Asal Bincang Je, Gaduh! Ni Teknik Berbaik Suami Isteri, Elak Sifat 3M

Share

Sedangkan lidah lagi tergigit, begitulah juga suami isteri. Tak semestinya dalam sebuah perkahwinan hanya perlu bahagia sentiasa, sesekali perlu juga momen bait-bait bergaduh manja untuk mengharmonikan lagi hubungan.

Tetapi… Tak elok juga bermasam muka berhari-hari. Setiap pergaduhan semestinya ada jalan untuk berdamai. Apa yang penting untuk berdamai semestinya komunikasi antara suami isteri, iaitu berbincang semula. Nak tahu teknik berkesan untuk berbincang suami isteri? Ikuti teknik yang diberikan oleh puan Wawa Shauqi ini untuk panduan bersama.

_________________________________________________________________________

“Dengan laki aku tu, tiap kali ajak berbincang je bergaduh.”

Dalam satu episod rancangan temubual bersama Steve Harvey, ada satu pasangan dijemput. Umur mereka, 100 dan 103 tahun. Mereka dah kahwin sejak umur 21 tahun. Maknanya dah 83 tahun bersama!

Amazing kan! Nasihat dari pasangan tu adalah,

“Be nice to each other.”
“Talk things over.”

TALK THINGS OVER’ – BERBINCANG UNTUK SETIAP PERKARA

Bab TALK THINGS OVER ni.

Tahun-tahun pertama perkahwinan saya dan suami, payahnya nak praktik yang ini. Setiap kali bincang, mesti jadi gaduh.

Pernah beberapa kali, suami akan keluar dari rumah bila bibit perbincangan nak tukar ke pergaduhan. Ingatkan kami berdua je gitu. Rupanya bila gosip sesama geng mak minah, isu ni rupanya isu sejagat.

Ada yang dah 10 tahun kahwin pun, masih tak boleh berbincang. Bincang je gaduh. Bincang je buat muka. Akhirnya, tak ada improvement pun berlaku dalam perhubungan.

Masing-masing simpan perasaan. Bila dah simpan sakit di hati, masing-masing semakin jauh. Satu isu kecil, mudah je jadi meletup.

Kami laki bini pun, kaki gaduh juga. Tapi syukurlah, bila buka ruang perbincangan, banyak perkara kami dapat improve. Bila dapat berbincang, benda yang asalnya nampak rumit, boleh je selesai.

SELALULAH BERBINCANG DARI SEKECIL PERKARA SEHINGGA SEBESAR ALAM…

Memang sangat tepatlah apa yang atok dan nenek umur 100 tahun tu pesan. Kita laki bini ni, belajarlah berbincang.

  • Nak makan kat mana, bincang.
  • Nak sekolahkan anak kat mana, bincang.
  • Macam mana nak hangatkan semula hubungan, bincang.
  • Apa bahagian diri kita yang perlu kita improve, bincang.
  • Sampai ke hal nak masuk syurga bersama pun kita kena bincang.

3 TEKNIK BERBINCANG BERDASARKAN 3 INDIVIDU BERLAINAN:

Cuma bab bincang ni, tak boleh main redah. Kena ikut kekdah (kaedah). Tak ikut kekdah, tudung periuk pun boleh melayang.

Ini 3 Teknik Berbincang yang saya peroleh dari 3 orang yang berlainan.

1. TEKNIK I
Teknik oleh Psikologis Akif Basri.

CONTOH:

✔ I penat. Boleh tak nak rehat?

❌ Tau tak I ni penat?

✔ I seronok dapat discuss dengan you sebelum buat keputusan.

❌ You memang tak boleh bawak berbincang eh?

Mulakan teguran dengan perkataan ‘i’ atau ‘saya’. Nyatakan apa yang kita rasa. Bukan serang pasangan kita.

2. TEKNIK BURGER
Teknik oleh Kaunselor Fadzli Aziz.

Sebelum tegur, carilah 1 perkara untuk dipuji. Kemudian barulah tegur apa yang boleh dibaiki. Kemudian, dilapisi kembali dengan pujian.

Puji – tegur – puji

CONTOH:

✔ “Saya suka penampilan awak. Segak je. Sebab mulut awak berbau je. Kalau setel bau mulut, mesti A+.”

✔ “Wah, bagus awak kemas rumah. Jangan lupa mop tau. Lepas mop, komfem tip top!”

3. TEKNIK BELI JIWA

Teknik oleh Tuan Badrul Sani.

Perempuan ni, kalau nak beli jiwa dia adalah dengan pujian. Lelaki pulak, nak beli jiwa dia kena bagi ayat penghargaan.

SUAMI PERLU…

Maka suami, rajin-rajinlah pandang mata isteri. Kalau berselisih tu, mata bertentang mata, hadiahkanlah senyuman.

Puji sikit pilihan baju atau gaya rambut yang disikat. Rajin-rajin mesej walaupun semata-mata nak kongsi lawak yang kalian jumpa di FB.

ISTERI PERLU…

Isteri pulak, rajin-rajinlah ucap terima kasih. Up sikit suami tu macam mereka dah buat kerja paling heroic atas muka bumi. Walaupun kerja yang dibantu sekadar angkatkan sampah keluar rumah.

Buat benda simple macam ni pun, kita sebenarnya tengah bina connection. Bila ada connection, nak buat correction jadi mudah.

SUAMI ISTERI ELAKKAN 3M INI!

Yang penting, elakkan 3M ni :

  • Menyindir
  • Merendah-rendahkan
  • Meninggikan suara

Kalau awal-awal dah guna 3M ni, bukan nak ajak bincang namanya. Tapi ajak berperang.

Bila 2 nakhoda kapal berperang, bukan anak kapal je tak aman. Takut-takut tak sempat berlayar jauh, kapal karam di tengah jalan.

Semoga kita mampu latih diri untuk berbincang sebaiknya. Mudah-mudahan, dapat rezeki jadi pasangan till jannah.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi