Arab Saudi telah membatalkan kebanyakan sekatan COVID-19 di negara itu bakal mempermudahkan urusan ketibaan umat Islam ke Tanah Suci.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata penarikan balik sekatan berkenaan turut disahkan melalui perbualan beliau dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan, malam Sabtu.
Dipetik dari BH Online, Arab Saudi membatalkan kebanyakan sekatan COVID-19, termasuk penjarakan fizikal di kawasan awam dan kuarantin untuk pelawat yang sudah menerima vaksin.
“Ya betul, (beberapa sekatan ditarik semula Arab Saudi) mulai semalam. Tidak perlu lagi kuarantin dan pengembara termasuk umat Islam yang akan menunaikan ibadah suci di negara itu tidak perlu lagi menjalani ujian PCR dan RTK.
“Antaranya, tiada lagi keperluan untuk memakai pelitup muka kecuali di tempat tertutup, dan saf solat juga dirapatkan semula,” jelasnya.
Penjarakan fizikal turut ditamatkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta tidak lagi mewajibkan pelawat yang divaksin untuk menunjukkan keputusan negatif hasil ujian PCR atau RTK sebelum tiba di negara berkenaan.
Selain itu, diharapkan agar Kerajaan Arab Saudi akan turut membenarkan pelaksanaan ibadah haji membabitkan umat Islam dari seluruh dunia yang sudah dua tahun tertangguh disebabkan penularan COVID-19.
Kelonggaran yang diberikan ini sekali gus dapat membantu industri pelancongan dan umrah yang telah dilanda kesuraman sepanjang tempoh terbabit, untuk kembali bangkit serta pulih.
Sumber : BH Online
“Dulu Pegang Mikrofon, Kini Pegang Sudip. Dulu Wangi Kini Bau Ayam.” Buang Rasa Malu, Amelina Kini Jual Nasi Ayam & Nasi Minyak!
Pandemik Covid-19 menyaksikan pelbagai perubahan dalam hidup. Kalau dulu hidup bermewah-mewah, namun kini terpaksa melakukan pelbagai kerja demi mencari sesuap nasi.
Kalau dulu, segalanya di depan mata, namun kini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkannya.
Kalau dulu hidup penuh glamor, anak seni yang mendapat jolokan Ratu Dangdut Malaysia ini terpaksa berniaga demi kelangsungan hidup. Bermula 29 Jun yang lalu, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin memberanikan diri memasak dan menjual nasi minyak dan nasi ayam berkenaan bagi menambah pendapatan keluarga.
ibu tunggal kepada enam cahaya mata dalam pada itu tidak menyangka percaturannya untuk berniaga makanan tersebut menampakkan hasil. Amelina mula aktif mengiklankan cabang rezeki baharunya menerusi Instagram, nasi minyak versinya terdiri daripada lauk ayam masak merah, salad dan pecal timun.
“Dulu setakat masak untuk makan sendiri dan anak. Tapi sekarang untuk memasak dan bagi orang lain merasainya ia satu nikmat berbeza.
“Pada mula berniaga saya akui dibayangi rasa takut. Bimbang tak menjadi atau tak ada sambutan. Kali pertama jual pun saya tak promosikan pun di media sosial. Saya cuba buka tempahan sebanyak 15 bekas. Tapi saya optimis rezeki manusia itu akan ada diiringi usaha.
“Malah mujur peminat saya membantu. Merekalah beri semangat. Mereka kata buat saja, nanti boleh ‘order’. Daripada situ mereka memuji kata sedap dan mula berkongsi dengan orang lain di media sosial. Sampai ada yang mengulangi tempahan banyak kali.
“Hari demi hari, tempahan mula meningkat. Daripada masak untuk 10 orang kebiasaannya, saya cabar diri untuk siapkan 50 bekas dalam satu hari. Tak hanya peminat dan pengikut di media sosial, rakan artis pun turut menyokong dengan membeli,” katanya.
Akui Amelina lagi, tidak pernah terlintas dalam fikirannya suatu hari dia akan berniaga makanan hasil air tangan sendiri.
