Asam Pedas Ori Melaka Bukan Olok-olok, Begini Resipinya Nak Kuah Pekat Berasa!

Share

Kata orang kalau nak makan asam pedas yang original kenalah pergi makan di negeri Melaka. Rasa kuahnya memang enak, pekat dan berasa. Jadi buat anda yang teringin nak buat sendiri macam orang Melaka yang masak, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini yang dikongsikan oleh Fyra Mussa.

Ini perkongsiannya.

Siapa kalau masak asam pedas suka pekat kita geng … Asam pedas ori melaka bukan olok-olok … family saya kalau masak mesti pekat .. tak pekat katanye tak padu ..

Resepi saya ni simple je .. tapi alhamdulillah .. kena cara memang ummphhh!

Bahan bahan :

*Kunyit hidup
*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Belacan melaka yg keping2 tu … bole tgk kat pic sy ada edit tmbh k
*Cili kering

Semua bahan-bahan ni blend sampai halus mulus, baru kuah tu cantik. Sukatan agak-agak yer .. masak lebih lebihkan bahan-bahannya.

Saya suka daun limau, kadang-kadang je tukar selera daun kesum, bunga kantan dan serai (yang ni boleh pilih ye ikot suka citarasa masing-masing .. saya suka daun limau )
*air asam jawa

Untuk hiasan ikot citarasa masing-masing nak letak bendir pon boleh, tomato pon boleh  nak terung pon boleh.

Cara cara

1 )  Tumis semua bahan-bahan yang kita blend tu sampai pecah minyak … ( mase ni minyak lebih sikit tak apa nanti da siap masak last sekali minyak boleh buang .. tujuan minyak lebih supaya cili tu cukup masak dan asam pedas tu cantik je berminyak .. Tak ada minyak memang tak lawo ) kalau nak letak serai boleh masuk sekali time ni ye !

2) Bila sudah pecah minyak dan nampak cili tu da masak boleh masuk kan air asam jawa … ( kat sini rahsia kuah tu pekat molek ) air asam jawa jangan banyak agak-agak ok .. asam pedas kena masam sikit kalau tak  masam tak  jadi .. moga nama lauk pun asam pedas so kena masam sikit .. agak-agak masa perah asam jawa tu .. nak selamat buh sikit-sikit… sampai dapat rupa yang sis nak pekat atau cair

3) Biarkan sampai mendidih lepas tu boleh masuk kan ikan ( kalau nak letak daun kesum N bunga kantan @ daun limau mase ni boleh buh sekali lepas tu perasakan dengan garam dan perasa .. saya tak letak gula .. biar lagi sampai mendidih tgk ikan tu da masak ..
Bola laaa masuk kan hiasa sayur bendir ke tomato @ terung … biar sekejap da siap ! Selamat mencuba !

Sumber : Fyra Mussa

ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club