“Arwah Ayah Pun Pesan Jangan Hina Makanan.” Peringatan Wanita Ini Jaga Adab Hal Makanan, Tarik Perhatian Warganet.

Share

“Sorry la. Tak makan ikan sungai. Hanyir”.

“Aku takkan makan petai plastik tu. Hancing”.

“Eiii…kuatnya bau tempoyak ni. Pening”.

“Makanan sini semua tak sedap. Tak puas hati langsung aku”.

“Ikan jenis macam tu aku bagi kucing aku je makan”.

Biasa dengar kan kata-kata macam tu dikalangan rakan-rakan. Kadang kita sendiri pun pernah bercakap begitu. Namun sedarkah kita  bahawa itu perbuatan itu umpama sikap tidak suka kepada rezeki yang ada dan lebih menakutkan ia seakan menghina makanan.

Begitulah yang dikongsi oleh puan Siti Suryani Yaakop mengenai adab makanan yang perlu kita cakna. Moga jadi iktibar bersama.

Ada. Memang ada orang macam ni. Apa saja yang dia punya, bagus. Apa saja yang orang ada, tak elok. Menghinanya tu bukan setakat terhenti pada sifat dan barang, lalu akhirnya jatuh pada menghina rezeki Tuhan. Makanan.
.

Saya ingat lagi seorang kawan ni. Suka makan rebung. Satu hari masa dia tengah makan dekat dalam pantri, ada kawan lain masuk. Kawan yang ni kata,” Eh…apa bau hancing ni?”. Saya tengok kawan ni tutup bekas makanan dia. Perlahan-lahan pergi buang dalam tong.

Lepas tu setiap kali makan, dia duduk di kaunter atau kantin. Makan sorang-sorang. Malu nak join makan dalam pantri lagi.

AYAH SIMPAN LAUK BASI

Gambar sekadar hiasan

Dulu ada orang datang rumah ayah. Dia bawa makanan 2-3 bekas dari kampung. Dia suruh panaskan. Ajak makan sama-sama. Masa nak panaskan tu, salah satunya basi.

Saya tengok ayah ambik, simpan dekat tempat beku.

Masa dia tanya mana lagi satu lauk, ayah saya bukak peti dan tunjuk makanan dekat tempat beku tu.

“Ni lauk dah banyak. Yang ni simpan tempat beku. Ni feveret ni. Nanti aku panaskan sikit-sikit kendian nanti”.

Bila orang tu dah balik, baru ayah buang lauk yang dah basi tu.

HARGAI MASAKAN 

Dulu saya tak faham. Kenapa tak cakap jujur je makanan tu basi. Kan berkata benar itu benar.

Sekarang bila saya dah tahu masak. Dah tahu penatnya masak. Dah tahu penatnya cari duit untuk beli barang masak. Dah tahu masak itu bukan setakat masak tapi ada ingatan, kasih sayang, panas, letih dan semuanya, saya faham. Apa yang ayah buat tu betul.

Kita ada baki sikit pun makanan yang kita masak dah tak elok, sayang dan sedih rasa nak buang. Apatah lagi kalau makanan satu bekas dah rosak.

Tentu orang itu pun akan suruh buang kalau tahu makanan tu basi. Pasti dia tak teragak-agak suruh letak dalam tong sampah.

Tapi memikirkan susah payah, ingatan, seronoknya, bahagianya dia masak nak bagi orang jauh ni makan, menjaga hati dia adalah pilihan yang lebih baik pada masa itu.
.

Sifat ayah itu menjadikan kami rasa semua makanan sedap. Tak ada yang tak sedap. Semua okay. Masin, tawar, manis, pahit, cukuplah rasa di tekak. Lalu simpan di hati.

Suka, makan.
Tak suka, sorok-sorok letak tepi.

Ada benda. Kena belajar tahan mulut kita. Lagi-lagi benda milik orang. Yang kita, suka hati kitalah kita nak komplen apa. Yang orang punya, tahanlah.

Jangan sebut.

Itulah akhirnya tanda kita orang yang memiliki adab dan peribadi.

WARGANET SETUJU TENTANG ADAB PADA MAKANAN

Sumber: Siti Suryani Yaakop