Menggunakan dapur gas yang baru dibeli memang tip top serba serbinya. Paling utama, nyalaan api berwarna biru dan ini menyebabkan waktu memasak cepat sahaja.
Namun setelah sekian lama menggunakan dapur gas tersebut, tentu ada antara kita berdepan dengan masalah api dapur bertukar menjadi oren.
Masalah tersebut menyebabkan bila memasak mengambil masa yang lebih lama malah perkakasan memasak juga menjadi hitam berjelaga.
Jadi apa perlu buat? Kena tukar dapur baharu ke?
Tapi sebelum itu, apa kata usahakan dengan cara yang mudah ini untuk baiki dapur gas tersebut. Jom semak perkongsian daripada saudari Sharina ini.
Api dapoq gas tetiba oren..Habis berjelaga periuk kesayangan.. Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu.. Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan.. Tapi tu la bajet pun cukup² ja..Sapa pernah mengalami situasi sebegini..??
Lani hangpa baca setiap caption kat gambaq nah..Ni dapoq gas yang biasa tu nah.
Ads
Step 1: Pusingkan benda tu ( yang ada anak panah)
Step 2 : Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu ( anak panah)
Nah hasilnya, tak payah pening-pening kepala nak sental periuk. Nak beli dapoq gas baru. Alhamdulillah jimat duit weyy.
Ads
Pun begitu setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren/merah.
Caranya.:
1. Buka tungku api, ketuk-ketuk untuk keluarkan segala karat-karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
2. Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
3 Dan pasang semula tungku api tersebut.
Ads
Jika api masih oren/merah juga maka boleh la tukaq tungku api atau minta suami anda belikan dapoq gas yang baru.
Alangkah bahagia hati isteri bila mendapat pemberian hadiah daripada suami sebagai tanda kasih di hari lahir. Pastinya ianya akan dikenang dan menjadi antara momen terindah.
Menerusi facebook Ustaz Ebit Lew berkongsi gambar serta ucapan romantis sempena hari lahir isteri tercinta. Perkongsian gambar tersebut, menunjukkan isterinya menerima jambangan bunga, kek belon serta hadiah istimewa berupa barangan kemas Cartier.
Ucapan Romantis Buat Isteri Tercinta
Selamat hari lahir bidadariku. Sorry sayang abang tiada di rumah. Masih berada jauh. Syukur sempat buat kejutan buatnya. Terima kasih. I love you bidadariku sayang. Rindu teramat sangat.
Terima kasih Allah memberi diriku bidadari yang sangat baik dan dialah penguat diriku. Kerana Allah semuanya menjadi mudah dan indah. Dialah yang temukan kita. Dialah yang akan menjaga hubungan ini sampai syurga insya-Allah. Terima kasih Allah.
Sorry ya sayang. Jawab bidadari saya, takpe abang. Berjuang abang ialah hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan. Tengok ramai anak kecil susah perlu duit pembedahan. Ramai anak hilang tempat bergantung. Kehilangan rumah dan tiada sesiapa dalam hidup mereka. Banyak hospital memerlukan bantuan. Berebut-rebut orang minta bantuan. Anak kita ada rumah tempat tinggal Allah bagi. Teruskan abang. Kita kan ada Allah yang sangat sayang kita. Tak pernah lupakan kita. Dia Maha Berkuasa. Anak-anak semua menangis kata. Kasihan anak Palestin ayah. Nanti ayah balik kita jumpa ye. Nanti ayah cerita semua ye.
Selamat hari lahir bidadariku. I love you.
Meninjau di ruangan komen rata-rata mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat isteri ustaz Ebit Lew dan mendoakan agar kekal hidup bahagia.
Baru-baru ini Elfira Loy berkongsi beberapa keping gambar menerusi laman Instagram miliknya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 8 Mac lalu.
Walaupun disambut secara sederhana namun tetap meriah dengan dihadiri oleh ahli keluarganya.
Namun, menerusi gambar yang dimuat naik oleh pelakon yang popular menerusi drama Tentang Bulan itu telah menjadi perhatian ramai dan mengundang persoalan netizen.
