“Asalnya Berdua, Tiba-Tiba…Alamak Bertiga!” Diuji Masalah Jantung, Ramai Doakan Naz Ahmad ‘Terjah’

Share

Siapa sahaja yang tidak mengenali bekas wartawan hiburan, Nas Ahmas yang terkenal dengan segmen ‘Terjah!!’ di sebuah rancangan hiburan satu ketika dahulu.

Baru-baru ini, pengacara terkenal tanah air, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi Nas Ahmad kini berdepan dengan ujian berat apabila disahkan menghidap penyakit jantung di laman Twitter miliknya pada Rabu.

Menerusi ciapan tersebut, Fedtri memaklumkan mengenai perkembangan terkini wartawan Terjah!! itu.

“Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung,” kata ciapan tersebut.

Beliau turut mengepilkan sekeping gambar Nas Ahmad berpakaian pesakit hospital yang dilapikkan dengan jaket dan kopiah, memaparkan kuntuman senyumannya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan Instagram Nas atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Bin Ahmad, dia telah berkongsi keadaannya pada awal Disember tahun lalu yang memerlukan sokongan tongkat untuk melangkah atas faktor kesihatan.

“Asalnya berdua, tiba-tiba…alamak bertiga!” tulisnya.

Perkongsian tersebut sememangnya telah mengejutkan para penonton setia wartawan terbabit tiap kali dia menemu bual selebriti terutamanya di program Melodi.

Mereka telah menitipkan doa supaya Nas Ahmad diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik di masa hadapan.

Sumber: Twitter Fedtri Yahya

, Instagram Naz Ahmad