“Arwah, Mama Yang Hebat. Jual Nasi Lemak & Kerja Cleaner.” Ibu Kemalangan & Meninggal Dunia. Ayah Pula Dipenjara,Kini 6 Beradik Hilang Tempat Bergantung.

Share

Ibu yang selama ini menjadi tempat untuk anak-anak bergantung sudah tiada lagi. Tinggallah si kecil yang belum mengetahui apa-apa. Dugaan yang cukup hebat buat 6 beradik ini.

Kisah wanita yang bekerja sebagai cleaner kemalangan dan meninggal dunia ketika pulang dari kerja pernah dilaporkan sebelum ini. Namun siapa sangka, di sebalik kematian wanita tersebut, rupanya terselit kisah yang cukup memilukan.

Perkongsian oleh puan Hamidah Sulaiman di ruangan facebooknya cukup menyentuh hati. Menurut Pn Hamidah, kisah tersebut diperoleh dari kawan sekolah yang berkongsi di dalam group whattsapp.

Semoga ada pihak yang tampil membantu 6 beradik ini untuk meneruskan hidup. Al-Ftaihah buat arwah ibu mereka. Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman.

inilah kisah yang dikongsikan oleh Puan Hamidah:


ni kisah anak-anak arwah staff sy yang meninggal dunia semalam. Mereka 6 beradik. 

Sulung darjah 6 yang bongsu satu tahun setengah.

Hari ini mereka kehilangan mama tersayang. Kematian yang amat menginsafkan.

Ini kisah mereka sekelurga.

Saya dan suami sampai ke rumah abang ipar arwah selepas solat Jumaat tadi. Jenazah belum sampai. Masih di hospital.

Suaminya di dalam penjara. Sebelum ini telah beberapa kali ditahan dan arwah yang membayar wang denda sehingga lah yang kali terakhir ini arwah sudah tidak sanggup dan tidak mempunyai wang untuk membayar denda. Arwah, mama hebat. Siapa sangka seawal jam 10 malam sudah mula membuat persiapan menyiapkan nasi lemak. Arwah menghantar nasi lemak setiap pagi ke Stesen Petronas. Pulang semula ke rumah menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Bayangkan bagaimana kalutnya setiap pagi.

Selesai menghantar anak ke sekolah, beliau terus ke tempat kerja. Bekerja sebagai cleaner di sebuah bank. Jarak perjalanan ke tempat kerja antara 30-45minit.
Setiap sabtu dan ahad arwah akan part time pula di Sultan Salai. Juga jarak perjalanan antara 30-45 minit.

Baru saya tahu. Tiada sehari pon hari rehat buat beliau. Arwah bekerja siang dan malam untuk menampung hidup beliau 7 beranak.

Sedihnya Ya Allah bila tahu anak sulung baru berusia 12 tahun perlu menjaga sendiri adik-adik bila pulang dari sekolah. Tiada mak yang menghidangkan makan dan minum apabila balik dari sekolah. Semuanya telah disediakan mamanya dari awal pagi.

Hari ini, rezeki Allah beri pada kami. Dapat menunggu jenazah sampai ke masjid. Sepanjang menunggu saya mendengar cerita-cerita baik tentang arwah.

Sehinggalah selesai solat jenazah, apabila imam berkata bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab ‘baik’. Imam bertanya lagi. Bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab baik. Kata Imam, 
Ini adalah pengajaran untuk kita yang masih hidup. Sementara kita menunggu suami arwah tiba, boleh la melihat dan mencium arwah buat kali terakhir.

Hiba.

Anak-anak arwah dipimpin oleh saudara mara ke hadapan. Mereka, usianya tidak lebih 12 tahun apatah lagi si bongsu masih menyusu badan. Hampir pasti tidak faham langsung apa yang berlaku. Ajaibnya apabila melihat wajah mama mereka terkujur kaku dan tersenyum anak-anak ini menangis semahunya.

Gambar sekadar hiasan

Selesai saudara mara dan sahabat melihat wajah untuk kali terakhir, kami semua diminta duduk. Menunggu sahaja ketibaan suami arwah.

Sebak

Tiba-tiba terdengar esakan dan jeritan anak arwah. Mereka meluru dan memeluk susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berjalan masuk dari pintu masjid. Tanggannya bergari sebelah. Ditemani 2 orang pegawai penjara.

Allah.. air mata ini tidak dapat aku tahan. Sungguh, cerita seperti ini hanya dalam drama. Tetapi ini benar-benar terjadi kepada orang yang aku kenali.

Suaminya terus dibawa ke hadapan jenazah. Menangis semahunya menatap wajah isteri, kemudian dibawa ke tepi dinding. Masa ini semua anak arwah memeluk ayah mereka. Barangkali rindu teramat kepada lelaki bergelar ayah ini. Sikecil juga sempat didukung ayahnya. Suasana di dalam masjid bertukar sangat hiba. Hampir semua yang ada sebak dan menangis menyaksikan momen ini.

Tidak sampai 10 minit, lelaki ini terpaksa pergi. Dia terpaksa pulang ke tempat sementaranya, penjara! Tidak dapat menghantar arwah isteri ke tempat rehatnya yang abadi.

Wahai pekerjaku yang baik budi dan berdedikasi, engkau meniggalkan senyuman diwajahmu. Sudah kerap kali kau mengadu penat pada kawan mu sekalipon tidak pernah engkau ceritakan masalah ini kepada majikanmu.

Semalam, Allah SWT merehatkan mu. Habis sudah penat mu di dunia ini bekerja siang malam, menguruskan anak-anak dan menjaga maruah suami mu sehinggakan aku majikan mu tidak tahu langsung kamu bekerja seorang diri menyara keluarga.

Wanita hebat,
Semoga Allah SWT lapangkan kuburmu menempatkan rohmu bersama orang-orang soleh.

Kuatkan lah hati anak-anak ini. Masih terniang perbualan terakhir saya bersama arwah minggu lepas di Sultan Salai, akak hantar semua anak-anak akak masuk sekolah cina. Sebab akak nak anak-anak akak pandai berdikari.

Sehingga cacatan ini ditulis, sebak masih ada. Siapalah yang akan menjaga 6 orang anak arwah sementara ayah mereka di dalam penjara. Arwah sudah tidak mempunyai bapa, ibu mertua dan ayah mertua.
.
.
Catatan saya ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa, ambillah pengajaran daripada kisah benar ini.

Sebelum melakukan apa-apa yang boleh merosakkan diri sendiri, ingat juga kesan yang akan terjadi kepada anak-anak dan isteri akibat perbuatan diri sendiri.

Allah SWT susun jalan cerita seperti ini untuk memberikan pengajaran kepada kita semua yang masih bernyawa.

*SUMBANGAN DAN BANTUAN IKHLAS*

Assalamualaikum..
Terima kasih pad yg cakna & alert tentang 
*6 BERADIK KEHILANGAN IBU DALAM KEMALANGAN MOTOR*
Pada 25 April 2019(Khamis) ketika baru pulang dari tempat kerja sebagai cleaner di sebuah bank di rembau.. 
Anak yang sulung berumur 12tahun (darjah 6) Dan Yang bongsu berumur (setahun).

Buat sementara waktu mereka kini tinggal bersama pakcik saudara di *Kampung Legong Ulu, Kota, Negeri Sembilan*

Sebarang pertanyaan lanjut atau mahu membuat sumbangan ikhlas pada anak2 tersebut blh berhubung dengan penjaga waris :

*NORAZILA BT SAHRAN*
(IBU SAUDARA) 
No Tel: 0167534022

*SAJIRIN BIN KASSIM*
(DATUK SAUDARA) 
No Tel: 0193508629
Akaun : CIMB
( 0504 000 5041205 )

Sebarang maklumat selain dari diatas adalah tidak benar sama sekali.. Wallahualam..

Sekiranya tidak mampu bantu, bantulah share, semoga ada insan2 yang dapat membantu anak2 kecil ini dan keluarga terdekat .. Allah kira semua itu walaupun kita hanya sekadar share.

C&P
Semoga semua urusan 6 beradik ni dipermudahkan oleh Allah.. Aamiin.
Al fatehah untuk arwah ibunya.