Dunia ini bukan tempat untuk kita ‘menikmati’ sepuas-puasnya kehidupan ini. Dunia ini adalah tempat percaturan manusia untuk mencari bekalan selepas kematian.
Ramai tidak menghiraukan urusan mengingati kematian seolah-olah merasakan kematian itu ditulis untuk orang lain. Akibatnya, mereka tidak bersungguh-sungguh melakukan amal kebajikan dan memperbaiki diri.
Salah satu sikap manusia yang sudah menjadi hobi, ada yang suka menyimpan barangan koleksi untuk dijadikan perhiasan rumah. Memang dalam Islam tidak pernah melarang umatnya mencari harta dan kekayaan, namun mengumpul dan menghimpun kekayaan merupakan satu sifat yang tercela.
Ada yang suka menyimpan barangan namun tidak pernah digunakan, sebaiknya ia disedekahkah kepada orang lain kerana setiap bahagian itu akan dihisab di sana kelak.
Sebagaimana perkongsian wanita ini menerusi facebooknya mengingati pesanan arwah ibunya memberi nasihat bahawa barang-barang tidak perlu disimpan dan gunakannya kerana ia bukan boleh dibawa mati. Deep pesanan ini. Moga kita muhasabah diri.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Beli guna,jangan simpan
Ada 3 benda saya belajar dari arwah Mak
1) Pinggan mangkuk untuk kegunaan family dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam. Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal/ murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ni lagi kena raikan. Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk guna seharian. Abah kata,
“ Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan leh bawa mati pun..”
2) Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun takpe asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila Mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau.
3) Sejadah. Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah.
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Incik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni.
Harta benda dah beli, sila guna..
Sumber: Nurlia Mohd Nor
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club