Asingkan Biji Cili Kering Ada Cara Paling Ringkas. Tahu Cara Ni, Kuranglah Sikit Tangan Terasa Pijar!

Share

Makan nasi kalau tak ada sambal memang kurang terasa padunya. Lebih-lebih lagi kalau yang memang kuat makan pedas, cili padi pun boleh dijadikan ulam. Hal ini bukanlah menjadi perkara pelik.

Dalam bercerita tentang penyediaan sambal, umumnya selain rasa pedas yang diingini oleh penggemarnya, perlu juga beringat tentang bahaya memakan biji cili tersebut. Biarpun ramai sudah maklum makan biji cili adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan memudaratkan.

Oleh itu, bagi ibu-ibu yang ingin menyediakan hidangan berasaskan sambal, bolehlah praktiskan cara ini untuk mengasingkan biji cili tersebut dengan cara yang lebih mudah. Malah dengan cara ini juga dapat mengurangkan daripada tangan menjadi pijar terkena cili.

Nak tahu caranya, jom semak.

Petua hilangkan biji cili kering

Gunting-gunting dulu, masukkan dalam plastik, pastu goncang-goncang sambil joget pun boleh, hasilnya sila rujuk gambar, hampir semua biji cili kering tanggal.

Selapas itu,bolehlah rendam, siapa yang dah biasa rebus tu rebus la.

Ni cara saya, kalau korang dah biasa guna cara sendiri, teruskan saja, Saya selalu guna cara ni, almaklum la tangan saya ni cepat pijar.

Selamat mencuba.

sumber : Nana Sabrina Sarsan via MAHN

Ini pula perkongsian daripada Aida Hirdayati berkenaan tip jika tangan terasa pijar selepas membersihkan biji cili tersebut. Ini perkongsiannya;

Tadi nak buat sambal bilis pijar-pijar tangan la pula. Ida kongsikan cara nak hilangkan pijar terkena cili.

Ada beberapa petua mudah yang boleh hilangkan pijar tangan dengan cepat dan mudah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah dijumpai di dapur anda.

1. Lumurkan jari dengan gula atau garam – Cara yang paling mudah untuk hilangkan pijar tangan adalah dengan melumurkan jari jemari dan tangan anda dengan gula atau garam. Biarkan seketika kemudian barulah bilas dengan air. Atau anda boleh ambil sebekas air dan letakkan sedikit garam atau gula. Rendamkan tangan anda ke dalam bekas itu sambil menggosok kedua-dua belah tangan untuk beberapa minit sehingga hilang rasa pijar.

2. Masukkan tangan ke dalam tong beras – Nak hilangkan rasa pijar tangan dengan cepat, masukkan tangan anda ke dalam bekas berisi besar. Tetapi pastikan tangan anda bersih dan kering. Jangan masukkan tangan yang masih basah, nanti rosak pula beras dalam tong tersebut.

Satu cara lain adalah dengan menggenggam sedikit beras dan gosokkan ke seluruh bahagian tangan yang rasa pijar, selepas tu bilas tangan macam biasa.

3. Sapu jari atau tangan dengan susu – Kalau anda suka simpan susu pekat atau susu cair dalam peti sejuk, ia boleh juga dijadikan penawar pijar tangan. Hanya ambil sedikit susu dan gosokkan pada bahagian jari yang pijar. Sedikit demi sedikit, rasa pijar itu akan hilang.

Selain tiga petua hilangkan pijar tangan ini, ada beberapa cara lain yang boleh anda cuba, antaranya dengan menyapu minyak masak pada bahagian tangan yang rasa pedih. Selepas itu lap dengan tisu atau cuci dengan air bersih. Kalau ada hampas kelapa, anda boleh ramaskan pada seluruh jari dan tangan yang rasa pedih dan cuci bersih selepas itu.

Dua lagi tips hilangkan pijar tangan yang mungkin anda tidak tahu sebelum ini adalah dengan menggosok tangan pada keluli seperti pada sinki atau gosok dengan sudu. Menggosok tangan pada keluli juga dapat menghilangkan bau masakkan yang terletak pada tangan. Ataupun anda boleh ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan air. Kemudian rendamkan tangan anda dalam air asam jawa itu untuk menyejukkan rasa pedih pada tangan anda.