
Klasiknya suara wanita ini. Dendangan lagu tahun 70an telah membangkitkan nostalgia yang mengundang sebak dikalangan wargamaya.
Menerusi akaun TikToknya, kiambang_ wanita ini tampil dengan konsep lagu klasik. Bagi yang mendengar suaranya tanpa melihat wajahnya sudah tentu membayangkan dirinya seorang wanita yang berusia.
Selain itu, keunikkan suaranya membuatkan wargamaya memuji suaranya yang dikatakan mengundang nostalgia. Malah golongan remaja juga dikatakan turut meminati suaranya.
Antara lagu yang mengamit memori adalah , ‘Siapa Yang Pernah Jatuh Cinta’, ‘Malam Ini Kita Berpisah’, ‘Aiya Cik Siti’. antara video tular dikongsikan dengan lebih sejuta tontonan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji suara wanita berkenaan yang dianggap begitu unik. Malah ada juga mengundang sebak apabila lagu yang dinyanyikan itu mengingatkan kepada yang telah tiada. Nyata suara wanita berkenaan menggamit kenangan lama.
UNDANG SEBAK
SUARA KLASIK
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Telefon Ibu Ayah Tanya Khabar. Bimbang Tak Ada Bekalan Makanan.

Ketika dalam tempoh ini, pastinya kita semua terpisah dengan orang tua di kampung. Dalam tempoh ini juga tentu kita risau soal bekalan makanan. Tak salah untuk kita tanya khabar ibu bapa di kampung mengenai bekalan makanan.
Sebagaimana perkongsian ini.
Sebak dengar kisah kawan saya yang ke rumah seorang jirannya, seorang makcik tua.
Daripada luar rumahnya nampak macam rumah biasa biasa tapi bila dah jumpa sendiri dan tanya depan depan rupanya makcik ni tak ada duit langsung dah.
” Anak anak tak bantu ke makcik? “
Rupanya semua anak anak makcik ni bagi alasan diri sendiri dan keluarga pun tak cukup makan.
Terkedu. Sedih. Speechless semua ada.
Tolong ya semua yang masih ada mak dan ayah tu. Ibubapa ni walaupun mereka tak buka mulut dan tak pernah mengadu pun pada kita, tolong ya telefon dan tanya khabar mereka.
” Mak, mak apa khabar?”
” Mak, harini makan apa mak?”
” Ayah, beras kat rumah ada stok lagi tak ayah?”
” Mak, ikan ayam dalam peti ada banyak lagi?”
Mak ayah kita ni takkan mengadu pada kita walau apa pun keadaan mereka. Sebab apa? Sebab walau sesusah mana pun mereka, mereka tetap taknak susahkan anak anaknya!
Allah. Inilah Unconditional Love seorang mak seorang ayah. Sampai ke mati pun mereka taknak susahkan anak anak mereka walau diri sendiri pun dah di hujung tanduk.
Sebak.
Sumber: Taufiq Razif
Rebah Ketika Bersarapan Bersama Anak, Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.
Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, iaitu pelakon Iman Zulkarnain memberitahu arwah meninggal dunia ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah kira-kira jam 11 pagi.
“Arwah meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak antara jam 11 sehingga 12 tengah hari ketika sedang bersarapan dengan anaknya.
“Dia jatuh dari kerusi makan dan anaknya terus membawa ke hospital. Bagaimanapun, arwah sudah pun menghembuskan nafas terakhir.” katanya.
Allahyarham Ridzuan akan dikebumikan di kampungnya di Hulu Langat.
Sementara itu, pelakon Didie Alias yang juga bekas isteri Allahyarham turut berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram peribadinya.
“Assalamualaikum kepada sahabat handai yang mengenali bekas suami saya, Mohd Ridzuan Hashim. Beliau sudah kembali ke rahmatullah tadi. Pada sesiapa yang ingin melawat jenazah, arwah masih berada di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
“Selepas ini saya akan maklumkan di mana jenazah akan dikebumikan. Saya mohon kepada semua, sesiapa yang ada hutang bersama arwah, boleh hubungi saya dan ampunkan kesilapan arwah.” katanya dalam video tersebut.
Allahyarham mula mencipta nama sebagai peragawan terkenal menerusi pentas peragaan dan iklan komersial sebelum terbabit dalam bidang lakonan.
Antara filem lakonan Allahyarham adalah Antara Dua Hati, Hati Bukan Kristal, KL Gangster dan beberapa buah filem lain.
Allahyarham berkahwin dengan Didie Alias pada 1991 dan berpisah pada 2002. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang anak.
“Saya Tidak Kisah Dengan Cakap Netizen..”-Ibu Ni Lebih Gembira & Bahagia Lepas Tukar Nama Anak!

Dalam pemilihan nama anak-anak diakui ianya bukanlah kerja mudah. Bahkan sejak dalam kandungan hingga lahir, nama yang ingin diberikan kepada anak tersayang belum juga menemui kata putus.
Maklumlah kita mahu buat pilihan nama yang terbaik, kerana nama itu yang akan menjadi lambang identiti si kecil dan dipanggil dengan nama tersebut sepanjang hayat.
Berkongsi tentang pemilihan nama, seorang ibu ini ada kisahnya yang tersendiri di mana membuat keputusan meskipun telah memberikan nama terbaik untuk anaknya namun perlu mengambil keputusan menukar nama tersebut.
Hal ini telah dikongsikan olehnya di media sosial dan siapa sangka mendapat respon yang pelbagai di kalangan warganet.
“Saya tidak kisah dengan cakap netizen dan komen positif atau negatif semua saya terima dengan hati terbuka. Pada saya menukar nama anak adalah keputusan tepat dan ia adalah hak kami sebagai ibu bapa,” kata Nur Anisa Khalil.
Nur Anisa, 29, adalah ibu kepada tiga anak termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang mendapat perhatian di TikTok apabila berkongsi pengalaman menukar nama bayinya itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Penjawat awam itu berkata, dia mengambil keputusan menukar nama bayinya, Muhammad Ayden Wafi Abdul Wafi kepada Muhammad Ariq Wafi yang mana permohonan berkenaan diluluskan oleh JPN pada 21 Ogos lalu.
Memetik perkongsiannya di Harian Metro, alasan itu dibuat kerana nama Ayden mempunyai banyak sebutan dan ramai yang tidak menyebut nama anaknya mengikut sebutan dimahukannya, malah ada juga yang salah menulis nama anaknya dengan ejaan berbeza.
“Mungkin orang berpandangan saya agak melebih atau mengada-ngada, anggap ia perkara kecil dan sepatutnya tidak perlu diperbesarkan tetapi sebagai ibu sudah pasti kita mahu orang sebut nama anak dengan betul. Ramai yang sebut namanya Aiden dan Aidan.
“Malah, nama juga doa untuk anak kita jadi saya gembira kalau namanya disebut dengan betul tetapi saya faham saya tak boleh marah orang selain tiada istilah salah atau betul sebab tak tahu sebutan tepat cuma saya ada sebutan sendiri.
“Sebab itu saya ambil keputusan untuk tukar nama Ayden kepada Ariq jadi lebih mudah disebut dan saya juga lebih gembira,” katanya ketika dihubungi.
Dapatkan Keizinan Suami
Bagaimanapun katanya, sebelum permohonan penukaran nama itu dibuat dia sudah mendapat pandangan dan keizinan suami, Abdul Wafi Yusuf, 31, selain turut menghubungi JPN.
“Suami cuma minta kekalkan nama Wafi kerana dua anak perempuan kami juga mempunyai nama itu. Adik ipar menyarankan nama Ariq dan saya juga suka selain ia turut mempunyai maksud yang baik, malah mudah disebut termasuk orang berusia.
“Proses penukaran nama memerlukan persetujuan suami isteri mudah dan kami perlu membuat akuan sumpah dan ia selesai pada hari sama. JPN kemudiannya mengambil sijil kelahiran lama dan beri sijil yang baharu,” katanya.
Menurut Nur Anisa, perkongsiannya di TikTok hanya untuk simpanannya dan ia boleh dijadikan rujukan untuk orang lain yang mahu menukar nama selain rujukan sendiri, namun penting untuk mendapatkan maklumat daripada JPN dulu.
“Selain komen negatif banyak juga komen positif yang faham apa saya lakukan selain ada juga berkongsi cerita sama serta baru tahu rupanya boleh tukar nama, malah ada juga yang tanya saya tukar nama Ayden kerana maksud namanya.
“Saya tegaskan maksud nama Ayden adalah baik iaitu cerdas dan tiada masalah dengan maksud namanya cuma bila sudah banyak sangat sebutan berbeza saya pilih untuk tukar saja
“Manakala nama Ariq pula membawa maksud baik budi, mulia asalnya dan bijaksana. Sekarang semua boleh sebut nama anak dengan betul dengan satu sebutan saja dan saya harap Ariq akan membesar dengan baik seperti namanya,” katanya.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club