Astro Prima dan Nu Ideaktiv lancar program bual bicara Borak SeeNI, dari aplikasi ke kaca televisyen. Astro dan Nu Ideaktiv dengan bangganya membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen anda menerusi program bual bicara baharu, ‘Borak SeeNI’ yang mula bersiaran pada 1 Oktober lalu.
Astro Prima Dan Nu Ideaktiv Lancar Program Bual Bicara Borak SeeNI, Dari Aplikasi Ke Kaca Televisyen
Program bual bicara yang moden dan interaktif ini membincangkan pelbagai topik menarik dan bersiaran secara langsung pada setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi di Astro Prima (saluran 105). Borak SeeNI juga bersiaran ulangan pada hari sama, jam 5 petang di saluran sama.
‘BORAK SEENI’ MERANGKUMI PELBAGAI TOPIK MENARIK SEPERTI ISU KELUARGA, SEGMEN GAYA HIDUP DAN KESIHATAN BERSAMA BARISAN PAKAR. SELAIN ITU, PROGRAM INI JUGA AKAN MENAMPILKAN INDIVIDU-INDIVIDU YANG BOLEH MEMBERI INSPIRASI DAN TELADAN KEPADA PARA PENONTON MELALUI KISAH DAN PENCAPAIAN MEREKA YANG MEMBANGGAKAN DALAM PELBAGAI BIDANG.
Dengan penggunaan teknologi studio Extended Reality (XR) yang moden, ‘Borak SeeNI’ menawarkan visual yang lebih menarik dan terkini. Keupayaan Realiti Tambahan (AR) yang diterapkan memberi kelebihan kepada peniaga terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka secara dinamik.
‘Borak SeeNI’ turut menekankan penyesuaian kandungan yang fleksibel serta ciri interaktif dengan melibatkan penyertaan penonton secara langsung dan memenuhi keperluan jenama dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan meluas.
Menurut Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Datin Norashikin Habibur Rahman, “Program bual bicara secara langsung ‘Borak SeeNI’ adalah program yang memfokuskan isu semasa dan gaya hidup terkini.
Ads
Program ini dipersembahkan dalam bentuk yang lebih canggih daripada segi visual iaitu penggunaan reka bentuk Extended Reality (XR) di dalam studio dan Augmented Reality (AR). Selain itu, program ini juga ingin membantu warga SME dalam mempromosikan produk mereka”.
NU IDEAKTIV, SELAKU RAKAN PENGHASIL KANDUNGAN, MELALUI APPLIKASI SEENI YANG MELAHIRKAN PROGRAM BUAL BICARA ‘BORAK SEENI’ MENGAMBIL 17 KANDUNGAN DIGITAL NU IDEAKTIV YANG SESUAI DENGAN FORMAT PROGRAM BUAL BICARA UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT MELIPUTI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.
“Saya amat teruja dengan kolaborasi program bual bicara secara langsung antara Astro dan Nu Ideaktiv ini. Saya percaya hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak dapat memastikan program ini berjalan lancar dengan jayanya.
“Selain itu, ia diharap dapat memperkasa landskap digital bagi SME untuk lebih memperkukuhkan jenama mereka”, kata Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv mengenai penghasilan program ini.
‘Borak SeeNI’ memaparkan gandingan pengacara yang berpengalaman dan relevan kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman.
Ads
Pemilihan mereka sebagai wajah ‘Borak SeeNI’ selaras dengan objektif kami untuk menyasar semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama. Kongsikan cerita anda dan ‘Borak SeeNI’ dengan tanyaseeni@astro.com.my.
‘Borak SeeNI’ turut boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Penyanyi yang sedang meningkat naik, Masya Masyitah sejak akhir-akhir ini sering diperhatikan gerak-gerinya oleh para wargamaya. Bermula dengan tuduhan yang dia sudah berkahwin, fesyen yang ditampilkan juga sering mendapat kritikan dari netizen.
Terbaharu posting dari Instagram penyanyi yang lahir dari program Ceria Popstar ini mengundang perdebatan netizen kerana, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah telah memuatnaik video memakan sotong dan udang yang masih hidup dengan penuh selera ketika berada di sebuah pasar malam di negara seberang.
Manakala di bahagian kapsyen hantaran itu, Masya mengatakan dirinya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu untuk menikmati haiwan laut itu secara hidup-hidup.
‘Nampak mustahil sampailah ianya selesai.’
Bukan itu sahaja, turut kelihatan Masya tidak kekok untuk menghabiskan sotong hidup itu sebaik saja ianya dihidangkan oleh peniaga di pasar berkenaan.
Bagaimanapun, aksi berani Masya itu telah mendapat kecaman netizen kerana rata-rata mengatakan penyanyi berusia 23 tahun kurang peka dengan hukum agama.
Malah, mereka turut risau sekiranya tindakannya itu menjadi ikutan orang lain terutamanya yang beragama Islam.
Tindakan awak mengelirukan umat Islam yang lain. Orang mula bertanya “eh boleh eh makan sotong macam itu?” Astaghfirullah.. Bertaubat lah sis.
Tidak hanya dengan itu, ada segelintir warganet yang menyelar perbuatan Masya dengan melabelkan dirinya sebagai seorang yang pengotor kerana makan haiwan yang tidak dicuci terlebih dahulu.
Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Shaheizy Sam di platform TikTok apabila isterinya, pelakon Syatilla Melvin menjual bajunya secara ‘preloved’, baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, Sam sedang merakam Syatilla yang sedang sibuk menjual bajunya di dalam siaran langsung sambil membebel.
“Korang tengok, dia tengah buat preloved baju. Ha pasal dengan baju-baju aku sekali dia pergi preloved. Barang beratus-ratus, dia pergi jualnya RM40. Kuang ajar namanya,” kata Sam di dalam video tersebut.
Tidak mendiamkan diri, Syatilla turut membalas kata-kata Sam tersebut dengan memberitahu tujuannya menjual baju tersebut adalah untuk membeli barang dapur.
“Sebab nak pergi Jaya Grocer, nak beli barang dapur. Nak buat macam mana? Terpaksalah cari duit macam itu,” jawabnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat respons yang diberi oleh Syatilla tersebut dan turut menyuruh Sam untuk sabar melayan karenah isterinya tersebut.
“Hahaha ada saja lah dia nak jawab.
“Hahaha nak beli barang dapur punya pasal.
“Luculah korang laki bini ni suka tengok happy je, sentiasa senyum.
“Hahaha bila baju dah melambak, stor dah tak muat, maka lelong.
“Yang tak tahan tu Jaya Grocer okay. Bukan ye nak pi chowkit. Tetap have have shopping barang dapur hahaha,” komen netizen.
Siapa yang tak kenal dengan Mohamad Sufian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank yang merupakan pereka kandungan digital yang sedang meningkat naik kerana video-video yang dihasilkan sangat mengagumkan.
Apa yang lebih membanggakan, Sofyank telah bekerjasama dengan Zack King yang merupakan pereka kandungan digital terkenal di seluruh dunia.
Selepas memenangi ‘Ultimate VFX Challeng- ‘Magic Of The Month di Los Angeles beberapa bulan lalu, karya Sofyank terus menjadi bualan dan menjadi inspirasi kepada bidang kandungan digital.
Baru-baru ini, dalam program Luncheon Talk: VFX Designer Sofyank, di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) telah mengatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat poduksi di ibu negara menjelang akhir tahun ini.
Beliau berharap penubuhan syarikat itu diharap dapat membuka peluang kepada lebih ramai bakat tempatan untuk menceburi bidang berkenaan.
“Saya mahukan sebuah pasukan yang ramai dan penuh dengan individu yang kreatif seperti pasukan Zach King, sehingga boleh menghasilkan pelbagai video menarik dan hebat.”
“Ini kerana, buat masa ini, saya hanya bergerak sendiri terutama dalam membuat kerja-kerja suntingan. Jadi, apabila sudah ada syarikat produksi, saya fikir mungkin akan ada lebih banyak masa untuk diri sendiri.”
Pada masa sama, anak kelahiran Wakaf Bharu, Kelantan ini bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana individu atau syarikat dalam menghasilkan karya video kreatif.
Sofyank sebelum ini telah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa antaranya Paul Ruud (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror) selain pernah menarik perhatian antarabangsa apabila pelakon terkenal, Will Smith memuat naik semula video yang disuntingnya, malah sehingga kini, video ciptaan beliau ditonton oleh jutaan pelayar media sosial.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.