Seminggu dua ni di mana-mana sahaja mesti anda akan nampak permainan yang dipanggil latto-latto ni, sama ada orang sedang bermain atau menjual. Latto-latto ini merupakan permainan yang mempunyai dua pemberat dan diikat dengan tali.
Cara bermainnya melibatkan pemain menghayun kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.
Walau bagaimanapun, permainan latto-latto ini sebenarnya mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak kerana boleh mencederakan bahagian mata, gigi atau hidung seperti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebooknya.
MAINAN LATO-LATO BUAT ANAK KETAGIH, RUPANYA BAHAYA
Menurut beliau, terdapat satu kes kecederaan yang datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan akibat cedera bermain lato-lato. Kanak-kanak tersebut difahamkan lebam dan bengkak di bahagian batang hidung.
“Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato,” ujarnya.
Ads
Perkara ini terjadi kerana sekiranya kanak-kanak tersebut tersilap hayun lato-lato tersebut, ia akan terkena pada tubuh badan kerana ladungnya itu agak berat.
“Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung,” jelasnya.
Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Ibu bapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:
Ads
1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.
Ads
Seperti mana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibu bapa perlu memantau anak-anak bila bermain.
Sejak ada anak ni, pelawak terkenal Achey Bocey ada sahaja statusnya yang mengundang tawa netizen. Seronok nampaknya sebab dah ada buah hati yang menambahkan lagi keceriaan dalam rumah tangga.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah dan isterinya yang dikenali sebagai Anne cukup gembira dengan hadirnya anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir.
Terbaru menerusi postingnya di instagram, Achey mengusik anak angkatnya itu sehinggakan ramai yang memberi komen gelihati dengan gelagatnya itu.
hani_vz_hanisko ttgu dia beso cikit…nt dia korek puting 2 dia bt magic balik…dah ler tiara 2 comel…bulat je…ikot muka anne dah….aku jarang comnent kat ig artis tp aku jth sayang kat tiara…semoga Allah melindungimu tiara sayang. .
membawang14klau mcm tu..kita nak jadi baby baliklaH
Menyentuh tentang ragam anak-anak, diakui bukan sahaja yang si kecil selalu buat perangai malah hingga anak yang besar ada sahaja kisahnya. Kadang kala melucukan dan kadang kala tindak tanduk mereka boleh membuatkan kita membebel tak henti-henti.
Ini sama kisahnya dengan pelakon dan penyampai radio terkenal iaitu Sharifah Shahirah, berkongsi video memaparkan pelbagai ragam dan gaya anak-anaknya yang tular di media sosial.
Pelakon terkenal, Sharifah Shahira dikatakan sedang membebel mengenai sikap anak-anaknya di sebuah kafe.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Yang Perempuan Duduk Macam Lelaki
Melalui video tersebut dapat dilihat Sharifah Shahira atau juga lebih mesra di sapa Kak Rara dan keluarga sedang menikmati makanan di sebuah kafe. Namun telatah leteran Kak Rara dalam video itu telah membuatkan warganet terasa terhibur.
“Anak aku dah macam Janna Nick cerita Coffee Prince. Airra, duduk macam lelaki, yang lelaki pula duduk macam perempuan. Perempuan duduk macam lelaki.”
Bukan sahaja teguran Kak Rara yang menarik perhatian, malah penampilan kedua anaknya itu iaitu Airra Zulkifli dan Airell Zulkifli juga mendapat perhatian ramai kerana kagum dengan rupa paras mereka yang menarik terutama sekali, Airra Zulkifli.
Ada juga netizen yang cakap muka Airra itu seiras dengan bapanya, Ijoy Azhari.
Diam tak diam, sudah lebih 5 tahun fenomena Fattzura melanda. Sehingga kini, kehangatannya masih terasa.
Mana tidaknya, sejak mendirikan rumahtangga pasangan Nur Fazura atau lebih dikenali dengan nama Fazura dan Fattah Amin sentiasa mencuri perhatian ramai dan tidak terlepas dari perhatian para netizen.
Lebih-lebih lagi sejak kehadiran si manis Fatima, ramai yang suka melihat kepetahan dan kecomelannya.
Baru-baru ini, genap 5 tahun penyatuan Fattzura. Kedua pasangan ini saling menitipkan ucapan manis di laman sosial.
Fazura turut berkongsi conversation whatsapp bersama dengan suaminya yang kini sibuk menjalani pengambaran. Memang ‘sweet’ sangat pasangan ini seperti pasangan baru bercinta pula.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.