Arwah Pertama Kali Ikuti Aktiviti Perkhemahan, Dikebumi Malam Ini

Share

Suasana sebak menyelubungi Jabatan Frosenik HSB jam 7.45 malam tadi.

Ini kerana jenazah mangsa ke-10, Allahyarham Nurul Azmani dibawa keluar ketika itu.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih, Gombak malam ini.

ARWAH PEKERJA KANTIN

Nurul Azmani Kamarulzaman, 31, yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dikatakan mengikuti rombongan 20 guru sekolah itu dan berkhemah di lokasi itu sejak Rabu lalu.

Mangsa dipercayai pekerja kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Kampung Batu Kuala Lumpur.

Sepatutnya mereka pulang semalam, namun kejadian berlaku awal pagi Jumaat itu mengorbankan 24 mangsa termasuk Nurul Azmani manakala sembilan masih hilang.

 

 

PERTAMA KALI IKUTI AKTIVITI PERKHEMAHAN

Menurut laporan Harian Metro, sepupu mangsa Nor Azman Mat Zain berkata, Allahyarham yang bekerja di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong mengikut rombongan itu sejak Rabu lalu.

“Sepatutnya dia membawa ibunya pulang ke kampung untuk berjumpa keluarga sebab cuti sekolah semalam, namun sudah ajalnya.

“Kami sekeluarga tahu dia mengikuti rombongan perkhemahan sekolah itu. Dia bekerja di kantin sekolah berkenaan.

“Ini juga kali pertama dia terbabit dengan aktiviti perkhemahan. Dia pergi Rabu lalu dan ikutkan dia balik semalam,” kata lelaki berusia 48 tahun itu.

LIHAT GAMBAR

 

Salam takziah diucapkan. Al-Fatihah

Sumber Astro AWANI via SINAR, Harian Metro

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club