“Arwah Pernah Kata Untuk Anak Selesa.” Nampak Kereta Arwah Suami, Hidayah Luah Rasa Sebak!

Share

Perkongsian  Nur Hidayah, balu kepada Allahyarham Abam Bocey meraih perhatian ramai.

Dia meluahkan rasa sedih ternampak kereta yang dimiliki arwah suaminya di jalan raya.

Menerusi perkongsian tersebut, ibu anak sorang ini berkata kereta jenis Toyota Vellifre itu hanya tinggal kenangan selepas ianya dibeli oleh orang lain.

Ternampak kereta arwah suami. BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya.

“Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya,” tulisnya.

 Di ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan nasib Hidayah serta mendoakan agar wanita itu terus kuat demi anak mereka, Syed Uthman Hamzah.

Sumber: hidayah_hamzahh