“Satu perkara yang saya tak pernah fikir adalah nak berniaga daripada ‘air tangan’ sendiri. Dahulu memang tiada keyakinan sebab selalu pegang mikrofon sahaja takut kalau pegang sudip tak sedap. Tapi, Alhamdulillah kata pelanggan yang rasa sedap nasi minyak, sesedap suara saya,” ujarnya lagi.
Paling mengharukannya apabila ada individu termasuk peminat yang dari jauh tapi tetap berkeras nak membeli dan menyokong.
“Ada yang buat saya tersentuh hati biarpun jauh dari KL dan Selangor, tapi tetap nak beli dan menyokong. Saya pun suka cara begini, tak perlu beri bantuan wang. Tapi cukup dengan membeli makanan yang saya jual.
“Ada yang duduk di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, dan Sarawak sanggup tempah tapi untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Malah ada yang beli untuk disumbangkan kepada pekerja barisan hadapan,” katanya.
Amelina berkata, buat masa ini dia hanya menetapkan Selasa untuk tempahan nasi ayam, manakala Khamis dan Jumaat pula nasi minyak.
“Setakat ini jadilah buka tempahan dua hari dalam seminggu. Itupun, rezeki saya sampat tak menang tangan.
“Saya pun berserah dalam hal berniaga. Allah sudah tetapkan rezeki masing masing.
“Apa yang lebih utama biarpun pek pembungkusan kedua jenis nasi ini biasa, apa yang lebih utama adalah rasa. Biar berbaloi beli.
“Di saat ramai bergelut sekarang ini, bukan senang orang nak keluarkan duit beli itu ini. Jadi saya niat masak yang sehabis baik dan penuh kasih sayang. Kadang kadang, saya tak fikir pun bab terlebih termasuk kuantiti atau bahagian tertentu seperti ayam. Saya anggap itu cara bersedekah,” katanya.
Menamakan jenis menu makanannya daripada judul lagu dangdut pernah dipopularkannya, Amelina mendedahkan yang dia memasak pada mulanya atas dasar mencuba nasib.
“Macam resipi nasi minyak pun saya belajar daripada mak. Setiap tahu menu berkenaan hanya dibuat mak masa hari raya. Nak masak menu ini memang leceh.
“Jadi saya selama ini ambil kesempatan melihat cara mak memasaknya termasuk berkongsi resipi. Kalau nasi ayam pula, saya memang menyukainya. Kalau makan di restoran, saya banyak memerhati dan memantau dari kejauhan.
“Jadi apabila mula berniaga, saya akan olah ikut sedap dan rasa hati. Contohnya macam mana nak melembutkan ayam sampai tahan ke malam. Saban hari saya memperbaiki rasanya,” kata Amelina yang turut menghasilkan lagu popularnya, Memori Daun Pisang bertukar dalam bentuk motivasi kepada masyarakat diberi judul Memori Lockdown.
Amelina kini berjauhan dengan empat anaknya yang bersekolah dan tinggal bersama ibunya di Nilai, Negeri Sembilan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dikuatkuasakan. Hanya dua anak tinggal bersamanya saat ini.
Sumber: amelinaamirsharipuddin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.
“Pernah Tak Tertanya-Tanya Kenapa Anak-Anak Syurga Ini Dipanggil Anak Istimewa? Ibu Ini Terangkan Sebabnya…
Anak adalah amanah, juga ujian kepada setiap ibu bapa. Ada pasangan suami isteri yang diuji dengan kurnian anak istimewa.
Pasti ada kesulitan namun sebenarnya ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini tidak akan dipilih oleh Yang Maha Esa jika tidak mampu melainkan dalam kadar kemampuan mereka.
Perkongsian ibu kepada Muhamad Syukur mungkin sedikit sebanyak boleh membantu masyarakat di luar sana untuk memahami kenapa anak-anak syurga ini dipanggil anak istimewa.
Pernah tak tertanya-tanya kenapa dipanggilnya Anak Istimewa? Tahukah anda?
(Did you ever ask why they are called as ‘Special Kids’? Do you know?)
Istimewa sebab
1. Istimewa sebab dunia mereka sendiri dalam imaginasi lebih cantik daripada dunia kita sebagai orang dewasa. Mereka boleh berada Dunia istimewa yang mereka ciptakannya pada bila-bila masa. Mereka tahu dunia yang kita sedang hidup ini adalah susah bagi mereka.
Oleh itu mereka ciptakan dunia yang cantik untuk mereka sendiri. Dan kita tidak dapat masuk dan tidak akan menikmatinya.
(Special because their very own world is more beautiful than our world as an adult. There can always be in their special world created by them. They know that they are living in the difficult world, that’s why they created a beautiful world for themselves. And we can never enter and experience their beautiful world).
2. Istimewa sebab mereka mempunyai bakat tersembunyi yang mana kita sebagai orang dewasa tidak dapat melakukannya.
(Special because they have hidden talent that we adult could not have).
3. Istimewa sebab kasih sayang yang mereka dapat dari ibu bapa adalah tersendiri di mana ia hanya untuk mereka sahaja.
(Special because they get the love from parents that is so unique and only for them).
4. Last sekali, istimewa sebab merekalah yang paling dekat dalam hati kita berbanding dengan yang lain. Cuba tanya diri sendiri, betul ke tidak.
(Lastly, special because they are the closest one to our heart. Don’t you think so?)
Bila kita lihatkan anak-anak kita, cuba renung-renungkan apa yang dicakapkan di atas secara positive.
(When you are looking at your own kids, do think about it positively.)
Sumber: Facebook Hamidah Tajudin
Timbangan Turun & Perut Tak Boroi Lagi. Ibu Anak Tiga Ni Kongsikan Amalannya!
Bayangkan jika kita berdiri di atas penimbang dan bila dilihat angka penimbang menunjukkan penurunan 1k sekali pun, sudah buat kita tersenyum gembira.
Oleh itu untuk lebih tersenyum lebar di sini ada dikongsikan petua untuk turunkan berat nadan dan sekalo gus hilangkan masalah perut buncit.
Perkongsian daripada seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak ini diharapkan dapat membantu usaha anda untuk turunkan berat badan dengan cara selamat. Nak tahu bagaimana jom semak.
“Jom saya kongsikan sedikit tips untuk kurangkan berat badan. Angin-angin dalam tubuh terkeluar lepas minum jus ni. Lega weh. Yang paling best perut boroi dah tak de
Timbangan pun dah turun. Syok tau. Senang dan menjimatkan. Tak payah beli produk mahal buat sendiri kebersihan terjamin. Jom pakat-pakat amalkan. Semoga bermanfaat”–Lainatul Aisyah
Sediakan bahan2 berikut
1-2 biji lemon (bergantung pada banyak mana kita nak buat)
Halia seketul ikut kesesuaian. Banyak pun takpe nanti angin lgi cepat keluar.
3-5 keping asam
5-7 biji asam boi putih (bergantung pada masing2. Saya letak asam boi sebab tak nak rasa masam asam keping tu banyak sangat. Nak seimbangkan rasa masam tu)
Cara penyediaan:
- Basuh bersih semua bahan tadi. Toskan Kemudian potong.
- Masukkan air sebanyak 5 cawan. Rebuskan semua bahan2 tadi.
3. Biarkan mendidih sehingga paras air surut mencecah 2-3 cawan
Kacau sebati. Tutup api
4. Biarkan sejuk suam2. Bila dah sejuk leh lah simpan yang lebih dalam peti ais.
5. Nanti nak minum keluarkan jer.. Biarkan habis suhu sejuk tu dulu baru leh terus minum..
Info :
Rasa sedap masam2 pedas gitu. Masuk dalam mulut memang masam tapi masuk dalam perut terasa kehangatan. Maklumlah ada halia kan. Tak sampai 15 minit dah sendawa,keluar segala angin dalam tubuh.
Amalkan minum pagi dan petang selepas makan malam.Yang sembelit pun leh cuba.. Memang terbaik.
sumber : Lainatul Aisyah