Memasuki hari kelima pemergian Syed Umar Mokhtar atau lebih mesra dengan panggilan Abam Bocey, namun dirinya masih menjadi perbualan. Setiap masa ada sahaja insan yang mengenalinya berkongsi kisah mengenai peribadi arwah di media sosial. Terbaru, seorang kenalannya memuat naik sekeping gambar anak allahyarham Abam dalam keadaan tidur disamping sebelahnya ada seekor kucing. Menerusi perkongsian tersebut, rakannya memberitahu arwah sebelum ini bergasrat ingin membeli seekor kucing bagi menemani isterinya di rumah. Namun hajat tersebut tidak kesampaian. Usai pemergian arwah, datang seekor kucing yang didakwa tidak tahu dari mana telah memasuki rumah keluarga allahyarham dan terus tidur disisi Hamzah. Menurut sahabat Abam yang dikenali sebagai Syuk Kicuk itu, kucing tersebut datang selepas pemergian Abam dan sehingga ke hari ini masih berada di rumahnya. Allahu..sayu hati bila tengok hamzah tidur.. sebelum arwah @abam_bocik , meninggal dunia, arwah nak beli seekor kucing untuk dijadikan peneman buat @mrs_abam tetapi tak kesampaian.. bila hari kematian arwah, tak tahu dari mana dtgnya kucing ini yg telah masuk ke rumah arwah, sehingga hari ni menjadi peneman tidur utk Hamzah..
#KitaBaikRamaiSayang #BiarOrangBuatKitaJanganKitaBuatOrang #AllahUjiSebabAllahSayang #syeduthmanhamzahaljuffrey
Rata-rata menyifatkan kedatangan kucing tersebut adalah sebagai peneman buat anak kecil itu.
Ads
Ads
rosnizabakarYa Allah lindungilah ank ini.. bahagiaknlah ank ini supaya membesar mjadi ank yg baik soleh sprt arwah ayahandanya.. acik syg awk.. acik xde ank lelaki huhu
yayakelana6Allah hantar peneman kepada hamzah… Moga membesar dengan sihat baby hamzah
hafiz.shahirah.ammarAssalamualaikum hamzah..semoga membesar dgn sihat dan bijak pandai ya nak, jadi anak yg soleh. Jaga ibu, sayang ibu. Contohi ayahmu. Ayah hamzah org yg hebat. Kita baik ramai sayang.. ❤️❤️❤️
diyana_kitchen😭😭sedey nyaaa.Allah hantar kucing tu untuk peneman Hamzah
intan.deana.9allah.sdih je bile tgok bby hamzah air mate msti nk kuar…ank yg baek.tlong jage bby hamzah baek2 iye..syg die
buadakpetalinSebiji macam arwah abam,semoga menjadi anak yang soleh
Lama tidak mendengar khabar pasangan artis veteran ini. Sebelum ini admin ada memuat naik kisah Datuk Zulkifli Zain, 73, yang dimasukkan ke hospital.
Terbaru, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar, 61, menyambut ulang tahun perkahwinan ke-44 semalam.
.
Pasangan itu diraikan bersama anak-anak mereka termasuk pelakon dan pengarah teater Norzizi Zulkifli.
.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Norzizi dengan beberapa keping foto dan video ketika menyambut ulang tahun perkahwinan bersama ibu bapanya di akaun Instagram miliknya. “Selamat Ulangtahun yang ke 44 Mama Papa. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah,” tulisnya ringkas.
Rata-rata yang melihat perkongsian tersebut mengucapkan tahniah serta turut memuji keharmonian rumah tangga pasangan ini yang berjaya mengekalkannya selama 44 tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dari pandangan kasar, hanya nampak dia biasa sahaja. Apatah lagi, empunya diri seorang yang ceria dan suka mengukir senyuman.
Namun, siapa sangka di sebalik senyuman itu, ibu bernama Azlina Aziz, 44 tahun ini rupanya bertarung dengan penyakit yang digeruni kaum wanita iaitu kanser payudara . Kansernya kini berada di tahap dua.
Dugaan tidak terhenti setakat itu sahaja bila mana anak keduanya juga kemungkinan turut menghidap kanser.
Ditemui ketika dalam majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay baru-baru ini, Azlina bersama 20 ‘cancer survivor’ lain hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka
Menceritakan detik awal disahkan menghidap kanser, Dia awalnya menyedari ada kelenjar bengkak di bahagian payudara. Selepas ke hospital dan membuangnya. Namun, tidak sampai sebulan kelenjar berkenaan muncul semula tetapi kali ini di bawah ketiak.
“Lepas buat biopsi, doktor sahkan hidap kanser tahap 2. Jadi, saya terus terus sahaja buat prosedur mammogram dan scan tetapi tidak kelihatan tanda mencurigakan.
“Saya kemudiannya membuat rawatan pembedahan bagi membuang kelenjar berkenaan dan setelah melakukan biopsi, barulah doktor mengesahkan yang saya penghidap kanser tahap dua.
“Mula dikesan ada kanser pada tahun 2016 dan telah menjalani enam kali rawatan kimoterapi sebanyak enam kali. Dan sekali lagi pada tahun 2018 ini dikesan ada pula ketulan lain yang tumbuh. Bagaimanapun doktor beritahu jika ketumbuhan itu kecut tak payah buat apa-apa,” ujar Azlina memulakan perbualan bersama penulis.
“Walaupun begitu, saya tidaklah sampai membuang payudara kerana ia bukan dari sel yang aktif. Buat masa ini saya hanya menjalani rawatan di hospital dan makan ubat mengikut prosedur ditetapkan.
“Saya tidak pasti bagaimana boleh menghidap penyakit ini tetapi salah satu sebabnya mungkin juga disebabkan keturunan. Arwah nenek saya ada menhidap kanser payu dara dan sepupu sebelah ayah pula menghidap kanser hidung.
“Selain itu mungkin juga disebabkan saya dulu pernah mengambil suplemen berbentuk jeli sebagai minuman harian,” ceritanya lagi.
Reda dengan ujian Tuhan, menurut Azlina lagi, ketika bekerja di sebuah syarikat mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan diri, dia mencuba produk daripada kolagen sebagai suplemen kesihatan.
“Hampir dua tahun bekerja di situ dan saya jadikannya sebagai minuman harian. Kiranya saya ini dianggap macam testimoni kepada produk berkenaan. Mungkin itu salah satu faktor Tetapi saya tahu ini semua kuasa Tuhan. Cuma saya nak beritahu pada semua wanita agar berhati-hati dengan pengambilan produk suplemen babitkan kesihatan.
“Kita tidak tahu apa kesannya masa sekarang (ketika minum) dan hanya nampak dalam jangka masa panjang,” ceritanya lagi.
Mengulas mengenai anaknya bernama Nadia yang kemungkinan menghidap kanser, akui Azlina mungkin itu disebabkan pemakaian produk pemutih wajah.
“Anak saya memang ada guna sabun pencuci wajah yang juga bertindak untuk memutihkan wajah seseorang. Mula-mula ada bintik kecil tumbuh di bahagian pipi kanannya. Apabila dia menjalani ujian biopsi, Doktor cakap kemungkinan dia menghidap kanser kulit.
“Walaupun begitu, anak saya seorang yang positif dan kuat seperti saya. Semangatnya tidak pernah jatuh dan kami sama-sama memilih untuk bersikap positif. Insya-Allah akan akan penyembuhnya dan selagi itu saya tidak henti putus berdoa pada Tuhan,” Jelas Azlina yang cukup positif berdepan dugaan maha hebat ini.
Biarpun dirinya menghidap kanser, namun itu tidak mematahkan semangat Azlina untuk meneruskan kehidupan. Malah rutin hariannya tetap berjalan seperti biasa.
“Saya pergi kerja macam biasa dan meneruskan kehidupan macam orang lain juga. Saya tidak mahu orang lain tahu yang saya sedang sakit, termasuklah anak-anak. Saya tidak bagi tahu secara direct penyakit ini kepada mereka, tetapi anak-anak tahu jika saya masuk wad untuk menerima rawatan kimoterapi.
“Cuma saya tak benarkan mereka datang menjaga saya. Sebab saya tak mahu mereka nampak ‘down’ bila melihat keadaan saya ketika itu. Dalam hal ini, saya berterima kasih pada suami yang sentiasa bagi sokongan tidak berbelah bagi,” tambahnya yang mempunyai empat orang anak dari usia 7 tahun hingga 23 tahun. Malah dia juga sudah mempunyai tiga orang cucu hasil perkahwinan anak pertamanya.
Bercerita kisah lampaunya, Azlina memberitahu ketika usianya 17 tahun, dia juga pernah berhadapan dengan masalah ketumbuhan tumor di bahagian ovarinya. Keadaan ini menyebabkan periodnya jadi keterlaluan.
“Saya pergi mendapatkan rawatan di hospital dan juga telah menjalani kimoterapi sebanyak enam kali. Tetapi itu ketika sebelum kahwin dan tidak sangka lepas sudah berkahwin dan ada cucu, saya disahkan pulak menghidap kanser payudara.
“Saya juga sudah 6 kali buat rawatan kimoterapi dan kesan dialami sangat meletihkan. Selain rasa nak muntah, demam, ada ulser di mulut, rambut jadi gugur, saya juga pernah tidur seharian dengan memakai baju yang sama ketika buat rawatan kimoterapi di hospital.
“Sepanjang tempoh itu, saya memang tidak menjalani sebarang rawatan alternatif dan juga pengambilan mana-mana suplemen. Hanya menjalani rawatan di hospital mengikut prosedur di tetapkan.
“Walaupun sudah dua tahun penghidapnya, saya tidak pernah merasakan diri ini kekurangan. Saya menjalani rutin harian seperti biasa, saya pergi kerja dan aktif dlam bersukan terutama bermain bola jatring. Saya reda dengan dugaan Tuhan dan menerimanya dengan hati yang tabah,” tambahnya lagi yang turut mengingatkan kaum wanita segera pergi menjalani rawatan jika ada timbul tanda mencurigakan pada tubuh badan.
Tidur bersama merupakan kunci keintiman hubungan suami isteri. Di sinilah juga kebahagiaan terbina. Tanpa waktu malam hari, hubungan pastinya jadi sangat hambar.
Jika pasangan muda yang baru berkahwin 5 tahun pertaman, memilih untuk tidur berasingan seharusnya carilah jalan penyelesaian secepat mungkin.
Kena buka minda dan cari punca secepat mungkin mengapa hal ini terjadi. Baik suami atau isteri, jangan sesekali ego. Sama-sama perbaiki diri.
Undang dosa
Ketahuilah bahawa menjaga hubungan dalam hubungan suami isteri diberi ganjaran pahala dan mengabaikannya juga boleh mengundang dosa. Jadi tidak salah rasanya jika anda berusaha lebih sedikit dan usah pandang ringan akan masalah ini. Berusaha untuk menambah ibadat dalam kehidupan kita.
Kenal Pasti Punca
Perkara terdahulu yang seharusnya ada berikan perhatian adalah mengenal pasti punca mengapa suami lebih selesa untuk tidur berasingan dan anda sendiri merasa selesa untuk berada jauh daripadanya setiap hari.
Jika suami lebih selesa menonton tv hingga ke malam, tegurlah dia dan ajaklah dia bersama anda di dalam bilik. Jika perlu, anda sendiri yang menemaninya menonton.
Berbincang Secara Terbuka
Ajaklah suami berterus terang mengenai masalah ini. Mungkin juga ada ketidakpuasan hati baik anda mahupun suami yang mengganggu masa untuk tidur bersama-sama.
Faktor Kerja
Ramai menjadikan alasan faktor kerja dan syif suami dan isteri yang tidak sama setiap hari sebagai alasan terbesar untuk tidur berasingan.
Cubalah ambil cuti anda sesekali dan beradalah di rumah bersamanya seketika di siang hari bagi menyemarakkan kembali hubungan anda. Berusahalah untuk mengubahnya menjadi lebih baik, seperti orang lain.
Guna Taktik Sesuai
Sesekali gunakan taktik yang bersesuaian misalnya merajuk ntuk mengusik hati si suami untuk lebih prihatin dengan anda. Namun jika cara ini tidak berkesan, cubalah cara lain yang mampu mengusik jiwanya untuk tidur di samping anda. Mungkin merangsangnya menjadi lebih drastik adalah jalan sesuai. Selidik kemahuannya.
Perbaiki Masalah Seksual
Mungkin juga suami mula menjauhi anda kerana kedinginan seks mahupun kemahuannya gagal dipatuhi anda. Siapa tahu bukan? Berbincang adalah jalannya. Namun jika seks menjadi puncanya, sebagai isteri anda seharusnya memulakan langkah agresif untuk mengubah diri anda sendiri. Ingatkan bahawa ianya satu ibadat!
Jumpa Kaunselor
Jika segala usaha menemui jalan buntu, tidak salah untuk anda dan pasangan mendapatkan bantuan daripada kaunselor untuk memulihkan masalah ini. Jangan pandang ringan kerana ia akan membinasakan rumah tangga anda untuk tempoh yang lama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di