Tak ada idea nak masak apa menu seisi keluarga malam nanti atau hujung minggu ni. Apa kata cuba resipi memang power ni,

Ikuti perkongsian puan Mizah

RESEPI ASAM PEDAS DAGING CAMPUR TETEL.

Kata Dato’ Rizalman kan, dalam rancangan Pang Pung beliau tempohari. Raja Permaisuri Tunku Azizah bagitahu, Masakan bertumis ni sedap kalau ia pecah minyak banyak kali.

IKLAN

Pecah minyak tumisan bahan kisar dulu kemudian pecah minyak sekali lagi bila kita masukkan ayam atau daging.

Jadi hari ni Lz cuba teknik tu dalam resepi asam pedas daging dan tetel. Memang sedap dan bila betul-betul pecah minyak daging dan tetel tu lembut elok teksturnya. Bayangkan tentu tambah sedap kalau dapat masak dalam periuk tembaga macam Dato’ pakai tu kan.

IKLAN

Kuah asam pedas macam ni kan, mebeles kalau dapat cicah dengan lempeng atau roti canai. Aduhai.. Nak-nak kalau kita perangat sebelah pagi untuk sarapan.

Ikuti resipi dan cara membuatnya merujuk kepada setiap gambar.

IKLAN
Asam Pedas Daging Campur Tetel Bila Pecah Minyak Lagi Sedap. Ini Resipinya.Bahan bahan 1 bekas Isi daging dan tetel 20 tangkai lada kering – rebus 2sb biji ketumbar 5 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 2 inci halia 2 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup *kisar 1 batang serai-diketuk 2sb asam jawa – jadikan pes
Asam Pedas Daging Campur Tetel Bila Pecah Minyak Lagi Sedap. Ini Resipinya.Bahan – bahan penyedap rasa Daun kesum Bunga kantan Daun limau purut
Asam Pedas Daging Campur Tetel Bila Pecah Minyak Lagi Sedap. Ini Resipinya.Tumis bahan kisar. Api kecil hingga betul betul dapat pecah minyak dan naik bau.
Asam Pedas Daging Campur Tetel Bila Pecah Minyak Lagi Sedap. Ini Resipinya.Pecah minyak elok
Asam Pedas Daging Campur Tetel Bila Pecah Minyak Lagi Sedap. Ini Resipinya.Masukkan daging dan tetel. Biarkan air daging dan tetel kering. Tutup kuali kita, api sederhana kecil. Kita tunggu ia pecah minyak sekali lagi.
Asam Pedas Daging Campur Tetel Bila Pecah Minyak Lagi Sedap. Ini Resipinya.Pecah minyak lagi sekali. Bolehlah masukkan air secukupnya untuk lembutkan daging dan tetel.
Asam Pedas Daging Campur Tetel Bila Pecah Minyak Lagi Sedap. Ini Resipinya.Bila air hampir kering masukan serai, daun kesum, daun limau dan bunga kantan. Perasakan juga garam dan gula secukupnya.
Asam Pedas Daging Campur Tetel Bila Pecah Minyak Lagi Sedap. Ini Resipinya.Akhir sekali masukkan pes air asam jawa.
Asam Pedas Daging Campur Tetel Bila Pecah Minyak Lagi Sedap. Ini Resipinya.Biarkan kuah pekat, tutup api.
Asam Pedas Daging Campur Tetel Bila Pecah Minyak Lagi Sedap. Ini Resipinya.Siap dah asam pedas kita.

Asam Pedas Daging Campur Tetel Bila Pecah Minyak Lagi Sedap. Ini Resipinya.

Selamat mencuba!

Sumber: Mizah Ngatiman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI