Asam Pedas Ayam Kuah Nak Lagi Kaw, Rupanya Kena Ada Kerisik. Resipinya Wanita Ni Kongsikan!
Tentu ramai antara kita biasa masak asam pedas ikan pari atau asam pedas ikan kembung dek kerana rasa hidangannya yang lazat. Malah ada juga yang sanggup mencari asam pedas tersedap dengan berkunjung ke Melaka mahu pun ke negeri Johor untuk mendapatkan makanan yang popular ini.
Pun begitu jika selama ini anda biasa menikmati asam pedas ikan apa kata kali ini anda mencuba sendiri kesedapan rasa Asam Pedas Ayam pula. Resipi penyediaannya sama sahaja cuma perlu ada kerisik untuk memastikan kuah asam pedas lebih padu rasanya.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Umi Watie dan bolehlah dicuba.
Bahan-bahan Asam Pedas Ayam
½ ekor ayam
Bahan kisar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sdb Lada hitam
15 tangkai cili kering
Belacan sebesar separuh bola pinpong
Bahan lain
1 batang serai
1 sdb kerisik
Asam jawa sebesar bola pinpong
Bendi
Tomato
Daun kesum
Ads
Cara Penyediaan:
Bahan yang kita kisar halus tu kita tumis sampai garing. Masukkan serai yang telah di ketuk. Tumis 2 atau tiga kali dengan menambah air sedikit.
Hasil dari menumis berulang kali akan membuatkan kuah asam pedas kita lebih sedap dan warna lebih menarik. Ini hasil dari 3 kali menumis. Setiap kali kering tambah sedikit air dah tumis sehingga pecah minyak. Begitulah berulang ulang kali.
Ads
Masukkan ayam yang telah dicuci bersih. Kacaukan rata biar ayam kita mengecut.
Masukkan Kerisik dalam ayam kita tadi. Kerisik ni buat asam Pedas kita lebih istimewa. Warna lebih cantik dan rasa lemak manis yang tersendiri. Sedap oi.
Masukkan air asam jawa. Barulah cukup rasa masam, manis dan pedas lauk kita hari ni. Masukkan air 3 cawan atau ikut kepekatan yang dikehendaki. Biarkan mereneh sampai mendidih.
Bila ayam sudah empuk masukkan bendi dan tomato.
Ads
Jangan lupa masukkan juga daun kesum. Kalau takde tak payah bubuh. Tapi kalau ada uishhh memang mantul baunya. Bubuh seikhlas hati ye. Perasakan dengan garam dan gula sesuai selera. Matikan api.
Tadaaaa dah siap asam Pedas Ayam kita. Meriah uiii, bau dia memang harum semerbak.
Biasanya sayuran hijau seperti daun ketumbar misalnya mudah busuk dan layu. Tapi ada cara andai ibu-ibu mahu pastikan ia dapat tahan lebih lama. Kaedah ini dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad
PETUA simpan daun ketumbar kekal segar selepas sebulan.
Kat rumah sis wajib ada daun ketumbar ni untuk perasa dan hiasan dalam nasi ayam, sup, tom yam dan kerabu ala Thai 😋. Jadi, kenalah buat stok. Malas pulak nak ke kedai runcit setiap kali nak masak.
Sis suka daun segar untuk dijadikan hiasan diatas lauk, masih kekal warna hijau daunnya. Barulah cantik presentation makanan 😘
Sebelum ini sis rendam akarnya dan masukkan dalam bekas yang sama. Ia tidak tahan lama dan akar cepat reput dan busuk. Mungkin juga sebab sis tak kerap tukar airnya.
Oh ye, ada yang suka simpan dalam freezer dengan cara masukkan dalam bekas kiub ais dan ada yang masukkan dalam plastik aiskrim supaya jimat ruang. Sis tak guna cara ni sebab nak kan daun yang segar buat hiasan atas makanan.
Sis pula lebih pentingkan bentuknya, guna container macam ni lebih praktikal bagi sis. Bekas pon senang nak basuh dan keringkan. Sis dah guna beg ziplock. Tak serasi, leceh nak basuh dan lambat kering.
Pada hujung minggu ini tentu ada antara kita yang bercadang untuk mengadakan majlis-majlis tertentu. Pastinya juga sudah ditentukan seleksi juadah enak yang bakal disajikan kepada tetamu yang bertandang.
Menyentuh perihal juadah istimewa, selain nasi impit dan rendang yang menjadi antara menu spesial. Juadah Nasi Beriani yang dimasak menggunakan beras basmathi juga menjadi antara makanan kegemaran ramai. Selain rasanya yang enak, tekstur beras yang lebih panjang, lembut dan peroi menjadikan hidangan ini cukup istimewa.
Pun begitu, ketahui dahulu tip penting untuk memasak beras basmathi ini. Barulah hasil masakan anda nampak macam seorang profesional yang menyediakannya. Jom semak!
1. Cuci beras
Beras Basmathi perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.
2. Rendam dengan garam
Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.
3. Sukatan air
Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.
4. Gunakan sudip
Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan sudip seperti garpu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.
5. Lakukan dengan perlahan
Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.
INFO TAMBAHAN
Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Serunding daging, ayam atau organ dalaman memang ‘layan’ kalau dimakan bersama nasi putih panas-panas. Boleh makan bertambah, dua pinggan dibuatnya.
Itu kisahnya bagi wanita yang tak berpantang. Kalau berpantang jawabnya makan ikan bakar dan sayur rebus sajalah ya.
Jangan buntu kala memilih makanan ketika pantang. Paling ‘best’ wanita berpantang pun boleh makan rendang dengan hebatnya.
Rendang Halia ni cukup istimewa kalau wanita berpantang nak amalkan dalam diet harian setiap hari. Tapi kenalah jaga-jaga, jangan ambil berlebihan pula ya.
Macam mana nak sediakan serunding halia homemade ni? Puan Naeilah Rejab ada resipinya untuk menghasilkan serunding halia yang terbaik. Tak hanya sedap, boleh buang angin pulak tu!
Salam ceria di hari Ahad yang indah. Projek membuat Serunding Halia Homemade sesuka hati. Ke arah healthy food dan healthy life. Jom buang angin kuskus dalam badan. Nyum-nyum..
Bahan-bahan:
Halia -diparut halus
Bawang putih -dihiris nipis
Ikan bilis ditumbuk
Chilli flakes (jika suka)
Caranya:
1. Basuh bersih halia dan toskan airnya.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng halia hingga masak.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis. Ketepikan.
4. Lakukan langkah yang sama, iaitu goreng bawang putih hingga garing.
5. Satukan kesemua bahan bersama cili dan biarkan masak dengan api perlahan.
6. Apabila masak sekata, bolehlah diangkat.
Selamat mencuba!
Sumber: Naeilah Rejab
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mak ayah jangan ajar anak minta duit raya walaupun anggap gurauan. Sudah menjadi kebiasaan ketika menjelang Hari Raya, selepas sesi kunjung-mengunjung dan bermaafan, kanak-kanak akan menerima duit raya sebagai tanda keceriaan menyambut bulan yang mulia ini.