Arwah Ayah Dulu Ajar Mak Jangan Beratkan Anak. Kena Selalu Mudahkan, Jangan Sebab Ikut Nafsu, Anak Jatuh Derhaka. Deep!

Share

Ibu mana yang tak sayang anak kan. Segala pengorbanan dari mengandung hingga melahirkan dan membesarkan, tak terhitung jasa seorang ibu.

Begitu pun ada ibu bapa yang tidak berkira bahkan bersabar biarpun anak-anak sibuk dengan urusan masing-masing.

Kerana itu, walaupun anak sudah besar jangan sesekali menderhaka dan melupakan pengorbanan dengan alasan sudah punya keluarga sendiri.

Namun,kisah yang dikongsikan Kamalia Kamal ini cukup menarik untuk dijadikan pedoman buat semua. Moga bermanfaat!


Ada satu pekara aneh yang berlaku pada mak mertua kak kay masa 1st time raya umah dia dulu. 

Anak dia 10 orang. 9 lelaki , 1 perempuan. Hari raya pertama cuma kami je ada beraya dengan dia. Pelik kan?

Mak rilek je, bangun pagi, masak kuah kacang, bersiap ready nak solat raya. Kak kay pulak yang gelabah. 

Kalau mak kak kay ni, memang dah huru hara call semua orang suruh balik pakej kirim lemang rendang bagai. Tapi mak mertua kak kay ni lain. Sangat lain. 

“Mak, nak orang call sesape ke pepagi ni?”

“Hish tak payahlah. Moh kita siap ke masjid”

Ah sudah, mak mertua aku ni terasa sangat ke sampai cakap gini?

“Mak terasa ke? Boleh je call diorang ni” mula dah kak kay tak sedap hati. 

“Arwah ayah dulu ajar mak kalau sayang anak jangan beratkan dia. Dia dah banyak tanggungjawab, kita mak ni tak boleh perintah-perintah. Jangan pasal kita ikut nafsu, anak pula jatuh derhaka.

Mak kena selalu mudahkan anak. Awak jadi mak pun kena gini. 

Kalau dia balik alhamdulilah, tak balik pun takpe, jangan kita beratkan mereka. Allah dah kata anak-anak ni hiburan dunia, kita yang pilih nak lalai dengan dia atau nak jadikan pahala.

Toksah kalut lah”

Pergh deeeeeep weh! Deep habis ustazah kholma bagi sebijik kat ai, hamik kau! 1st time dapat ilmu gini dari mak mertua sendiri, sentap oi, sumpah sentap.

Elok je sampai masjid, ada belaka anak-anak dia. Sampai rumah lagilah ramai semua ada.

Mak ni bila rilek to beratkan anak memang jadi rebutan semua anak. Kalau dia datang kolumpo, habis semua anak ajak mak tido umah diorang.

Jenis mak yang tak pernah komplen, tak pernah meminta minta , tak pernah beratkan anak, selalu memaafkan anak memanglah mak yang direbut sentiasa.

Mak mertua kak kay ni tak pernah sekali pun bising kalau anak dia tak call, sepanjang 16 tahun kawin ni, memang tak pernahlah kak kay dengar mak perintah anak dia itu ini.

Bila gini, anak yang gelisah. Kekejap call mak tanya mak ok ke tak, padahal mak rilek je sambil makan kacang tengok ustaz don ceramah kat tibi hari-hari.

Memang aneh kan mak mertua gini. Level hebat dia memang tak boleh bincang!

Jemput share biar jadi inspirasi semua wanita power di luar sana ❤️

Kredit Kamalia Kamal

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221120428978475&id=1176720102