Benar kata orang, sokongan isteri adalah begitu bermakna dalam segala aspek bagi kehidupan seorang suami. Apatah lagi bila diuji dengan kehilangan mata pencarian yang secara nyata menjejaskan pendapatan untuk seisi keluarga.
Melalui detik sukar ini bukan mudah, namun bila adanya isteri dan anak-anak di sini menjadi penguat semangat untuk turus melalui ujian hidup dengan tabah. Pun begitu berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Begitulah yang dilalui oleh pengacara dan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Aril Pilus, 37, mengakui dia menganggur sejak Mei lalu setelah program CCTV yang dikendalikannya di Astro ditamatkan. Ini sebagaimana dilaporkan di dalam akhbar tempatan baru-baru ini.
Belum Terdesak Meminjam
Bagaimanapun, kata Aril, dalam keadaan tiada punca pendapatan tetap, ia bukan alasan untuk dirinya menagih simpati orang, malah tidak terdesak meminjam wang daripada rakan terdekat.
“Setelah tujuh tahun mengendalikan program CCTV, pihak Astro buat keputusan menamatkannya. Kali terakhir ia bersiaran pada bulan puasa lalu.
“Tipulah kalau cakap saya tak terkesan. Sesiapa yang alami perkara yang serupa juga akan memahami perasaan itu.
Ads
“Alhamdulillah, walaupun dah tak ada kerja sekarang, saya belum lagi terdesak sehingga terpaksa meminjam duit orang. Saya sendiri berharap dan berdoa agar ia kekal begitu,”katanya.
Selain itu, tambah Aril, cara hidup bersederhana selama ini juga sedikit sebanyak dilihat membantu dia menguruskan kewangan keluarga dengan semampunya.
“Bila jadi macam ini, saya lihat balik dan bersyukur, sekurang-kurangnya saya ini bukan jenis orang yang suka hidup bermewah-mewahan. Saya tak reti nak pakai kad kredit dan hutang saya dengan pihak bank cuma kereta, selain bil harian.
“Saya tak berbelanja barang jenama mewah. Bukan tak pernah lalui zaman itu. Saya fikir, tak mengapa, cukup hidup dengan apa adanya buat sementara ini. Sebolehnya saya cuba untuk kurangkan komitmen yang tak perlu. Tak nak pinjam meminjam ini,” katanya.
Bangkit Demi Isteri & Anak
Ads
Jelas Aril, walaupun reda kehilangan pekerjaaan, dia tidak putus semangat untuk bangkit melakukan sesuatu, apalagi dia mempunyai tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
“Saya kena bangkit walaupun pernah beberapa kali diserang anxiety. Jadi, saya cuba usahakan sesuatu bersama Alif Farhan, bekas hos program CCTV untuk buat program sendiri di YouTube.
“Selain itu, ada juga hasrat nak ceburi bidang akademik. Saya tunggu majlis graduasi pada Oktober ini dan akan cari peluang dalam bidang itu pula. Mana tahu boleh kongsikan pengalaman sepanjang 13 tahun dalam industri seni ini menerusi saluran akademik pula bukan?
“Buat sementara waktu, saya cuba bangkit semula perlahan-lahan. Saya akan buat sahaja semua sekarang demi survival.
“Isteri saya bekerja sebagai pramugari pun cakap industri penerbangan ‘jahanam’ sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sekarang ini dia bersama syarikat insurans dan saya cakap dengan dia tak apa teruskan. Kita sokong satu sama lain. Tidak ada masa untuk tunggu, kalau kita tak buat sesuatu kita akan tenggelam,”katanya.
Belum sampai sebulan berumahtangga, lelaki tular bersanding atas katil meninggal dunia.
Isterinya, Siti Marha Azuar terpaksa menerima hakikat pemergian suami Mohd Hashmi Arifin yang meninggal dunia akibat barah otot tahap empat.
Berita sedih tersebut dikongsi wanita berusia 35 tahun itu menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok sehingga meraih rasa simpati orang ramai.
Video berdurasi 24 saat tersebut memaparkan foto hitam putih Mohd Hashmi dan rakaman sekumpulan lelaki mengangkat keranda untuk dimasukkan ke dalam van jenazah.
Sebelum ini, kisah pasangan itu dilaporkan media sehingga membuatkan warganet kagum dengan ketulusan Siti Marha yang juga ibu tunggal dua anak kerana menerima lamaran pesakitnya.
Mohon doakan suami saya Mohd Hashmi Arifin,” tulisnya yang bekerja sebagai jururawat.
Acara persandingan mereka yang diadakan pada 13 November lalu memperlihatkan Allahyarham Mohd Hashmi terpaksa diusung menaiki katil untuk ke lokasi acara di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan takziah kepada wanita berkenaan atas kehilangan suaminya serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sumber : @marhashmi121122
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Aktiviti mewarna dilihat sebagai aktiviti yang cukup mudah bagi sesetengah orang namun aktiviti ini sebenarnya mempunyai begitu banyak kebaikkannya kepada anak kecil.
Mewarna menggunakan kertas warna bersaiz besar atau kecil, mana lagi satu baik untuk anak?
Menurut perkongsian Ahli Terapis Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol, anak yang menggunakan kertas warna kecil dan bersaiz besar banyak perbezaannya.
Jom ikuti perkongsian beliau.
Kalau nak ajar mewarna, kena guna gambar yang besar ke gambar kecik?
“Gambar besar”
Hampir 90% guru-guru menjawab mereka menggunakan gambar besar dalam slot aktiviti mewarna di sekolah.
Sebenarnya, kemahiran mewarna adalah untuk mereka belajar fokus.
Implikasi guna gambar besar:
1. Murid lebih kepada menconteng keseluruhan gambar.
2. Cepat penat.
3. Lepas tu dah tak nak mewarna lagi.
Implikasi guna gambar lebih kecil:
1. Murid lebih fokus kepada satu objek yang hendak diwarna.
2. Cepat siap.
3. Excited nak mewarna objek lain pula.
Cuba try test kepada anak-anak atau murid di sekolah. Mulakan dengan mewarna bentuk kecil.
Setiap insan baik lelaki atau perempuan ingin kelihatan cantik,kemas,bergaya dan sebagainya.
Salah satu masalah yang sering dihadapi adalah berat badan. Oleh itu, mereka sanggup mengambil makanan tambahan atau minuman masam untuk mendapat berat yang ideal.
Namun tahukah anda cara ini tidak dapat membantu mencapai impian begitu.
Sebagaimana perkongsian Dr Erna Nadia yang mempunyai padangan mengenai hal ini bahawa dengan mengamalkan hidup sihat mampu membantu tubuh badan menjadi sihat. Bukan hanya mengamalkan minuman masam seperti limau dan lemon.
Ikuti perkongsian ini.
Adakah dengan minum minuman masam seperti air lemon/ air limau atau apa sahaja yang ada unsur masam boleh memecahkan lemak atau turunkan kolesterol?
Jawapannya: Tidak.
Jadi, bagaimana nak pecahkan lemak dan turunkan kolesterol? Jawapannya: Kena jaga makan dan bersenam.
Tidak ada produk yang boleh pecahkan lemak dan turunkan kolesterol melainkan jika perlu makan ubat.
Begini caranya
Tak perlu bazir untuk sesuatu yang tidak perlu ya. Nak pecahkan lemak, perlu bersenam dan makan makanan sihat. Nak turunkan paras kolesterol jahat, perlu jaga makan dan kurangkan makanan tinggi lemak terutamanya makanan yang tinggi lemak tepu seperti lemak haiwan ( biasanya yang berdaging merah, makanan laut).
Apakah tanda tanda kolesterol tinggi?
Selalu kebas kaki/tangan Selalu sakit kepala Selalu rasa badan tak selesa Kadangkala rasa seperti sakit dada Ada tompok kuning di kulit sekitar mata/kening Mudah berasa letih
Bagaimana nak periksa? Boleh ke mana mana klinik/hospital/lab untuk pengambilan darah. Puasa dahulu ya, meaning that malam sebelum pergi buat test tu, lepas pukul 10 malam, tak perlu makan apa apa dah, air masak boleh minum, pagi tu boleh terus pergi periksa darah. InshaAllah kita semua boleh sihat dan comel🤙🏻 Dr. Erna Nadia Kita adalah apa yang kita makan. Gitu.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...