Asam Jawa Dan Bedak Sejuk, Tip Hilangkan Parut Jerawat. Boleh Cuba Petua Wanita Ini Kongsikan.

Share

Siapa yang tak nak cantik. Biarpun wanita itu sudah berkahwin atau anak dara, penampilan diri amat penting untuk memberikan keyakinan diri. Bagi wanita yang berkahwin, cantik bukan sahaja untuk suami tetapi sebagai penjagaan diri seumur hidup.

Salah satu masalah kecantikkan yang dialami oleh wanita adalah masalah jerawat. Ia terjadi disebabkan banyak faktor antaranya perubahan horman, pori-pori tersumbat dan penggunaan produk kecantikkan yang mengandungi bahan merkuri yang membahayakan kulit wajah.

Apabila jerawat mula memenuhi muka, ia tentu memberi kesan kepada penampilan diri sehingga wajah kelihatan kusam dan tidak berseri. Biarpun jerawat telah kering ia tetap meninggalkan parut hitam di wajah. Ia mengakibatkan wajah seakan tidak sekata dan licin. Menerusi petua yang dikongsi oleh wanita ini,Muyassarah Samad, mengunakan tiga bahan iaitu asam jawa dan bedak sejuk dengan campuran air untuk menghilangkan parut jerawat.

IKUTI PERKONGSIAN INI

Tips hilangkan parut jerawat.

Bahan-bahan dia semua natural..non – chemical dan homemade. Semestinya senang.. tak susah pun..semudah 1,2 dan 3. 

1.asam jawa
2.bedak sejuk
3.air kosong

Petua ni memang sarah dah amalkan 5 tahun dari zaman remaja*lani pon remaja lagi. kalau nak nampak marvelous kena amalkan setiap malam in syaa ALLAH seminggu parut dah hilang.2011 n 2012 masa tu muka sarah teruk sangat jerawat,parut sampai malu nak keluar rumah . M

aybe perubahan hormon kot..Hahaha

Now Sarah share step by step di setiap gambar

1 st step – sediakan bahan2 1.Asam jawa* apa apa jenama pon boleh 2.Bedak sejuk * sarah guna bedak sejuk yang sarah buat sendiri ..hehe 3.Air kosong
2step – ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati.. Then Tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat
3step – selepas digaul
4step – kemudian ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi..kalau trlalu pekat uolsss jangan lupa tambah air sikit.
5step – bila dah campur semua gaul2 sampai sebati..taraaa dah siap..macam nak buat kek pon ad..Hahaha
6step – then,apply kat tempat yang berparut..klau rajin nak apply 1 muka pon boleh :p Biarkan sehingga Kering.. Seelok elok nya buat waktu malam sebelum tidor.
Waktu ni alhamdulillah dah tak teruk sangat lepas amalkan petua ni.

Selamat mencuba!

Sumber: Muyassarah Samad