Ada yang meneka El kini sedang berbadan dua. Sehubungan dengan itu, ramai pengikutnya yang bertanyakan hal tersebut, namun sehingga kini empunya diri belum memberi sebarang maklum balas.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apa yang pasti, orang yang berjaya sentiasa akan melakukan perubahan dan penghijrahan diri untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Begitu juga dalam melakukan perubahan positif dalam diri untuk tahun 2021 dan sekali gus berhenti menjadi toksik dalam diri.
Ini dijelaskan lagi usaha-usaha yang boleh dilakukan melalui perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad.
Tahun 2021 ini kita boleh paksa dan ajar diri kita sendiri untuk cakap baik, buat baik, fikir baik dengan cara ini:
1. Sekiranya membeli sesuatu barang, kemudian ia tak kena dengan selera sendiri, jika tahun-tahun lalu kita cepat marah, cuba tahun ini kita cakap “benda ini ok ja, cuma tekak aku yang tak kena citarasa.”
– ia akan buat kita bersyukur yang tekak kita, lidah kita, mulut kita masih berfungsi sepenuhnya.
– perbuatan bersyukur akan buat kita kurang rasa nak merungut.
2. Sekiranya kita ke pasar tani, pekan sehari, pasar, atau pasar malam, kita berusaha nak tawar menawar harga kepada mereka yang sudah berusia hingga akhirnya buat mereka serba salah, kita boleh cuba hentikan hal tersebut.
– tahun ini, jika ada nampak atok uwan berniaga, beli lebih atau beli semua dan jangan tawar harga. Mereka berniaga dari hasil tepi rumah untuk membeli beras dan bahan keperluan sendiri di rumah, jadi kita bantu mereka.
– yang banyak-banyak kita beli, kita sedekahkan kepada keluarga dan jiran. Tambah lagi pahala.
3. Sekiranya kita beli dari keluarga atau kawan, kemudian kita ada benda nak baiki produk dia, tahan diri jangan buat begitu. Mereka sudah berusaha sedaya upaya membuat produk. Sekiranya mereka bertanya barulah kita buat, kalau tak, diamkan sahaja.
– tak semua orang yang baru berniaga boleh terima rungutan. Mereka sudah habis duit simpanan membuat produk, berusaha buat itu buat ini, hanya kerana kita tak berkenan sesuatu hal, kita cepat sangat beritahu akan buat mereka down dan sedih.
– belajar untuk sabar dan tak cepat kasi feedback. Apabila diminta sahaja berbuat demikian.
Kawan-kawan,
Merungut, percuma.
Maklumbalas, percuma.
Kritik, kutuk, semua percuma.
Kita sangat suka berbuat demikian kerana kita fikir kita dah keluarkan duit untuk bantu mereka.
Jika biskut Oreo yang sedia manis, kita tak pernah merungut kata biskut itu super manis. Kita akan cakap, “sedap je manis-manis. Dah nama biskut kenalah manis.”
Namun sedara kita buat biskut, kita pun cakap “eh manis sangatlah! Sorry tak makan!”
Itu semua akan buat mereka kecewa. Mereka sangat berusaha menyediakan dari membeli barang hinggalah produk itu sampai ke tekak kita.
Belajar untuk support dengan fikir baik, rasa baik, sangka baik, dan buat baik. Bukannya mencampur adukkan dengan ayat “aku beli ni sebab support, aku komplen kau kena dengar.”
Tak boleh begitu kawan-kawan, sabar-sabar. Jika benar kita kawan, kita akan cakap baik-baik begini “sedap biskut kau ni, cuma aku tengah kawal gula, sehari bolehlah makan 2-3 keping. Kahkah. Tapi sedap, serius sedap! Boleh pergi jauh! Tahniah wehhh.”
Beza kan?
Kawan-kawan, tahun ini berhenti jadi toksik kepada diri sendiri. Orang kuat merungut tandanya banyak benda dia tak bersyukur apa yang dia ada.
Berhati-hati bimbang diuji yang berat-berat. Kita ini sama sahaja manusia, perjalanan kita dengan orang lain itu yang membezakan kita.
Hargai setiap usaha orang lain, maka orang itu juga akan hargai kita.
Begitulah.
Sumber : Khairul Hakimin Muhammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.