Perasaan teruja seorang bapa jelas terpancar apabila Shuib berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya, Thalita, yang bakal membuat debut pertamanya dalam persembahan busking esok.

Menerusi IG miliknya Shuib berkongsi ia bermula apabila rakan baik Shuib, @azadsyaziraroses, menghubunginya pagi tadi. Dalam perbualan itu, Azad menyatakan hasrat untuk menjemput Thalita menyertai program busking bersama trio penyampai Era, 3 Pagi Era, di Bukit Bintang. Tanpa ragu-ragu, Shuib terus menerima pelawaan tersebut dengan penuh semangat.

“Sebagai bapak, saya melompat-lompat keriangan dan terus cakap, ‘Boleh sangat, Pak Azad!’” – Shuib

Impian Thalita Akhirnya Tercapai
Menurut Shuib, Thalita sudah lama menyimpan impian untuk menyanyi di hadapan orang ramai. Jadi, peluang ini adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan olehnya.

TAK SANGKA TALITA MENANGIS KEGEMBIRAAN

“Arwah Ibu Pasti Bangga”, Dapat Tawaran Jemputan Nyanyian, Reaksi Talita Undang Sebak

“Bila dia balik dari sekolah tadi, saya terus panggil dia ke studio, dan inilah hasilnya. Allahuakbar, ini adalah show pertama dia!” tambah Shuib dengan nada penuh syukur.

Ads

Sebagai seorang ayah, Shuib juga berjanji akan sentiasa berada di sisi Thalita dan memberi sokongan penuh. “Daddy adalah peminat nombor satu awak, Thalita! Esok, satu keluarga turun untuk support awak!”

Jumpa di Bukit Bintang
Thalita bakal tampil bersama trio 3 Pagi Era, yang terdiri daripada Azad, Nabil, dan Radin. Persembahan ini dijangka menarik perhatian ramai peminat muzik yang berada di sekitar Bukit Bintang.

Bagi mereka yang ada kelapangan, Shuib menjemput semua untuk hadir dan memberi sokongan kepada Thalita serta trio 3 Pagi Era.

“Siapa peminat Thalita kat sini? Jangan lupa datang esok, ya! Kita meriahkan Bukit Bintang sama-sama,” pesan Shuib.

Semoga persembahan pertama Thalita berjalan lancar dan menjadi langkah pertama dalam perjalanan seni yang lebih besar. Jumpa esok di Bukit Bintang!

Ads

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

NETIZEN TERHARU

“Arwah Ibu Pasti Bangga”, Dapat Tawaran Jemputan Nyanyian, Reaksi Talita Undang Sebak

Ads

Meninjau ruangan komen di posting Shuib, ramai netizen meluahkan rasa sebak dan terharu melihat momen ini. Ada yang mengakui turut menangis, terkenang arwah Siti Sarah yang pastinya bangga melihat kejayaan Thalita.

Komen seperti, “Aku yakin bukan aku sorang je bekaca mata. Satu sebab ingat arwah Siti Sarah” menggambarkan betapa memori dan kasih sayang terhadap keluarga ini masih menebal di hati peminat.

Ada juga yang menyatakan rasa kagum melihat kasih sayang Shuib terhadap anaknya. “Sweetnya dia layan anak dia,” tulis seorang pengguna, menghargai usaha Shuib sebagai bapa penyayang.

Malah, ramai yang mendoakan kejayaan Thalita, seperti komen, “All the best, dek Ta! Ibu mesti bangga dengan awak. You can do this!”

Momen ini bukan sahaja menjadi kebanggaan Shuib dan keluarga, malah menyentuh hati ramai peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

Sumber: IG Shuib Sepahtu

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI