Penggunaan daun pandan ketika memasak nasi lemak antara bahan wajib ada bagi memastikan nasi lemak yang dimasak berbau wangi dan menyelerakan.
Pun begitu tahukah anda, daun pandan bukan sahaja beraroma malah turut mengandungi khasiatnya yang tersendiri.
Mengetahui lanjut, ikuti perkongsian daripada saintis Dr Suri Roowi ini.
KHASIAT DAUN PANDAN
Ads
1. Daun pandan sering digunakan dalam pembuatan kuih-muih atau untuk memberikan aroma kepada nasi
2. Aroma pandan adalah disebabkan oleh bahan 2-acetyl-1-pyrroline (2AP).Bahan ini juga dijumpai pada beras wangi, beras basmati dan bunga kesidang
3. Aroma bunga kesidang pula disebabkan oleh bahan 2AP dan bahan linalool. Bahan ini bermanfaat untuk mengurangkan stres dan bertindak sebagai antikanser hati
Ads
4. Bahan aroma hadir dalam daun pandan pada kadar 10% dan mudah rosak akibat proses pemanasan. Justeru, untuk elakkan bahan aroma pandan hilang, masukkan daun pandan diakhir proses memasak anda.
5. Daun pandan juga mengandungi protein bioaktif dipanggil pandanin. Bahan ini bertindak sebagai antiviral, contohnya antivirus 1 (HSV-1) dan antivirus influenza (H1N1).
Ads
6. Daun pandan juga mempunyai pelbagai manfaat lain, antaranya sebagai antioksidan dan antidiabetis. Kajian menunjukkan pemberian ekstrak air daun pandan selama 6 minggu boleh menurunkan gula dalam darah dan memperbaiki ‘insulin resistance’.
7. Ekstrak daun pandan pada kepekatan 15% pula boleh digunakan sebagai bahan awetuntuk elakkan pertumbuhan kulat. Justeru, untuk jadikan kuih anda lebih tahan, lebihkan sedikit ekstrak daun pandan dalam kuih anda
8. Kajian juga menunjukkan ekstrak daun pandan boleh halang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria. Antaranya adalah bakteria Shigella dysentriae. Bakteria ini adalah sejenis bakteria berbahaya yang menyebabkan penyakit disentri yang menyebabkan luka dalam usus besar.
Sumber : Dr Suri Roowi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mencipta kejayaan di dalam pembelajaran tentunya suatu kenangan yang manis, namun tidak dinafikan setiap kejayaan yang diperolehi punya cabaran dan dugaan yang tersendiri.
Apatah lagi andai dilahirkan di dalam keluarga yang serba kekurangan dan dalam masa yang sama diuji pula dengan kesihatan orang tua, pasti perjalanan hidup terasa begitu sukar.
Namun semua itu bukan halangan bagi anak kelahiran Muar, Neo Siew Rou, 19 untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat (AS) menjadi kenyataan selepas menerima tajaan Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP), berikutan memperoleh keputusan cemerlang – 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Memetik berita di myMetro, difahamkan Siew Rou yang berasal dari Muar, Johor tidak menyangka panggilan telefon yang diterima pada lewat petang itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya.
“Kini saya boleh melanjutkan pelajaran tanpa risau yuran yang mahal mahupun perbelanjaan menyara diri kerana yuran ditanggung sepenuhnya dan dapat elaun juga,” kata Siew Rou yang merupakan seorang daripada 301 pelajar tajaan PESP di seluruh negara.
Sepanjang hidupnya, Siew Rou sentiasa percaya bahawa keadaan keluarganya yang serba kekurangan akan sentiasa membayanginya.
“Ayah sudah diberhentikan kerja ketika pandemik. Ibu pula menghidapi penyakit saraf otot atau Muscular Dystrophy yang tiada penawar. Mereka adalah pendorong semangat untuk saya berjaya,” luah Siew Rou yang melihat pendidikan sebagai satu-satunya jalan keluar.
Sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Tun Dr Ismail (SMKTDI), Siew Rou sangat aktif menyertai aktiviti kokurikulum sehingga dinobatkan pelajar terbaik di sekolahnya.
“Saya mula berjinak dengan pengucapan awam bahasa Melayu sewaktu di tingkatan dua. Sebelum ini saya seorang yang agak introvert dan pengucapan awam dapat meningkatkan keyakinan diri saya.
“Saya tidak pernah menyangka dapat mengatasi kegugupan di atas pentas dan bercakap di hadapan ratusan orang, apatah lagi guru saya.” kata Siew Rou yang juga ketua pelajar serta Presiden Persatuan Bahasa Melayu sekolahnya.
Pencapaian paling membanggakan Siew Rou adalah apabila diumumkan satu-satunya pelajar di sekolahnya yang mencapai Kecemerlangan Tinggi (O Level) dalam Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia 2020 atau Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia (K3M) anjuran Institut Kimia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ia merupakan kuiz yang dilaksanakan di seluruh negara bertujuan menguji kefahaman kimia dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia.
Selain itu, beliau turut dianugerahkan Anugerah Nilam dan mewakili sekolahnya dalam pertandingan itu.
Memiliki kebolehan untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya bagi setiap perkara merupakan bakat semula jadi yang ada pada dirinya.
Ini dapat dilihat daripada kebolehannya mewarisi bapanya bermain Xiangqi dan Go – catur tradisional Cina. Beliau juga mendalami kesusasteraan tradisional Cina serta seni mempertahankan diri Wushu.
“Jika kita ingin belajar sesuatu, ia akan jadi mudah bila kita dapat fokus sepenuhnya,” katanya yang berasa sangat bertuah selepas berpeluang mendalami budaya yang semakin dilupakan ini.
Keupayaan untuk fokus di dalam kelas adalah kunci kejayaan Siew Rou.
“Sentiasa fokus dalam kelas dan dengar kata guru. Saya juga tidak suka memaksa diri untuk belajar dan menganggap proses pembelajaran adalah satu perkara yang menyeronokkan,” kata Siew Rou yang hanya menghabiskan dua jam sehari untuk belajar sebelum menyiapkan kerja rumahnya.
“Latar belakang atau keadaan kewangan keluarga bukan kriteria utama dalam menentukan masa depan kita. Bercakap melalui pengalaman, perkara yang biasanya membentuk kita bukan kesusahan itu sendiri, tetapi cara kita menanganinya,” kata Siew Rou.
Bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Stanford dalam bidang biokimia, Siew Rou kini mengikuti American Degree Transfer Program (ADP) di Taylor’s Lakeside Campus sebagai persediaan sebelum terbang ke AS pada Ogos tahun ini.
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Umum mengetahui pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa kekasih suaminya, Syamsul Yusof.
Namun Islam itu indah, mendidik umatnya mencari jalan penyelesaian dalam alam rumahtangga. Didoakan pasti ada penghujung yang manis buat Puteri Sarah dan suami.
Terbaru, Puteri Sarah berkongsi luahan perasaan mengenai situasi yang melanda rumahtangganya kepada rakan artis iaitu Nad Zainal.
Perkongsian itu sungguh terkesan buat kita yang bergelar isteri. Lebih lagi bagi yang pernah melalui perkara yang sama.
Melihat rakaman video berkenaan, Nad antaranya yang memberi kata-kata semangat kepada Puteri Sarah “Bangkit Sarah!” . Melontarkan ayat yang ‘simple’ tapi penuh makna.
Juga naluri keibuan Puteri Sarah terserlah apabila ayat diawal perkongsiannya itu, dia menegaskan tindakannya itu adalah demi anak-anak. Nyata kuatnya ibu itu demi kasih sayang buat permata hatinya.
Selanjutnya ikuti video perkongsian dari facebook milik Siti Aafiyah.
Moga Penghujung Yang Manis Demi Anak-Anak
Benar takdir itu sudah tertulis di Loh Mahfuz, namun kita sebagai hamba Allah kekal berdoa. Selebihnya kita berserah kepada-Nya Yang Maha Esa.
Ingatlah wahai suami, apabila seorang lelaki mengatakan: “saya terima, dalam sebuah akad pernikahan, maka itu bererti ia mengatakan: bahawa saya menerima tanggung jawab untuk melayani, mencintai dan melindunginya”. Indahnya ungkapan itu.
Namun dalam rumahtangga ada pasang dan surut. Ada masa bahagia tetapi tetap ada ketika tergigit lidah.
Sesungguhnya, Islam itu indah, mendidik umatnya mencari jalan penyelesaian alam rumahtangga. Didoakan pasti ada penghujung yang manis buat Puteri Sarah dan suami.
Moga perkongsian ini menjadi inspirasi buat isteri-isteri bangkit dan mengetahui hak-haknya. Malah dalam Islam sendiri telah perincikan lanjut dengan tanggungjawab suami dan isteri serta yang paling utama adalah hak-hak seorang isteri.
Masih ingat lagi dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal?
Pada awal Januari tahun ini tular kisah ibu ditangkap mencuri di pasar raya demi anak atas desakan hidup. Namun atas dasar perikemanusiaan beliau membantu keluarga itu dengan menyediakan bekalanan makanan dan ubatan. Kisah menyentuh hati ini mendapat liputan meluas media.
Kini dalam suasana yang berbeza, beliau tampil sekali lagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),dilaksanakan sejak Jun hingga kini.
Tuan Nik Ezanee dan kakitangan bergegas menghulurkan bantuan makanan di kawasan sekitar. Tidak perlu media untuk berbakti kepada masyarakat, tindakan murni beliau mendapat pujian hingga ada yang berkongsi gambar menerusi grup whatsapp.
Dalam pada itu, beberapa foto kelihatan telah tular di media sosial. Nyata sikap rendah diri dan prihatian menjadi jati diri buat dirinya untuk kekal membantu biarpun kini menyandang jawatan tinggi.
Sebagaimana yang dikongsi oleh seorang lelaki Syahril A. Kadir menerusi perkongsian facebook miliknya.
Tanpa liputan media, beri bantuan
Lama tak dengar cerita Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee kita. Tup tup tadi muncul di kawasan perumahan saya bagi bantuan barangan asas pada penduduk yang tidak berkemampuan.
Media seorang pun tak dipanggil. Ni pun penduduk letak dalam grup Whatsapp kejiranan kami.
Jarang Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (OCCI) yang pangkat keris bersilang bagai atas bahu, boleh buat benda-benda macam ni. Luar biasa.
Tidak pernah mengharapkan liputan meluas media, jauh di sudut hati beliau menabur bakti tanpa mengharapkan balasan dengan harapan dapat mengurangkan beban yang ditanggung buat yang terkesan.
Lebih teruja, apabila perkongsian itu mendapat maklum balas Nik Ezanee yang melontarkan katas-kata motivasi di ruangan komen.
“Terima kasih sahabat. Setiap hari kita mempunyai pilihan. Samada nak marah atau sayang, nak bersatu atau bergaduh sesama sendiri, nak frust atau jadi sumber inspirasi, nak pentingkan diri atau memberi, nak berpeluk tubuh atau bangun dan buat sesuatu.”
“Kadang-kadang susah nak pilih. Dunia ni kompleks. Pilihlah kebaikan.. In shaa Allah, akan dipermudahkan.”
Dalam pada itu, sikap rendah diri dan prihatin beliau mendapat pujian, malah ada mendoakan agar bergelar ketua polis negara.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.