pelakon Ardell melahirkan bayi sulungnya pada 5 Jun yang lalu. Menurut suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, Ardell melahirkan anak mereka secara normal pada pukul 2.22 pagi. Pasangan ini memilih nama Arwa Malaikha Urwa untuk anak perempuan kesayangan mereka.
Ardell dan Adhwa mendedahkan nama serta wajah anak mereka menerusi posting terbaharu di akaun Instagram selepas tujuh hari kelahirannya.
Ads
Masing-masing turut memuat naik video pendek yang merakamkan wajah comel Urwa selepas Ardell bersalin.
Ads
“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa. @babyadhwardell My precious baby girl ni lahir pada hari Jumaat juga.
“Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari. Video ni masa lepas Urwa lahir dan diqamatkan.Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini,” tulis Adhwa.
Semalam, pelakon pelakon Datuk Aaron Aziz serta isteri, Diyana Halik dan anak bongsu mereka iaitu Dahlia Arissa, 9, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara akibat keracunan makanan, semalam.
Menerusi Instagram (IG) Story milik Diyana Halik, dia bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan walaupun sakit.
“Alhamdulillah, thank you (terima kasih) Allah, walaupun sakit tapi dipermudahkan. Walaupun sakit, dapat treatment (rawatan), dapat ubat semua.”
Tak lama selepas itu, menerusi IG Story yang sama telah memuatnaik gambarnya berserta kapsyen menyatakan akan keluar hospital hari ini.
Si gadis 19 tahun ini antara finalis Dewi Remaja 2018/19 kali ini. Biarpun tiada rezeki untuk terpilih sehingga ke top 5, Arena atau nama penuhnya Arena Wan Mun-Yi Iman Wan tetap gembira berada dalam top 12.
Malah, lebih membanggakan apabila dia berjaya meraih Anugerah Dewi Favorite di dalam program berkenaan menerusi undian peminat.
Rupa-rupanya Arena adalah kakak kepada Adam Wan ‘Adam Autism Family’, selain merupakan anak kepada komposer terkenal, Iman Wan.
Menerusi pemerhatian di laman sosial Instagram milik Arena; @arenalieya, gadis yang mahir bermain gamelan, piano, ukulele dan gitar ini cukup rapat dengan adiknya itu. Malah, dia pernah membuat thread berkenaan adik istimewanya itu menerusi laman twitter.
Rata-rata yang membaca thread tersebut menyifatkan ia satu perkongsian yang sangat berinspirasi terutama sekali kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga autisme.
Lahir dalam keluarga campuran Cina (ayah) dan Melayu (ibu), Arena mempunyai adik autistik yang 2 tahun lebih muda daripadanya.
Menerusi thread berkenaan, Arena mengakui cukup gembira waktu kecil dahulu apabila diberitahu bakal mendapat adik. Namun dia kemudiannya mendapat tahu adiknya itu tidak senormal kanak-kanak lain.
Ketika itu usianya baru empat tahun dan belum mengerti apa-apa. baginya, Adam seperti kanak-kanak normal lain. Sehinggalah menginjak ke usia 12 tahun Arena mula terasa kelainan tersebut.
Perangai Tantrum Adam sering menarik perhatian orang ramai ketika keluar bersama keluarga menyebabkan Arena malu. Pandangan orang ramai terhadap keluarga mereka juga membuatkan Arena tidak selesa.
Hampir-hampir kehilangan adiknya di dalam kompleks membeli belah memaksa Arena menjadi penjaga kepada adiknya itu setiap kali mereka keluar bersama. Ini kerana Arena cukup pantas mengejar si adiknya
Sebagai kakak sulung dan mempunyai adik yang istimewa, bukanlah satu hal yang mudah. Sementelah ibu bapa terpaksa memberi tumpuan penuh kepada adiknya itu. Namun Arena memahami akan perkara tersebut.
Sehinggalah usianya 13 tahun, Arena mendapat seorang adik perempuan. Itulah yang dinanti-nantikannya selama ini. Kehadiran adik baru ini membuatkan Arena mengenal erti tanggung jawab.
Biarpun adiknya Adam mula bertindak ganas, namun Arena belajar erti tanggung jawab sebagai kakak sulung. Dalam mententeramkan adiknya itu, kadang kala Arena mengalami kecederaan kecil termasuklah muka dan lengan dicakar dan sebagainya.
Namun, kasih sayang terhadap adiknya itu tetap utuh. Dek kerana itu jugalah dia tidak mempunyai kawan rapat di luar sana. Sementelah masanya banyak dihabiskan di rumah.
Sehinggalah dia menyertai Dewi Remaja dan hampir-hampir melupakan hasrat tersebut apabila Adam tantrum yang sangat teruk. Kisah tersebut dikongsikan oleh ayahnya menerusi instagramnya.
Mengakui bukan mudah mempunyai ahli keluarga yang menghadapi autisme. Namun Arena tetap positif dan menjadi kakak yang penyayang dan begitu melindungi adik-adiknya.
Malah Arena bersyukur kerana memiliki adik seperti Adam yang mengajarnya supaya lebih berkeyakinan, sabar serta bersyukur dengan apa yang dia ada selama ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada anak-anak yang mungkin asyik dengan gajet sepanjang berada di rumah bagi mengisi masa lapang mereka. Tapi sebenarnya ada pelbagai cara yang ibu bapa boleh lakukan bersama anak-anak sepanjang PKP ni, apa lagi inilah peluang untuk mengeratkan hubungan sementelah sebelum ini masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri.
Pendekatan yang diambil oleh puan Syahirah Hanie cukup kreatif dan bagus. Selain mengelakkan anak-anaka syik dengan gajet, ini juga salah satu cara melatih mereka membuat kerja rumah. Dalam masa yang sama, anak-anak akan rasa dihargai apabila diberi upah atas apa yang mereka lakukan. Jom kita cuba sendiri di rumah, pasti seronok kan.
Aktiviti Bersama anak anak tanpa gajet sepanjang PKP.
Hye. Akak nak cerita sikit aktiviti 3 Powerpuff girl di dalam rumah sepanjang PKP. Idea ni dari oversea. Menarik juga la. Sambil Bantu Umi dia Dan dapat duit ganjaran.
Satu petang akak pergi beli biskut,air kotak,sedikit keropok,roti. Semua no faveret anak anak. Hari pertama diorang bangun pagi. Dan akak tunjukan mini market dalam petak almari.
Diorang memang exsaited. Tapi no no no. Bukan semua boleh terus makan. So akak tunjukan aktiviti sepanjang berada di dalam rumah. Dan tunjuk berapa ganjaran sorang boleh dapat.
Disebabkan akak Tak de duit saidina dalam rumah . Akak tukarkan stiker sebagai duit
Hari pertama memang rajin semuanya. Berebut nak buat. Tapi akak agihkan semua kerja. Buat biar setimpal yang diterima. Bukan basuh pinggan Dua keping je baru dapat. Tapi bukan. Akak saje kumpulkan banyak. Berbaloi sikit. Tak de la sewenang nak bagi🤣
Cara macam ni memang senang dari sebelum ni. Puas la suruh tolong Umi dia kemas rumah. Bila suruh sidai baju. Ada yang Tak puas hati suruh tolong sama. Bila Tak tolong , sorang geram Dan membebel . Ni perangai sikembar la. Mesti kene panggil sama juga kalau nak buat kerja.
Kedai mini ni akak buka setiap pukul 5 hingga 7malam. So sehari sekali je buka. Tapi Hari ketiga akak buka malam. Sebab diorang lapar. Dan bila solat 5 waktu dapat kumpul banyak ganjaran. Akak bagi waktu lepas isya. Tu yang buka malam je sekarang ni.
Sepanjang 4 Hari buat ni. Wafa sayang nak belanja duit dia sendiri.sampai rm500 lebih baru la dia nak membeli secara sikit. Yang si kembar setiap Hari membeli.
Selama 5 Hari buat aktiviti ni. Diorang jarang minta hp nak tengok 5 minute craft. Bila akak offer. Nak tengok Tak. Dia kata Tak nak. Nanti duit ganjaran abis.
Sebenarnya Ada banyak aktiviti yang lain. Tapi akak Tak sempat nak ambil gambar basuh pinggan,lipat baju.
Terima kasih sudi baca akak punya aktiviti Bersama anak sepanjang pkp. Korang buat la macam ni dekat anak anak. Memang berbaloi. Masih banyak Masa Kita buat aktiviti ni bersama anak anak. Wafa sendiri cakap. Abis pkp nanti sambung la aktiviti ni ye Umi. Ok Umi onz je🥰
Boleh SHARE jika memberi manfaat kepada semua ibu ibu yang lain.