Dah menjadi kebiasaan, menu wajib bila ada daging korban semestinya sup daging. Bahagian daging korban yang fresh bila dimasak akan mengeluarkan minyak atau lemak dalam sup tersebut sehinggakan sesudah makan akan rasa melekit dan berminyak.
Di sini ada beberapa tip yang boleh anda ambil untuk kurangkan lemak dalam sup tersebut dengan mudah. Jom baca artikel di bawah!
4 TIPS MUDAH BUANG LEMAK DAlAM SUP
1. Buang air rebusan pertama
Ada petuanya kalau nak dapatkan sup yang bersih dan kurang berminyak, salah satunya adalah dengan membuang air rebusan daging yang pertama. Dalam rebusan pertama inilah terhasilnya lemak paling banyak.
Bila dah buang, boleh rebus semula macam biasa dan tambahkan bahan-bahan lain seperti kentang, daun sup serta perasa.
Pasti ada yang kata sayang nak buang lemak ini sebab itu yang buat sup rasa sedap. Apapun, kalau nak ikutkan, hasil rebusan kedua pun tak kurang sedapnya juga.
2. Sejukkan rebusan dalam peti ais.
Cara kedua yang boleh anda cuba adalah dengan menyejukkan air rebusan daging tadi dalam peti ais. Setelah beberapa jam, air rebusan daging akan membentuk satu lapisan lemak yang membeku. Bila dah beku, mudah untuk kita buang lemak-lemaknya.
Air rebusan yang di bahagian bawahnya bolehlah dimasak dan ditambah bahan lain untuk dibuat sup atau masakan lain. Barulah berkurang minyak dan lemaknya.
3. Kaup buih/minyak semasa memasak
Selain itu, anda mungkin akan dapat perhatikan buih-buih kehitaman / keperangan ketika sup sedang menggelegak. Tapi kalau yang guna pressure cooker mungkin tak nampak.
Bagi yang guna periuk biasa, bolehlah kaupkan buih-buih ini supaya lemak-lemaknya berkurang. Minyak atau lemak yang timbul masa panas ini juga boleh disingkirkan sekali.
4. Guna senduk atau mangkuk berisi ais
Akhir sekali, anda boleh cuba gunakan cara mengisi senduk atau mangkuk lain dengan ais. Lalukan senduk atau periuk ini di atas permukaan sup yang telah dimasak.
Kemudian, anda akan mendapati lemak-lemak akan terlekat pada bahagian bawah senduk atau mangkuk yang sejuk.
Bagi siapa yang guna mangkuk, boleh juga balutkan terus mangkuk tadi dengan plastic wrap. jadi, tak payah susah-susah nak basuh sebab boleh tanggalkan dan terus buang. Bukan mudah nak cuci lemak ‘degil’ tu nanti tau!
Guna saja salah satu cara di atas ini untuk buang lemak-lemak yang akan timbul bila sup menyejuk nanti. Dapatlah anda menikmati sup yang lebih ‘bersih’, tapi tetap enak dan kurang berminyak.
Bila dah seminggu masak beria, berpeluh-peluh kat dapur. Apa kata esok cuti ni, masak masakan simple macam ni je dari Nastasha Nordin, chupp chappsss dua minit dah siap!
Untuk resipi ni, kita guna sotong yang direbus kosong dahulu. Kalau nak guna udang pon boleh. Sama ada sotong direbus atau dibakar, semuanya ok sahaja. Nak cicah ayam goreng dengan sos thai ni pon dah sangat best rakan-rakan.
Jangan telan je air liur tu, jom kita tengok bahan dan cara-caranya.
Sotong Cicah Sos Thai 2 Minit
Bahan-bahan nak buat Sos Thai :
7 ulas bawang putih
7 cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing ye)
3 sudu sos ikan
2 sudu sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
4 biji jus limau nipis
Air 1/4 cawan
Air asam jawa
Daun ketumbar dipotong (ikut suka)
Sotong (direbus)
Jangan lupa sedikit kasih sayang ye. Biar keluarga kita makan sikit rasa kenyang berhari-hari 😂
Cara-caranya :-
1) Rebus sotong terlebih dahulu. Atau rebus ketika sedang siapkan sos thai ni.
2) Kisarkan semua bahan-bahan bersama. Bawang putih dan cili padi. Kalau suka pedas, banyakkan cili padi tu ye. Nak tambah cili merah yang besar tu pon sedap.
3) Hasil kisar tadi dicampurkan dengan sos ikan, sos tiram, jus limau nipis, air asam jawa dan 1/4 cawan air masak. Gaulkan.
4) Campurkan gula dan garam secukup rasa. Sepenuh kasih sayang. Asalkan kene dengan tekak anda. Kasi balun saja.
Tadaaaaaa, siap sos thai ibunda!
Nak beli barang dapur yang super murah? Meh klik kat SINI !
5) Sos thai yang dah siap, kita tuang atas sotong yang direbuskan tadi.
Masyallah ni memang saja nak bagi korang meleleh air liur. Biar esok terus nak beli bahan-bahan mudah ni dan gaulkan dia. Sotong senang je direbuskan aja. Masak nasi pepanas, bergukan dengan salad. Siap!
Nasi tambah jangan lupa.
ok salam leleh air liur la kita sesama eh. 😂
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.