Aroma Pandan Bukan Je Menyedapkan Masakan Tapi Ada Khasiatnya. Rugi Kalau Tak Tahu!

Share

Penggunaan daun pandan ketika memasak nasi lemak antara bahan wajib ada bagi memastikan nasi lemak yang dimasak berbau wangi dan menyelerakan.

Pun begitu tahukah anda, daun pandan bukan sahaja beraroma malah turut mengandungi khasiatnya yang tersendiri.

Mengetahui lanjut, ikuti perkongsian daripada saintis Dr Suri Roowi ini.

KHASIAT DAUN PANDAN

1. Daun pandan sering digunakan dalam pembuatan kuih-muih atau untuk memberikan aroma kepada nasi

2. Aroma pandan adalah disebabkan oleh bahan 2-acetyl-1-pyrroline (2AP). Bahan ini juga dijumpai pada beras wangi, beras basmati dan bunga kesidang

3. Aroma bunga kesidang pula disebabkan oleh bahan 2AP dan bahan linalool. Bahan ini bermanfaat untuk mengurangkan stres dan bertindak sebagai antikanser hati

4. Bahan aroma hadir dalam daun pandan pada kadar 10% dan mudah rosak akibat proses pemanasan. Justeru, untuk elakkan bahan aroma pandan hilang, masukkan daun pandan diakhir proses memasak anda.

5. Daun pandan juga mengandungi protein bioaktif dipanggil pandanin. Bahan ini bertindak sebagai antiviral, contohnya antivirus 1 (HSV-1) dan antivirus influenza (H1N1).

6. Daun pandan juga mempunyai pelbagai manfaat lain, antaranya sebagai antioksidan dan antidiabetis. Kajian menunjukkan pemberian ekstrak air daun pandan selama 6 minggu boleh menurunkan gula dalam darah dan memperbaiki ‘insulin resistance’.

7. Ekstrak daun pandan pada kepekatan 15% pula boleh digunakan sebagai bahan awet untuk elakkan pertumbuhan kulat. Justeru, untuk jadikan kuih anda lebih tahan, lebihkan sedikit ekstrak daun pandan dalam kuih anda

8. Kajian juga menunjukkan ekstrak daun pandan boleh halang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria. Antaranya adalah bakteria Shigella dysentriae. Bakteria ini adalah sejenis bakteria berbahaya yang menyebabkan penyakit disentri yang menyebabkan luka dalam usus besar.

Sumber : Dr Suri Roowi