Minggu ini tentu, sekolah atau tadika akan mengadakan open house mengikut kelas. Anak-anak pula akan meminta ibu bapa untuk menyediakan juadah untuk dibawa pada hari berkenaan.

Dalam pada itu, tentu para ibu bersemangat untuk menyediakan juadah yang menarik untuk anak-anak bawa ke sekolah meraikan hari raya  bersama rakan-rakan.

Sebagaimana perkongsian oleh Nor Al Fatihah yang berkongsi resepi untuk membuat menu jamuan raya anak iaitu apam polkadot versi tembikai. Kreatif sungguh ibu ini. Apam polkadot comel sangat.

Ikuti resepi oleh ibu ini.

 

Ads

Apam polkadot versi tembikai untuk  jamuan raya skolah anak pagi tadi. Tak penah jemu buat kuih bentuk tembikai. 

Apam Polkadot Versi Tembikai. Comelnya! Patutlah Ramai Share, Dah Lah Sedap, Comel Sangat!

APAM POLKADOT TEMBIKAI (Resepi Hani Nanny)

Ads

? 3 bj telur dr peti ais (gred A)
? 220gm gula halus (anggaran 1 cwn)
? 1 sd teh ovallete
? 150ml susu segar/susu cair dr peti ais (anggaran 3/4 cwn)
? 275gm tpg gandum (anggaran 2 1/2 cwn)? 3 sd teh serbuk penaik
? 1 sd teh esen vanila
? filling coklat/strawberry/blueberry dll
? pewarna merah, kuning, hijau & hitam

Cara Buat
? Pkl telur, gula & ovallete dgn high speed hgga kembang & mjadi warna putih
? Masukkan susu, tpg gandum & serbuk penaik yg tlh di ayak & e.vanila. Pkl speed minimum saja hgga sebati
? Bahagi & warnakan adunan. Adunan plain/putih paling byk. Adunan merah & kuning masing2 dlm 1/2 cwn, hijau cerah 1/2 cwn, hijau gelap 3-4 sd bsr, hitam 1 sd bsr (sy anggarkan saja sukatan ni)
? Isi acuan apam dgn papercup. Masukkan stp adunan ke dlm piping bag. Picit adunan plain/putih separuh saja, kemudian picit inti. Ttp semula dgn adunan putih hgga hampir penuh
? Permukaan atas picitkan separuh dgn warna merah/kuning sbg isi tembikai. Kemudian, picit separuh dgn warna hijau. Tinggalkn sedikit line putih di bhgn tgh sbg kulit dlm tembikai. Titikkan adunan hitam sbg biji. Adunan hijau gelap zig zagkan sbg corak kulit luar tembikai. Jika ade buble pd permukaan adunan, cucuk2kan dgn lidi utk hilangkannya supaya bile dh masak apam x berlubang2
? Kukus dgn api kecil/sederhana selama 10-15 mnt @ sehingga masak

Ads

Apam Polkadot Versi Tembikai. Comelnya! Patutlah Ramai Share, Dah Lah Sedap, Comel Sangat!

CHOCOLATE FILLING (Resepi Noy Yullan)

? 1 1/2 cwn susu segar
? 3 sd bsr serbuk koko
? 5 sd bsr tpg kastad/jagung
? 5 sd bsr gula
? 1/4 cwn coklat masakan/milk coklat kompound Beryls
? 2 sd bsr butter

Cara Buat
? Satukan bsama susu, serb.koko, tpg kastad & gula. Kacau dgn whisk hgga larut
? Kemudian, masukkan coklat & butter. Kacau di atas api sederhana hgga pekat & mdidih. Tutup api. Sejukkan sblm digunakan

Apam Polkadot Versi Tembikai. Comelnya! Patutlah Ramai Share, Dah Lah Sedap, Comel Sangat!
Dah siap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI