Sekarang ni dah mula musim hujan setelah sekian lama musim panas. Hujan sejuk-sejuk ni tekak teringin pulak nak makan sup panas. Rasa asap-asap rempah tu cukup memuaskan.
Salah satu menu berkuah Indonesia ialah bakso. Apa tu bakso? Bakso ni adalah bebola daging dalam sup. Bebola daging tu tak semestinya daging lembu. Boleh je ganti dengan daging ayam ke isi ikan ke asalkan kena dengan tekak sendiri lah kan.
Penat mencari bakso yang rasa original Indonesia? Dah jenguk semua kedai tapi kebanyakkannya kedai Melayu, jadi was-was dengan rasa authentic bakso Indonesia.
Tak perlu pon sampai pergi ke negara orang untuk cari bakso rasa original tu. Boleh je buat sendiri dekat rumah kalau nak teringin sangat nak rasa. Jom kita cuba resepi asli Indonesia yang dikongsikan oleh Adawiyah Mohd Sharun di Cookpad.
BAHAN-BAHAN:
-1 paket bebola daging
-Tulang lembu
-Tetel (daging cincang)
-7 biji bawang rose
-5 ulas bawang putih
-1 inci halia
-5 biji buah keras
-1 sudu besar lada putih biji
-Sambal
-Cili padi
-Bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula rebus tulang lembu dahulu sampai empuk. Sementara tu, boleh sediakan bahan-bahan lain.
2. Tumis mayang bawang rose, bawang putih & halia sampai keperangan & sedikit garing
3. Sementara itu, boleh tumbuk buah keras & lada putih sampai lumat
4. Bila bahan tumis tadi dah garing, masukkan ke dalam lesung & tumbuk lumat
5. Boleh masukkan semua bahan tumbuk tadi ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Letak tetel & bebola daging. Naikkan rasa dengan garam & haji. Untuk menambah lagi ‘rasa’ authentic Indonesia, boleh tambah kaldu sapi (air rebusan tulang lembu).
6. Untuk sambal, rebus cili padi & bawang putih hingga air kering
7. Bila air dah agak kering, tuang cili & bawang putih dalam pengisar. Tambah sedikit kuah bakso tadi & sedikit garam. Kisar sampai hancur.
8. Hidangkan dengan hirisan kubis, daun sup, bawang goreng, sambal & kicap manis ABC. Siap!
Nota: Boleh dimakan dengan apa sahaja seperti nasi, bihun, nasi impit dan lain-lain. Ikut citarasa masing-masing.
MESTI BACA: Nasi Beriani Popular Di Golok, Jom Cuba Buat Nasi Khomok Wangi
Resepi Baru Untuk Menu Raya, Jom Cuba Ketupat Sotong Ala Kelantan
Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang
SUMBER: Cookpad Adawiyah Mohd Sharun
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my