Memiliki anak istimewa bukanlah semudah yang disangkakan. Kerana itu, ibu bapa tersebut benar-benar terpilih Dia untuk melalui semua ujian tersebut.
Melihat sejauh mana baik ayah mahupun ibu dalam menerima ketentuan tersebut dengan jiwa yang penuh reda dan hati yang penuh kasih sayang.
Membaca perkongsian ibu bernama Syahirah Omar, hati admin turut tersentuh. Ini bukan kali pertama ibu tiga cahaya mata ini menitipkan kata-kata yang cukup menyentuh hati buat puteri kesayangannya itu.
Bahkan, dia juga sering berkongsi cerita dan pengalamn serta tip untuk ibu-ibu lain yang sekasut dengannya dalam melalui kehidupan penuh warna warna bersama anak istimewa.
Berkongsi luahan rasa mengenai anaknya yang mesra dengan panggilan Lana, akui Syahirah walaupun ‘istimewa, namun dia terharu kerana dalam usia 13 tahun, banyak pencapaian yang diperoleh anaknya. Struggle tetapi si anak meniti kehidupan dengan baik.
Seronok sebenarnya bila tengok anak kawan kawan yang sebaya Lana buat persiapan untuk ke MRSM, SBP , dan anak-anak yang sudah mula sarungkan uniform sekolah menengah. Sungguh, tumpang happy sangat. Cuma, mengalir juga air mata ni.Tipulah kalau tak ada rasa sebak.
Biarpun ada sesetengah perkara dia matang, tapi kalau bab bersosial, dia masih sedikit delay dua tahun lebih kurang. Sebab tu, aku memang sengaja turunkan kelas dia. Jadi sekarang Lana di tahun 5. Biarpun ramai saja tak faham kenapa aku buat begitu, aku lantakkan saja. Aku cuma rasa dia tak bersedia nak harung hidup umur budak sebaya dia.Tak perlu kejar akademik terus untuk jadi seorang manusia. Bagi anak seperti Lana, terlalu banyak dia perlu belajar untuk biasakan diri dengan “dunia kita”.
Anak kita,kita tahu lah kan dia macamana.
Aku cukup bersyukur lihat pencapaian dia. Dia unik cara dia. Struggle macam dia tapi dia boleh survive sampai setakat harini pun dah buat aku sangat gembira.
Banyak yang boleh disyukuri. Ya, sekecil kecil perkara.
1. 16 April ni genaplah 13 tahun umur dia. Alhamdulillah dia boleh bangun pagi awal tak perlu guna jam loceng. Kemas katil kemudian ambil towel terus pergi mandi. Lepas siap semua dia solat subuh, buat breakfast untuk dia dan adik adik. Selalunya roti spread lah.
Nampak biasa? Besar sangat untuk ibu anak istimewa.
2. Dia sangat taat menghafal surah. Walaupun dia struggle juga nak hafal, tapi dia rumikan kemudian dia hafal bersungguh-sungguh. Setiap pagi dia akan minta aku semak, kemudian tandatangan dalam buku hafazan. Ok malu dengan anak sendiri.
3. Dia tahu bila nak mandi, bila nak solat, bila nak ngaji. Kalau mama bagi masa main handphone 15 minutes, dia taat. Tak lebih dari tu, terus dia pulangkan semula.
Nampak biasa, tapi sebenarnya kita sendiri pun tak boleh disiplin gunakan handphone seperti dia.
4. Kalau dia tak suka apa-apa, dia tak bentak atau protest. Dia cuba discuss baik baik. Dia cuba nego dulu kalau boleh. Tak ada lagi Lana yang dulu yang suka tantrum. Cuci mata barangan murah di
SINI Kecuali kalau gaduh dengan Mayraa, nangis juga dia berlari. Tapi sekarang nampaknya mereka sudah berdamai.
Alhamdulilillah.Adik beradik begitulah.
5. Dia selalu tanya, ” Are you ok mom?”. Dia, adik adik dia semua begitu. Soalan simple, tapi sangat besar nilainya untuk seorang ibu macam aku.
6. Selalunya dalam perjalanan ke sekolah, aku memang akan berbual dengan anak anak. Banyak la benda mereka nak cerita.
Lepas tu dak Lana pun ceritalah.
” Yesterday, at my school, my friend Nabila gave me 1 hello panda chocolate flavoured biscuit,”
” Oh that’s your favourite biscuit right,”
“It’s a long time I haven’t ate a hello panda biscuit,” katanya.
Tak pernah la dia nak apa apa terus cakap nak.Sejenis nak apa apa, dia punya kias, hmmmmmm. Ingatkan autistic jenis cakap direct. Dia berlapik sungguh cenggitu kalau teringin apa apa. Katanya dia cuma tak mahu menyusahkan sesiapa .
.
.
Sengaja aku tulis disini untuk ingatkan diri aku sendiri. Biasalah, manusia memang mudah lupa.
“Take time daily to reflect on how much you have. Just count your blessings, not your troubles”
Terkadang kita lupa bersyukur untuk sekecil kecil nikmat disekeliling kita.
Bila terlalu sibuk mengintai kehidupan orang lain, akhirnya kita terus mengeluh pada Tuhan apa yang kita tak ada. Sedikit sebanyak terkadang kita terlalu sibuk menginginkan hidup seperti orang lain, langsung dah terlupa nak bersyukur dengan apa yang kita ada.
Sebenarnya terlalu banyak Allah berikan kita rezeki, kenikmatan hidup yang tidak disangka. Macam aku, walaupun pernah banyak ujian sebelum ni, Alhamdulillah sekarang Allah dah beri bahagia. -Diberi peluang untuk hidup pada harini adalah rezeki,
-Diberi pasangan untuk melengkapi hidup adalah rezeki,
-Diberi keluarga kecil anak yang comel macam macam kerenah juga rezeki,
– Diberi anak istimewa juga satu rezeki,
-Diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah, serta dapat membantu orang lain adalah rezeki,
-Di kelilingi orang yang baik seperti kalian juga rezeki.
Sesungguhnya, nikmat apa yang perlu kita dusta lagi.
Alhamdulillah, terima kasih Tuhan.
Terima kasih untuk semua pinjaman ini.
Syahirah Omar Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club