“Kito wat belako ..asalkan jadi pitih dan Halal .. Dulu suko dulu wat Grab ..loni keno rajin .. kayuh selagi boleh… Ko guano set kito..Hino ko…” begitulah entri terkini yang di kongsikan oleh Danny atau Mohd Kardanie Anwa di akaun facebooknya setelah peminat dan warganet mengetahui selain menyanyi mahu pun berlakon rupa-rupanya Danny X Factor juga melakukan kerja Grab untuk mencari rezeki untuk menyara keluarga tercinta.
Memetik BH Online, Danny atau Mohd Kardanie Anwa berkata dia sudah lima tahun menjadi pemandu Grab dan pekerjaan itulah yang menyelamatkannya ketika pandemik.
“Saya buat semua kerja, saya memandu Grab, jual burger, minyak masak dan banyak lagi. Nak malu apa, asalkan saya cari rezeki halal dan tidak menipu orang.
“Sebenarnya, saya bekerja pemandu Grab sejak 2017. Inilah kerja yang menyelamatkan saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Ketika PKP, isteri yang bekerja sebagai pramugari tidak ‘terbang’, jadi gaji pun tiada.
“Di situlah, kerja sebagai pemandu Grab banyak membantu saya. Kalau diikutkan, pendapatan pemandu Grab lebih lumayan daripada kerjaya seni. Pendapatan saya boleh cecah antara RM400 sehingga RM500 setiap hari,” katanya.
Dalam pada itu, Danny mengakui dia seronok menjadi pemandu Grab kerana pekerjaan tersebut menyenangkan hati, namun dia kini terpaksa berehat memandu Grab kerana sibuk berlakon.
“Bila memandu Grab, saya bertenang dan dapat berjumpa rakan, berborak dan sebagainya. Saya memandu Grab selepas melihat rakan sekeliling buat pekerjaan sama dan akhirnya rasa seronok.
Ads
“Bayangkan, ketika penggambaran pun saya nak habis cepat sebab saya mahu memandu Grab. Namun, saya berehat sekejap daripada memandu Grab kerana sibuk dengan lakonan dan kerja lain dalam industri seni. Alhamdulillah,” katanya yang lebih aktif kerja di balik tabir sebagai pembantu penerbit dan akan tampil dengan filem baharu berjudul Janna Endoro, tahun depan.
Danny pernah mencipta kemasyhuran bersama kumpulan X-Factor yang dianggotai oleh Fendi, Zack, Shah dan Ivarn.
Selain drama Sehangat Api, 7251364 dan Tak Sanggup, Danny turut membintangi filem Seri Dewi Malam, Idola, No Problem, KL Menjerit 1 dan banyak lagi.
Sumber : Berita Harian Online & Facebook danie.anwa
Ads
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Tentunya dikalangan kita masih ada mengingati iklan merdeka yang yang bertajuk Tan Hong Ming Dilamun Cinta sekitar tahun 2007 yang dibintangi kanak-kanak kecil, seorang anak lelaki berbangsa Cina dan seorang anak perempuan berbangsa Melayu. Ianya bukan sekadar iklan malah terkandung makna yang tersirat hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad.
Meskipun video berdurasi 33 saat, namun iklan ini nyata meninggalkan impak dan terkesan di dalam hati yang menonton. Apatah bila melihat senyuman dan kecomelan dua teraju utamanya, Tan Hong Ming dan juga Ummi Khazriena.
Apa yang jelas melalui iklan tersebut kita dapat lihat betapa Tan Hong Ming begitu ikhlas dan selamba menceritakan kisah cinta pertamanya dengan rakan sekelas Ummi Khazriena. Iklan ini dilihat berjaya menyampaikan mesej keharmonian rakyat Malaysia.
Ketika penggambaran, Hong Ming dan Ummi Khazriena ialah murid tahun satu di sebuah sekolah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan kini selepas 15 tahun siapa sangka mereka disatukan semula menerusi iklan Merdeka yang diterbitkan oleh pengeluar jersi sukan dan gaya hidup terkemuka yang berpengkalan di Pulau Pinang, Lokalteez dan Teamwear.
Menerusi satu video berdurasi lapan minit yang tular baru-baru ini memperlihatkan mereka terasa kekok tatkala bersua kembali memandangkan sudah lama tidak bertemu.
Rakaman itu sebenarnya adalah teaser di sebalik tabir iklan terbaru yang dibintangi Hong Ming dan Ummi Khazriena sebagai teraju utama yang diterbitkan Lokalteez (jenama jersi lifestyle berkualiti). Karya itu diarahkan penulis hiburan dan skrip berpengalaman, SlenFadzil.
Antara inti pati lain yang dipaparkan adalah bercerita tentang perkembangan terbaharu mereka, di samping meluahkan aspirasi masing-masing terhadap maksud kemerdekaan bagi rakyat Malaysia.
Hong Ming dan Ummi Khazriena juga sempat mengimbau kenangan ketika bekerja di bawah arahan pengarah tersohor, arwah Yasmin Ahmad.
Kata Ummi, arwah Yasmin berjaya menyerlahkan rasa muhibah dalam iklan yang dilakonnya dulu.
“Pada pandangan saya, itulah kualiti terbaik yang ada pada Yasmin Ahmad. Beliau seorang yang berbakat besar, malah Yasmin mampu keluarkan rasa dan jiwa dalam karyanya. Bagi Ummi, beliau adalah seorang dalam sejuta,” ungkapnya.
Untuk pengetahuan semua, Ummi Khazrien kini bertugas sebagai seorang eksekutif, sementara Hong Ming pula baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Sunway University, Kuala Lumpur.
Sekali pandang memang cantik pokok cili jambak ini, seperti kuntuman bunga yang terlihat merah berseri.
Jika ditanam pasti puas hati, banyak hasil tuaian yang diperolehi.
Untuk anda yang ingin mencuba menanam dilaman rumah, bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai panduan. Jom semak.
Langkah 1 :
Sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini dilakukan selama 8jam atau 1malam .
Tujuan rendam iuntuk melembutkan kulit luaran benih cili supaya mudah bercambah supaya akar baru akan muncul dengan pantas.
Seelok nya gunakan air yang tiada klorin seperti air sungai , air telaga. Jika tiada gunakan saja air paip.
Langkah 2 :
Kering kan benih yang sudah di rendam mengunakan penapis , kertas atau tisu. Tujuan kering supaya mudah untuk disemai. Benih mudah di kendalikan.
Langkah 3 :
Sediakan tapak semaian seperti tray atau bekas kecil untuk semaian. Gunakkan peatmos/ sabut kelapa hancur untuk menyemai benih.
Anda juga boleh gunakan tanah organik atau topnsoil.
Langkah 4 :
Buat lubang mengunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam.
Jangan terlalu cetek. Letak benih ke dalam lubang di tray setiap lubang 1 biji.
Langkah 5 :
Setelah disemai, kambus dan siram dengan air. Siram dengam semburan halus atau dengan cara yang lembut.
Jangan siram sampai medium semaian terkeluar dari tray atau bekas.
Langkah 6 :
Alihkan tray atau bekas semai tempat redup. Sungkup dengan plastik hitam ke seluruhan selama 3 ke 5 hari.
Hari ke 3-5 benih sudah bercambah. Anda boleh mengalih kan sungkupan plastik hitam tadi.
Langkah 7 :
Benih yang bercambah akan mengeluarkan 2helai daun. Alih kan benih ke kawasan yg menerima cahaya matahari tetapi jangan letak bawah cahaya matahari secara terus.
Siram pagi dan petang. Letak di tepi rumah atau pakai net hitam.
Langkah 8 :
Selepas benih berusia 1 minggu baja dengan baja subur dengan kuantiti yang sedikit(beberapa biji) pada setiap pokok dalam tray. Boleh jiga guna baja organik.
Setelah usia 2minggu atau benih ada 3 ke 6 helai daun. Boleh alih kan ke pasu,polybeg atau atas tanah.
Langkah 9 :
Baja pokok setiap 1 minggu atau 2minggu sekali.
Untuk pokok yg bebas dari serangan penyakit dan serangga, sembur racun organik seminggu sekali.
Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk melebatkan buah.
Jika anda mnggunakan baja biji npk , stop baja bila pokok berbuah, untuk mengelak buah gugur.
Tips di atas boleh digunakan pada semua jenis cili.
Kesempatan bertemu dengan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dalam satu majlis khas sempena meraikan ulang tahun kelahiran 2 orang anaknya iaitu Soffya dan Zahri, pasangan ini telah berkongsi hadiah istimewa yang diberikan untuk kedua cahaya matanya ini.
Jika ibu bapa lain akan memberikan gadjet, pakaian ataupun perhiasan namun bagi pasangan ini mereka sepakat untuk memberikan hadiah kondominium untuk Soffya dan Zahri demi masa depan mereka.
“Alhamdullilah, kita memikirkan masa depan anak-anak. Jadi setiap kali birthday mereka adalah hadiah yang diberikan untuk masa depan mereka. This time, kita kasi anak-anak rumah jenis kondo.”
Tambah Wawa, “Setiap anak kami mempunyai rumah masing-masing dan kami tidak pernah skip simpan duit untuk mereka.”
“Sedar tak sedar, anak kami yang tua berumur 11 tahun sudah mempunyai banyak simpanan. Kita tak tahu di masa akan datang apa yang akan berlaku, jadi itu adalah simpanan untuk mereka. Untuk mereka belajar, apabila kecemasan ataupun sebagainya.
Berkongsi kenangan melahirkan kedua cahaya matanya ini,
“Sebenarnya Soffya dan Zahri due date bersalin sama tarikh dengan birthday Aeril, 2 Disember tapi terberanak awal. Sebeb itulah tarikh lahir mereka berturut-turut.”
Dalam majlis yang berkonsepkan ‘beach’ ini, Wawa turut melancarkan produk terbaru iaitu Wawa Mummy Baby Sunscreen Set yang diadakan di Bangi Golf Club.
“Pelancaran sunscreen untuk kanak-kanak ini adalah kerana kanak-kanak mempunyai kulit extra sensitif. Oleh yang demikian ianya diformulasi secara mineral yang sangat bagus untuk kulit kanak-kanak seawal usia 6 bulan.”
Walaupun baru dilancarkan, jualan bagi produk ini sudahpun mencecah 40 000 unit. Ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan lebih-lebih lagi sunscreen Wawa yang dilancarkan sebelum ini sudahpun terbukti keberkesanannya.
Wawa dan Aeril turut mengumumkan akan mengedarkan 100 000 Wawa Sunkids secara percuma kepada kanak-kanak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.