Tak ada idea nak masak apa menu seisi keluarga malam nanti atau hujung minggu ni. Apa kata cuba resipi memang power ni,
Ikuti perkongsian puan Mizah
RESEPI ASAM PEDAS DAGING CAMPUR TETEL.
Kata Dato’ Rizalman kan, dalam rancangan Pang Pung beliau tempohari. Raja Permaisuri Tunku Azizah bagitahu, Masakan bertumis ni sedap kalau ia pecah minyak banyak kali.
Pecah minyak tumisan bahan kisar dulu kemudian pecah minyak sekali lagi bila kita masukkan ayam atau daging.
Jadi hari ni Lz cuba teknik tu dalam resepi asam pedas daging dan tetel. Memang sedap dan bila betul-betul pecah minyak daging dan tetel tu lembut elok teksturnya. Bayangkan tentu tambah sedap kalau dapat masak dalam periuk tembaga macam Dato’ pakai tu kan.
Kuah asam pedas macam ni kan, mebeles kalau dapat cicah dengan lempeng atau roti canai. Aduhai.. Nak-nak kalau kita perangat sebelah pagi untuk sarapan.
Ikuti resipi dan cara membuatnya merujuk kepada setiap gambar.
Selamat mencuba!
Sumber: Mizah Ngatiman