Anak-anak yang sukar belajar dapat berubah jika ibu bapa dapat mendidiknya atau memotivasinya dengan betul. Tapi bagaimana caranya?
Perkongsian puan Hazlina Abdul Hamid ada benarnya. Misalnya anak darjah satu kena siap sedia tahu pembelajaran darjah dua. Dan seterusnya.
Boleh cuba cara ni. Tapi ibu ayah kena tegas lah pada anak-anak. Jangan ajak anak sekali layan gajet atau tonton tv pulak!
Tips hari ni :
Bagaimana nak anak cemerlang dan belajar dgn selesa sepanjang sek rendah?
Ads
1. Kalau anak skrg berusia 6 tahun, pastikan dia memahami silibus Pra sekolah yg diajar. Perkenalkan sedikit silibus awal std 1 jika anak sudah bersedia. Pastikan anak melangkah std 1 tahun 2018 dgn ilmu ‘Pra sekolah’ yg baik.
2. Kalau anak skrg std 1, pastikan anak bersedia utk menduduki Peperiksaan Akhir Tahun bulan hadapan. Pastikan anak melangkah ke std 2 2018 dgn memahami apa yg dipelajarinya sepanjang std 1. (Jika masih belum menguasai, manfaatkan cuti Nov Dec utk ulangkaji)
3. Kalau anak skrg std 2, pastikan anak bersedia utk menduduki Peperiksaan Akhir Tahun bulan hadapan. Pastikan anak melangkah ke std 3 2018 dgn memahami apa yg dipelajarinya sepanjang std 2. (Jika masih belum menguasai, manfaatkan cuti Nov Dec utk ulangkaji)
Ads
4. Kalau anak skrg std 3, pastikan anak bersedia utk menduduki Peperiksaan Akhir Tahun bulan hadapan. Pastikan anak melangkah ke std 4 2018 dgn memahami apa yg dipelajarinya sepanjang std 1 2 n 3 (Tahap 1). (Jika masih belum menguasai, manfaatkan cuti Nov Dec utk ulangkaji)
5. Kalau anak skrg std 4, pastikan anak bersedia utk menduduki Peperiksaan Akhir Tahun bulan hadapan. Pastikan anak melangkah ke std 5 2018 dgn memahami apa yg dipelajarinya sepanjang std 4. (Jika masih belum menguasai, manfaatkan cuti Nov Dec utk ulangkaji)
6. Kalau anak skrg std 5, pastikan anak bersedia utk menduduki Peperiksaan Akhir Tahun bulan hadapan. Pastikan anak melangkah ke std 6 2018 dgn memahami apa yg dipelajarinya sepanjang std 4 n 5. (Jika masih belum menguasai, manfaatkan cuti Nov Dec utk ulangkaji)
Ads
Ulangkaji di waktu ini (std 5) amat penting dan kritikal utk memastikan anak melangkah std 6 dgn azam n semangat yg tinggi.
JANGAN STRESSKAN ANAK STD 6 DENGAN BAGGAGE N BEBANAN TIDAK FAHAM SILIBUS STD 4 n 5. Kita bagi sokongan agar mereka dapat belajar n ulangkaji dgn selesa semasa std 6. Siapkan emosi utk menghadapi peperiksaan besar yg pertama dlm hidup mereka.
7. Kalau anak skrg std 6, eh…. UPSR dah habis. Alhamdullillah 6 tahun belajar n mengumpul sijil koko, pada saya satu saja. MERDEKA!
Selamat Menyambut Hari Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan mengimpikan rumahtangga yang aman, harmoni serta bahagia. Sejujurnya pasangan mana yang telah melayari bahtera rumah tangga tidak dipukul ombak namun atas kecekalan menghadapi ujian bersama, ianya dapat dipertahankan.
Di laman TikTok, sebuah video milik kelab peminat pelakon terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor telah mencuri perhatian warganet di media sosial. Video yang telah mengikut trend memaparkan gambar Datuk Rosyam Nor bersama isterinya, Datin Runika Mohd Yusof.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen ringkas yang dipaparkan dalam video tersebut.
“Jangan pernah berjanji untuk setia, tapi berjanjilah untuk tetap bertahan walau sejuta halangan ada didepan.
1989 – 2023. Alhamdulillah” tulisnya
Melihat coretan yang penuh mesej itu di samping perkongsian tempoh rumahtangga aktor kacak dan berbakat ini berjaya bertahan sehingga ke hari ini, membuatkan warganet kagum terhadap Rosyam Nor bersama isteri.
Kisah rumahtangga pelakon ini sentiasa menjadi inspirasi kepada para pengikut pelakon ini memandangkan kurang kontroversi dan sentiasa memberikan teladan kepada masyarakat.
Melakukan perancangan kewangan untuk berhari raya walau ada yang menyifatkan seakan sukar untuk direalisasikan tetapi andai bijak diurus akan mudah kita menjalani kehidupan ini.
Melihat lebih detail, wanita ini kongsikannya contoh kira-kiranya untuk dijadikan panduan.
BAJET RAYA – NGABIHKAN BOREH JO…
Ada rakan sahabat mencadangkan akak untuk membebel tentang bajet raya. Baiklah akak cuba ya… Jika ada yang tertinggal, silakan saja tambah agar kita semua beroleh manfaat.
Bagi rakan sekerja yang mengenali akak tentulah terfikir, elleehh…. akak suami isteri bergaji Manager juga Senior Engineer. Lagi nak sembang pasal bajet raya!
Duhai sahabat,Jika anda membaca e-catatan “Pelabur Bilis Yang Rojak” pasti anda faham bagaimana akak sentiasa menulis daripada perspective rakan bergaji rendah juga pasangan muda.
Benar, pendapatan isi rumah kami hari ini mencecah lima angka. Namun di awal perkahwinan kami adalah miskin bandar.
Arrgghh.. Anda bacalah e catatan akak baru anda faham. Barulah anda tahu bahawa 13 tahun lepas akak pernah memakai ‘kasut’ yang sama seperti anda.
Okay, berbalik kepada persoalan bajet raya, akak berpegang kepada beraya lah mengikut kemampuan. Jika bergaji besar tidak mengapa.
Namun jika gaji isi rumah di bawah RM3,000 anda mungkin berkeluh kesah bagaimana mahu membina bajet bagi menyambut perayaan?
Maka ini adalah pandangan akak yang pernah bergaji kecil juga :
1 – Pecahkan jumlah bajet perbelanjaan raya tahunan kepada beberapa bahagian seperti gambaran di bawah.
2 – Bahagikan jumlah tersebut kepada kadar bulanan dan kemudiannya harian. Barulah nampak berapa kadar harian perlu di simpan.
3 – Daripada situ kita boleh nampak bahawa peruntukan raya adalah pada kadar di bawah RM5 sehari. Bajet begini sederhana tapi bahagia.
4 – Kalau kita mengamalkan tabung berwarna hijau, hal ini tidaklah menjadi masalah. Setakat baju raya tiga orang anak tentulah lepas. Beli jenama Hari-Hari dan Mydin pun okay juga. Janji selesa.
5 – Tambahan pula jika kita punyai dana kecemasan untuk kerosakan kereta, kesihatan juga ‘unforseen maintainance’. Jika tiada apa berlaku, pulangkan balik ke dalam tabung kecemasan.
6 – Pakaian raya jika Baju Melayu dan baju kebaya seharusnya selang dua tahun barulah beli. Suami isteri di hari lain pakai baju uniform pejabat.
7 – Ye la, bukannya setiap hari kita pakai baju Melayu juga kebaya. Terkadang time kenduri kendara atau majlis tertentu sahaja. Itupun kalau ada jemputannya…
8 – Bab duit raya juga berilah secukup rasa. Jangan malu jika envelop kita nipis. Sekurang2 kita guna wang simpanan, bukan wang pinjaman untuk beraya.
9 – Kuih raya dua tiga jenis dah cukup dah. Adik beradik lain pun bawa balik kuih ke kampung juga. Jika di combine dah dapat 5-6 jenis kuih. Kan meriah jika adik beradik berkongsi rasa?
8 – Dalam wassup group family bincang dengan abang kakak. Saya bawa balik kacang dan kerepek, abang bawa semperit, kakak bawa tart nenas dan adik bawa air cordial. Mak ayah tentu gembira lihat keakraban kita adik beradik saling bekerjasama.
9 – Lebih meriah jika sekeluarga berkongsi rasa. Sediakan juga sedikit wang untuk beli lauk pauk juga. Sesekali balik kampung jangan jadi buaya. Selamba membedal makanan langsung tak nak keluar belanja. Sorang seratus dua, 3-5 beradik dah tentu cukup belanja.
10 – Jika gaji tak cukup untuk bina tabungan raya, carilah pendapatan kedua. Target sehari mahu dapatkan minimum RM5 sebagai bajet raya tahunan.
11 – Bajet raya tahun ini seharusnya bermula semenjak lepas raya tahun lepas. Rancang awal mengikut kadar harian tidaklah pening kepala.
12 – Macam biasa, kalau malas cari pendapatan kedua ikat perut kurangkan belanja. Dah memang asas kewangan begitu. Samada tingkatkan pendapatan atau kurangkan belanja.
13 – Jauhi perangai bergaya sakan di hari raya, hutang peribadi tidak terkira. Pagi raya kemain suami isteri menangis keinsafan. Balik raya fikirkan hutang suami isteri menarik muka. Apa guna bergaya raya hingga hilangnya rasa cinta?
14 – Credit card pun jangan asyik diguna. Wang plastik itu bukanlah hak kita. Itu wang bank yang punya. Gaji ciput perlulah kita berkira-kira. Berbelanja dengan berjaga-jaga.
15 – Yang mertua ipar duai janganlah perangai syaitoon kembali di hari raya. Buang perangai membanding mengumpat sesama kita. Menantu ini bagi angpow sedikit menantu itu bagi banyak. Adoiii jangan jadi dasar mertua versi ‘mak kau hijau’
16 – Kita ini di zaman millenium. Masyarakat lebih pintar. Kita tak heran gaya kalau poket rabak di sini sana. Langsir, sofa dan balang kuih bukanlah keutamaan berbanding saling menziarah bertanya khabar sanak saudara.
17 – Biar kurang gaya asalkan buku akaun berderet angka, asset dan passive income sentiasa ada. Bila dikutuk, abaikan saja. Mereka tak nampak angka PNB, KWSP, TH, AHB, portfolio juga pendapatan sewa yang kita punya. Tak perlu pun kita heboh cerita. Asset kita tak perlu dijaja cerita kepada sesiapa.
18 – Ehhh tapi ingat, bajet pun bajet juga. Zakat fitrah bayar sekarang. Jangan asyik bertangguh sesaja. Takut nanti terlupa, sibuk gegarkan rumah kawan yang layak menerima di awal pagi raya. Ini menyusahkan semua.
19 – Akak cerita ini bagi yang bergaji kecil. Yang gajinya besar masa ini adalah musim kita bersedekah. Berilah mengikut kemampuan. Dalam rezeki kita ada hak kawan. Jangan kedekut hingga menewaskan rekod ‘Haji Bakhil’ pula.
20 – Dalam gambaran di bawah akak cuba bina cadangan bajet bagi isi rumah bergaji bawah RM3,000. Anda nilai dan selarikan ikut kesesuaian. Dah nama pun cadangan secara anggaran.
21 – Sekian dulu bebelan akak. Semoga sedikit memberi manfaat. Mulakan bajet raya seawal boleh ya.. Jangan too little money, too much to spend pula.
22 – Ehh! Lagi satu, beria-ria buat BAJET RAYA tapi tak kalau tak de disiplin nak patuh, lebih baik jangan buat bajet. NGABIHKAN BOREH JO…
Notakaki : Sila rujuk anggaran bagi mendapat sedikit idea cara mudah membina bajet raya. Asingkan mengikut kategori ya!
Kenapa takut sangat ni? Tak kanlah nak ke toilet pun nak mama teman. Adik kan pandai pergi sendiri. Ini antara sketsa anak di rumah yang tidak berani dan dimarahi mamanya kerana takut untuk melakukan sendiri. Segala perkara berkaitan ketakutan anak sebenarnya dipengaruhi pelbagai faktor dalaman atau luaran.
Untuk mengetahui lanjut ikuti ulasan oleh Dr. Abdul Halim Masnan, Pensyarah Kanan,Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Faktor-faktor tersebut juga mungkin juga disebabkan perkembangan psikologi anak yang belum bersedia dengan sikap berani untuk mengatasi ketakutan ataupun kurang yakin untuk melakukan sendiri.
Apapun, ibu bapa perlulah bijak menanggani masalah ini dengan segera. Ini kerana jika tidak dibiarkan,lambat laun akan memberi masalah berpanjangan sehingga mereka dewasa seperti masalah keyakinan diri,pemalu, tidak boleh berdikari dan yang paling merisaukan tidak berani untuk melakukan apa saja atas alasan takut.
Antara faktor dalaman diri yg menjadi punca ketakutan adalah seperti; nampak hantu sehingga menjdi fobia, dihukum dan takut² oleh ibu bapa sendiri atau adik beradik tanpa diperbaiki, trauma dengan gangguan seksual atau buli, kesediaan untuk berani yang tidak dipupuk, dan simptom tertentu bagi kanak-kanak istimewa.
Antara faktor luaran pula melibatkan; persekitaran rumah yang agak menyeramkan, kawasan kejiranan yang tidak selamat, fobia ketinggian atau kedalaman, trauma di sekolah sama ada dibuli rakan sebaya atau pernah dimarahi guru.
5 tip dorong anak jadi berani.
Punca-punca tersebut jika ada, ibu bapa perlu bertindak dengan beberapa pendekatan seperti:
Memberikan kata semangat dan hikmah
Nasihatlah dengan mengatakan adik berani dan segala ketakutan boleh diatasi. Kita perlu berusaha untuk meyakinkan mereka untuk membantu menghilangkan perasaan takut itu dengan mengenal pasti punca takut. Takut gelap mungkin sebab nampak bayang seperti hantu, takut bunyi seram mungkin geseran kayu yg ditiup angin, takut berenang mungkin sebab lemas, semua itu perlu diyakinkan dengan penyelesaian berhemah.
Menjadikan anak sebagai hero di rumah.
Berilah penghargaan dengan menyatakan bahawa adik adalah adiwira, keberanian sebagai seorang hero dapat mengatasi segala ketakutan. Bimbing mereka untuk sentiasa berani dan berilah penghargaan jika mereka berjaya mengatasinya dengan tenang dan terkawal. Takut tak semestinya lemah, malu tak semestinya mengalah!
Hiasi rumah menjadi ceria
Kadang kala faktor rumah yang ‘menghantui’ menjadikan anak takut. Elok juga kalau rumah disinari dengsn cahaya atau warna yang cerah, sentiasa pastikan ruang gelap atau sempit itu dengan cahaya untuk mereka yakin untuk pergi, dan jika ada tikus, cicak atau lipas pastikan ditangkap dan dibuang! Hiasilah dengan rahmah, rumahku syurgaku.
Berilah peluang dan ruang untuk mereka jadi berani
Kadang kala kita yang terlalu mudah utk menghukum mereka seorang penakut tanpa memberi peluang untuk mereka berusaha untuk mengatasi ketakutan. Perubahan memerlukan kesabaran, kesabaran memerlukan ketenangan, ketengangan perlukan sokongan. Jika kita tahu mereka takut, berusaha untuk memberi peluang kepada mreka untuk menanggani perasaan itu dengan amalan membaca doa, menceritakan kisah tauladan spt pahlawan yang berani, serta membuat aktiviti luar yang aktif dan lasak sebagai proses keberanian.
Berjumpa dengan pakar psikologi kanak-kanak.
Jika masalah takut itu tidak dapat diatasi atau semakin melarat, berjumpalah dengan pakar untuk melihat simptom itu scara lebih terperinci. kemungkinan masalah tersebut melibatkan masalah neuro dalam otak atau trauma yang teruk disebabkan peristiwa seperti gangguan seksual atau makhluk halus.
Segala ketakutan boleh diatasi sekiranya ibu bapa dapat berperanan dengan sebaiknya sebagai hero dan heroin di hati anak² untuk mereka menjadi berani. Jadikan mereka juga hero seperti kita dan berikan mereka peluang untuk mengatasinya dengan tenteram.
Sumber: Majalah Keluarga, Ideaktiv Sdn. Bhd
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjadi sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa dalam penjagaan bayi baru lahir termasuklah berkaitan dengan penyakit ghaib atau lebih dikenali sebagai penyakit ain.