Pengumuman yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi bahawa ibadah haji yang bakal berlangsung pada Julai tahun ini hanya dibenarkan untuk rakyat dan penduduk tempatan sahaja. Limitasi kouta ibadah haji yang dilaksanakan ini pastinya ramai antara bakal jemaah haji berasa sedih.
Namun demi mengawal penularan Covid-19, kita semua perlu reda. Jika bukan tahun ini kita dijemput menjadi tetamu Allah, terus berdoa dan berharap ada rezeki kita untuk menjejak kaki ke tanah suci di tahun hadapan. Kita hanya mampu merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baiknya.
Menurut berita yang dikongsikan di Arab News, keputusan itu dibuat berikutan situasi pandemik COVID-19 yang belum mengizinkan, justeru kouta jemaah haji yang dibuka hanyalah 60,000 orang.
Menurut Sheikh Abdul Rahman al-Sudais sebagai Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah turut memuji keputusan kerajaan untuk menunaikan haji dengan jumlah jemaah yang terbatas dan menekankan bahawa itu adalah keputusan yang bijak berdasarkan prinsip-prinsip Syariah Islam dalam melakukan ritual dan menjaga kesihatan masyarakat dan penduduk.
Menteri kesihatannya memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih ketat diperkenalkan, antaranya jemaah mestilah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.
Selain itu, kebenaran hanya akan diberikan kepada jemaah berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun yang sudah diberi suntikan vaksin sepenuhnya, selaras dengan program vaksinasi yang dilaksanakan kerajaan.
Dalam masa sama, kebenaran juga diberikan kepada jemaah yang telah menerima suntikan vaksin dos pertama dalam masa 14 hari sebelum ibadah haji bermula, atau mereka yang divaksinasi selepas sembuh daripada jangkitan.
Semua SOP baharu ini dikuatkuasakan bagi memastikan keadaan terkawal, di samping sebagai usaha kerajaan mengurangkan penularan wabak berkenaan.
Sumber : Haramain Sharifain & Arab News
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club