Dulu, nak makeover rumah mesti melibatkan kos yang tinggi, siap panggil tukang untuk buat pemasangan. Namun kini, semua ini melibatkan bajet yang sedikit.
Dengan kemudahan pembelian atas talian, pada harga yang murah tentu kita dapat hiasa rumah dengan mudah.
Selalunya kita lihat makeover dapur, bilik atau tandas. Namun kali ini kita akan lihat makeover pintu masuk rumah. Memang nampak mewah walaupun bajet ciput.
Ikuti perkongsian ini.
Sedikit perkongsian deko budget yang saya buat untuk apartment kos rendah. Antara favourite part yang rasa macam saya buat dengan jayanya. Untuk pintu masuk. Ikot nafsu hati nak tukar pintu baru warna putih. Tapi bak kata admin, nak deko ukur poket suami hihi. Maklumlah, dah tak bekerja.
Maka, saya beli wallpaper foam untuk efek putih. Sign Assalamuaikum tu suami hadiahkan. Suprise. Tau2 balik, pintu rumah dah ada sign cantik
Tandas.
Antara tempat paling mula2 buat masa awal2 PKP. Guna wallpaper beli dekat shopee.2 gulung tak habis. Frame flush tu pon design sendiri, print sendiri & insert dalam frame ikea. Letak effect hijau2 sikit daun beli dekat shopee.
Bilik mandi
Pilihan wallpaper
Selamat mencuba!
Sumber: Fruzz Azzrn