“Asalkan Jadi Pitih Dan Halal..”-Danny X-Factor Tak Malu Buat Grab, Demi Cari Rezeki Untuk Keluarga!

Share

“Kito wat belako ..asalkan jadi pitih dan Halal .. Dulu suko dulu wat Grab ..loni keno rajin .. kayuh selagi boleh… Ko guano set kito..Hino ko…” begitulah entri terkini yang di kongsikan oleh Danny atau Mohd Kardanie Anwa di akaun facebooknya setelah peminat dan warganet mengetahui selain menyanyi mahu pun berlakon rupa-rupanya Danny X Factor  juga melakukan kerja Grab untuk mencari rezeki untuk menyara keluarga tercinta.

Memetik BH Online, Danny atau Mohd Kardanie Anwa berkata dia sudah lima tahun menjadi pemandu Grab dan pekerjaan itulah yang menyelamatkannya ketika pandemik.

“Saya buat semua kerja, saya memandu Grab, jual burger, minyak masak dan banyak lagi. Nak malu apa, asalkan saya cari rezeki halal dan tidak menipu orang.

“Sebenarnya, saya bekerja pemandu Grab sejak 2017. Inilah kerja yang menyelamatkan saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Ketika PKP, isteri yang bekerja sebagai pramugari tidak ‘terbang’, jadi gaji pun tiada.

“Di situlah, kerja sebagai pemandu Grab banyak membantu saya. Kalau diikutkan, pendapatan pemandu Grab lebih lumayan daripada kerjaya seni. Pendapatan saya boleh cecah antara RM400 sehingga RM500 setiap hari,” katanya.

Artikel berkaitan : “Kini Gelaran Baru Papa Dada Ayah Daddy Pokmu.” 7 Tahun Menanti, Danny X Faktor Kini Bergelar Ayah.

Rider Grab Baru 2 Minggu Menjadi Suami, Maut Dirempuh Di Persimpangan Lampu Isyarat

“Sekarang Ni, Orang Kata Duit Tu Sentiasa Ada Lah…” Berkat Solat Berjemaah Setiap Waktu, Pemandu Grab Ni Kongsi Cerita!

Dalam pada itu, Danny mengakui dia seronok menjadi pemandu Grab kerana pekerjaan tersebut menyenangkan hati, namun dia kini terpaksa berehat memandu Grab kerana sibuk berlakon.

“Bila memandu Grab, saya bertenang dan dapat berjumpa rakan, berborak dan sebagainya. Saya memandu Grab selepas melihat rakan sekeliling buat pekerjaan sama dan akhirnya rasa seronok.

“Bayangkan, ketika penggambaran pun saya nak habis cepat sebab saya mahu memandu Grab. Namun, saya berehat sekejap daripada memandu Grab kerana sibuk dengan lakonan dan kerja lain dalam industri seni. Alhamdulillah,” katanya yang  lebih aktif kerja di balik tabir sebagai pembantu penerbit dan akan tampil dengan filem baharu berjudul Janna Endoro, tahun depan.

Danny pernah mencipta kemasyhuran bersama kumpulan X-Factor yang dianggotai oleh Fendi, Zack, Shah dan Ivarn.

Selain drama Sehangat Api, 7251364 dan Tak Sanggup, Danny turut membintangi filem Seri Dewi Malam, Idola, No Problem, KL Menjerit 1 dan banyak lagi.

Sumber : Berita Harian Online & Facebook danie.anwa

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club