Cuti lama buat kita makin seronok nak masak buat anak-anak.

Asam Pedas antara makanan yang cukup disukai suami dan anak-anak. Ambil masa cuti panjang ni untuk sediakan Asam Pedas terbaik buat keluarga.

Nak sedap lagi, tip ni wajib ada.

Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Pemilik katering di sebuah kampung di Batu Pahat ini berkongsi rahsia masak asam pedas super power. Bagaimana? Cuba buat ikut cara yang disyorkannya, confirm mak mentua tabik dan makan nasi bertambah.

Asam Pedas Makin Power Kalau Ikut Tip Ni, Confirm Suami Dan Anak Suka!

Isi Kelapa
Ini petua orang-orang lama katanya. Setiap kali memasak Asam Pedas ambillah sedikit isi kelapa tua (yang dikorek daripada tempurung kelapa) dan bakar isinya hingga garing. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk dan didihkan bersama bahan lain hingga masak. Lebih lemak katanya. Jadi kena cuba!

Ads

Kerisik
Guna isi kelapa memang power tapi kalau nak gunakan kerisik pun boleh juga. Tapi kerisik lebih sesuai dimasukkan pada asam pedas ayam atau daging sahaja. Bila dimasukkan pada ikan rasanya sedikit lain. Tapi tak salah juga kalau anda nak cuba. Masukkan kerisik pada waktu akhir sekali, iaitu selepas bahan kisar dan kuahnya sudah mendidih.

Asam Pedas Makin Power Kalau Ikut Tip Ni, Confirm Suami Dan Anak Suka!

Cili Kering
Kalau masak asam pedas jangan sesekali guna cili boh kisar yang dijual di pasaran. Cili kering yang dikisar adalah penyedap kepada semua asam pedas. Rasanya sangatlah berbeza. Cili kering yang dikisar sendiri rasanya lebih segar dan sedap. Pastikan cili ditumis lama hingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan air asam jawa.

Daun Limau Purut & Serai
Selain menggunakan isi kelapa tua yang dibakar, menggunakan daun limau purut dan serai sebagai penaik aroma tambahan juga membantu asam pedas rasa lebih power. Masukkan di akhir sekali dan biarkan kuahnya mendidih. Angkatlah sebaik mendidih.

Ads

Berikut merupakan resipi yang dikongsikan sebagai panduan untuk semua. Selamat mencuba!

Asam Pedas Makin Power Kalau Ikut Tip Ni, Confirm Suami Dan Anak Suka!

ASAM PEDAS IKAN MAYONG

Ads

BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan mayong
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
3sm isi kelapa bakar (isi kelapa tua yang dibakar)
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan ikan mayong dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian tuangkan pula air asam jawa dan masukkan kelapa bakar, daun limau purut dan juga serai. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.

Selamat mencuba!

Foto: thehalalfoodblog.com

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI