Selalunya sebut sahaja asam pedas mesti ada yang membayangkan keenakan rasa asam pedas yang dimasak oleh orang Melaka mahupun asam pedas Johor. Cukup pekat dan memerlukan bahan-bahan yang ditumis dan kemudiannya barulah di rebus bersama ikan, daging dan sebagainya.

Pun begitu lain orang lain caranya, asam pedas orang Kelantan tidak kurang juga sedapnya malah menyediakannya cukup mudah. Jadi jika belum pernah dicuba, bolehlah buat hari ini dan rasai keenakan rasanya.

Resipi boleh buat seperti yang dikongsikan oleh Nurul Afidah Catalyst ini.

“Ore Kelate panggil asam pedas @ singgang pedas. Guna ikan kerisi fresh, memangg sedap rasa manis masam dan sedikit pedas. Nak guna ikan tenggiri, ikan patin pun boleh. Cara masak pun mudah dan kejap aje, anak anak pun suka”

Asam Pedas Kelantan, Mudah Nak Buat & Rasanya Lagi Sedap Guna Ikan Kerisi!

“Ikan kerisi banyak jenis, saya guna kerisi macam dalam gambar. Kalau goreng jangan buang sisik, sedapnya krup krap krup. Sedar sedar habis sepuyuk nasi,” kongsinya di ruangan kapsyen.

Asam Pedas Kelantan, Mudah Nak Buat & Rasanya Lagi Sedap Guna Ikan Kerisi!

Resepi mudah asam pedas Kelantan

Ads

Bahan bahanI

kan kerisi saiz sedang 4 ekor

Bawang besar 1biji*

Bawang putih 2 ulas*

Kunyit 1/2 inci (boleh ganti serbuk kunyit)*

Ads

Lengkuas 1/4 inci*

3 tangkai lada kering yang direbus (cili kisar pun boleh)*

5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa)

Daun kesum

Bunga kantan belah 2

Ads

Bendi

Garam & serbuk perasa

Cara cara

  1. Blend bahan bertanda * dengan air
  2. Masukkan bahan blend dalam periuk bersama asam keping & bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih
  3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita nak
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa, bila ikan dah masak boleh tambah bendi. Siap! Sedap dan serious mudahAsam Pedas Kelantan, Mudah Nak Buat & Rasanya Lagi Sedap Guna Ikan Kerisi!

Makan dengan sambal pauh, ada pulak ikan kering, aduh demo tok kenal bare bohhh

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI