Apam Milo Guna 4 Bahan Ajer Tanpa Guna Mentega. Memang Gerenti Jadi!

Share

Teringin nak makan kek? Ikut cara kek apam milo ni. Bahan nak buat pun tak perlu guna mentega atau serbuk penaik. Memang menjadi.

Ikut cara ini.

APAM MILO 4 BAHAN JERR.

Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat nie yg penting suami n adik2 kata sedapp..

Pestime buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi

Bahan-bahannya:

1) Telur 6biji
2) Tepung gandum 2cawan
3) Gula pasir 2cawan
4) Milo setengah cawan

Cara  buat:

-Pukul telur +gula sampai berbuih/putih/kembang jangan derhaka nanti apam xnaik( tiha guna blander jer)

-masuk tepung gandum,blander lagi sampai sebati ( rasa blander dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)

-adunan tadi bahagi kepada dua bekas ,satu bekas biar kosong atau boleh buh pewarna lain, dan 1bekas lagi buh milo n kacau2 smpai sebati.

-tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik ,loret la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga2 (ikut suka xde paksaan)

-kukus 20minit ( air kukusan mesti dah mendidih dulu)

Siapppp! Adunan nie tiha dapat dua loyang kecik tapi xsmpai malam dah habis.

Selamat mencuba!

Kredit: Fatihatul Hakimah