Hidangan yang berasaskan mee sering menjadi perhatian bagi yang suka hidangan yang mudah dan sedap.
Ia termasuk mee suah. Rasanya memang membangkitkan selera makan. Memang sedap!
Sebagaimana perkongsian oleh puan ini menerusi facebook miliknya, Ibu Zarah.
MEE SUAH POWER
Ni masakan dari resepi aruah mak dulu. Katanya dia belajar dengan kawan bangsa tionghua masa bekerja digudang getah. Aruah mak ramai geng sekerja dari kaum india, cina dan benggali. Tak heranlah aruah mak boleh berbahasa hokkien sikit-sikit.
Cara penyediaan:
2 bungkus ni boleh makan untuk 4 orang
Sediakan bahan-bahan
Udang kering, direndam, basuh dan tumbuk kasar
Cendawan dan batang celery yang dipotong-potong
Cili padi, bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar
Mee suah yang dipatah dua
Sedikit minyak
Tumis bawang-bawang dan cili hingga naik bau
Masukkan udang kering
Masukkan air dalam 1.5 litre
Masukkan cendawan dan batang celery
Pecahkan dua biji telur, nak sebiji-sebiji pun boleh, nak hancur-hancur pun sedap
Masukkan mee suah, kacau selalu supaya tak berketul. Rasa dulu baru masukkan garam sebab ada mee suah yang dah bergaram. Kang termasin laa pulak
Hidangkan panas-panas. Kalau lambat makan nanti dia serap air dan tak berkuah. Sedapnya makan mee suah ni, orang sakit gigi pun boleh makan sebab dia lembut dan tak perlu kunyah sangat… sedut dan telan pun boleh
Selamat mencuba!
Sumber: Ibu Zarah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club