidap Global Developmental Delay (GDD) iaitu masalah dalam pertuturan.
Anak bongsu, Israa’ kini mencecah 2 tahun 8 bulan. Keluar masuk hospital sejak usia 6 bulan pada tahun 2015 setelah diserang jangkitan paru-paru yang teruk hingga berada di ICU. Tidak terhenti setakat itu, Israa’ paling banyak diuji kesihatan. Multiple trigger wheeze (and later asthma), bronchiolitis, recurrent pneumonia, otitis media, single sided deaf, food allergy, allergic rhinitis, speech delay, developmental delay, you name it.
Jika tak warded sekalipun, jadual menziarah hospital setiap bulan memang padat. Hehehe. Hampir kesemua paeds dan staff di ward kenal Israa’. Klinik pakar pun macam hampir semua aje nak dilawat. Menjengah 2 tahun, imun lebih kuat dan sudah jarang admitted.
Kesemua ini ujian besar buat anak kecil ini, tapi dia tetap kanak-kanak yang ceria. Masih belum boleh bercakap buat masa ini (not a single meaningful word) but hey, dah berjaya berjalan! Yeaaay! We are working on his speech and OCT and his case? It’s called a GLOBAL DEVELOPMENT DELAY (GDD).
Sekarang mari kita bercerita tentang yang di tengah. I’jaaz yang cheeky, banyak cakap, suka menyanyi dan banyak idea/karenah. Sejak usia dia 4 tahun, saya mula dapati ada beberapa perkara tidak kena dengan dia. Antara yang paling selalu, huruf terbalik p, q, j, s dan beberapa lagi. Tapi masih terlalu awal untuk diagnos dengan apa-apa kerana ini fasa anak sedang develop, confuse dengan sesuatu perkara adalah normal. Dia sudah mula ke taska bersama abangnya yang 6 tahun ketika itu pada tahun 2015.
Mencecah usia 5 tahun, dia makin susah nak ke sekolah. Setiap pagi ada sahaja drama. Abangnya pula sudah darjah 1, jadi tiada kawan nk pergi sama. Makin pelik. Alif ba ta yang sudah diajar setahun lebih, dia tak ingat. Tidak fokus, susah mengingati sesuatu arahan, mood berubah dalam jangka beberapa saat dan beberapa lagi ciri lain.
25 Oktober tahun lalu, kami hantar untuk buat ujian bagi dyslexia di Persatuan DYSLEXIA MALAYSIA kerana usianya telah 5 tahun 6 bulan, sesuai untuk buat ujian. Saya tidak terkejut langsung dengan hasil laporan, kerana memang saya telah lama dapat kesan, I’jaaz memang ada ciri dyslexia yang ketara. Dan selepas kami bawa ke pakar psikatari kanak-kanak, I’jaaz juga berkemungkinan menghidap ADHD juga. Tak pelah nak. Special sungguh.
Ada 12 pusat dyslexia di bawah kelolaan PDM seluruh Malaysia. Paling dekat dengan kami di Putrajaya ni adalah di Bandar Baru Bangi. Jadual keseluruhan keluarga untuk 2017 terpaksa dirombak serta merta. Kalau dulu, kami gagahkan juga satu kereta, menghantar anak kesekolah kemudian ke hospital tempat suami bekerja, kali ini masa dan jarak tak mengizinkan. Atas faktor itulah, secara drastik kami membeli kereta terpakai bulan Disember kerana ianya sudah bertukar menjadi keperluan mendesak.
I’jaaz sudah 3 bulan di sekolah baru, makin menyesuaikan diri dan makin happy. Tidak lagi rasa tertekan dan rasa rendah diri sebab semua orang sama dengan dia. Nanti saya cerita lebih lanjut.
Oh, apa pula cerita anak sulung, si Imran yang manja, penuh empati, kreatif tapi selalu cembeng. Ini juga kategori special. Dari sudut kesihatan, sejak usia 8 bulan dia juga diserang pneumonia, dan kemudian eczema, allergic rhinitis dan food allergy. Keluar masuk hospital hingga usia 3 tahun dan buatkan Emaknya decide berhenti kerja. Menariknya lepas emaknya berhenti, dia tak masuk ward dah. Hahahaha.
Dia mula ke taska umur 4 tahun. Umur 5 tahun saya decide untuk sekolahkan sendiri. Umur 6 masuk semula ke taska. Pada awalnya saya memang sedar, dia sedikit unik dan tidak seperti anak lain. Hampir masuk ke sekolah rendah juga masih tidak boleh membaca dan menulis. Dalam pada hati saya merasa mungkin Imran perlu ambil masa (it’s totally normal for kids especially boys jika tak tahu membaca sampai usia 8-10 tahun ya) cuma beberapa ciri lain buat saya sedikit risau. Imran ni ada sedikit ciri autism tetapi saya tak fikir dia autism.
Pendapat saya dipersetujui pakar kanak-kanak waktu saya bawa dia berjumpa sebelum dia masuk ke sekolah rendah. Pakar kata agak grey area tapi let’s see. Jadi kami masukkan ke sekolah seperti biasa. Of course lah dia kene masuk kelas pemulihan, linus untuk bantu. Dan dia masih dengan keunikannya. Mengajar imran membaca seolah-olah anda cuba terangkan rocket science dan teori black hole kepada dia. It’s very tough for him to get the idea. Sejak umur dia 4 tahun saya dah cuba berbagai kaedah, you name it. Buku rasanya lebih 100 buah. I’ve tried everything.
Cut short the story, setelah perbincangan demi perbincangan kami akhirnya bawa imran jumpa Pakar Psikatari Kanak-Kanak di HUKM untuk diagnosis lebih sempurna. Saya tak merisaukan dia tak boleh membaca. Tidak. Saya cuma ingin dia dibantu dengan cara paling efektif supaya dia seronok belajar dan tidak ketinggalan hingga rasa rendah diri. Itu sahaja.
2 minggu selepas I’jaaz menjalani ujian dyslexia, Imran pula didiagnos awal dengan GLOBAL DEVELOPMENTAL DELAY sama seperti Israa’. Dan bermula la appointment demi appointment untuk uji kesemuanya. Kami ke klinik pakar mata, ENT, speech, kanak-kanak dan menjalani ujian IQ untuk Imran. Result akan keluar bulan depan dan baru perbincangan akan diteruskan untuk tahu masalah sebenar Imran dan cara untuk bantu Imran dalam pelajaran.
Panjang?
Lama pendam ni. Ketika huru hara dalam kelam kelibut saya dengan Projek Beg Sekolah, ini semua berlaku. Ya, Allah sahaja yang tahu rasa hati saya dan suami.
Paling sukar bila nak beritahu Opah (ibu saya) dan Nanny (ibu suami). Mereka down. Sedih total. Dapat lihat riak wajah mereka yang suram. Saya pula terpaksa yakinkan mereka, ini semua ujian. Dan kami adalah the chosen one (perasan sungguh) sebab kami mampu tempuh. It’s not even genetic problem!
Saya bersyukur dikurniakan hati seperti bulldozer. Kekal kuat demi anak-anak. Sekelumit hatta sezarah saya tidak pernah kecil hati atau rasa ujian ini tidak adil. Saya tidak pernah menangisi Why me? Why Me? Saya tidak pernah rasa marah pada Allah.
Rajinnya Salwa buat kad sifir sendiri untuk kegunaan anak-anak.
Saya rasa Allah beri sebab Allah mahu saya buat dengan terbaik bersama suami. Dan mahu saya sebarkan ilmu lebih banyak tentang ini kepada orang awam.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.