“Arwah Nampak Ceria & Mahu Belanja Kakaknya Makan.” Kegembiraan Terima Gaji Pertama Tukar Tragedi, Wanita Maut Dihempap Pokok

Share

Kegembiraan dua beradik keluar bersama bertukar duka bila mana seorang darinya  terbunuh selepas kereta yang mereka naiki dihempap sebatang pokok.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu, Farah Liana Safri, 27, dari Kampung Sungai Badak,  meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ayah tiri mangsa, Izzuddin Ismail, 65 memberitahu, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum keluar bersama kakaknya, Nurul Azwana Safri, 31 ke pusat bandar Jerantut bersama kereta Perodua Viva yang dipandu kakaknya.

“Arwah dilihat teruja mendapat gaji pertama sebelum terbunuh. Dia kelihatan ceria dan ingin pergi ke bandar membeli barang keperluan peribadinya selain mahu belanja kakaknya makan.

“Arwah seorang anak yang ceria dan amat disenangi keluarga dan rakan-rakan. Kami sekeluarga reda dengan kehilangan ini walaupun sedih memandangkan arwah amat rapat dengan kami semua,” katanya kepada Sinar Harian.