“Ibu…boleh tak adik nak makan apam balik petang ni. Teringinlah, dah lama rasanya kita tak pergi pasar malam. Kalau tak, bolehlah adik beli. Minggu ni pun kita tak pergi pasar malam. Bolehlah ibu….ibu buatkan ye. Mesti sedap kita makan panas-panas!”
Permintaan anak-anak kita ini memang pelbagai, lebih-lebih lagi dalam bab makanan. Sekejap nak itu, sekejap nak ini hingga kadang-kadang tidak terlayan juga dibuatnya. Namun bila anak sudah kata ‘teringin’, tersentuh juga hati kita sebagai ibu, betulkan?
Menyediakan hidangan apam balik ini sebenarnya boleh saja dibuat oleh kita tanpa perlu menggunakan dapur khas seperti mana yang kita lihat digunakan oleh peniaga apam balik di pasar-pasar malam. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya, masak menggunakan kuali biasa juga boleh!
Jom semak resipi dan cara menyediakannya.
[su_highlight background=”#f6dec8″ color=”#04030f”]Apam Balik [/su_highlight](dapat dalam 5 keping)
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 ½ cawan susu cair / full cream
½ sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
Cara penyediaan:
1. Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
2. Pukul telur dan gula dengan menggunakan wisk/garfu sehingga sebati. Gula tidak perlu larut sangat. Kemudian masukan susu dan pewarna, teruskan kacau sehingga sebati.
3. Masukan tepung dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tak berketul dan tapis.
-Perap selama 1 jam
Bahan tabur/ inti :
Kacang tanah di blend (goreng dulu)
1 tin jagung
Planta
Gula secukupnya
Cara Memasaknya:
1.Panaskan pan non stick dan sapukan sedikit planta.
2. Masukan dua senduk aduan dan ratakan keliling, tabur gula dua sudu makan dan tutup pan. Nak manis boleh letak lebih gula. Biar sehingga adunan masak..(kalau ada lubang-lubang atas tu maknanya adunan menjadi)
3. Tabur kacang tanah keseluruhan apam balik, planta dan jagung letak separuh bahagian macam dalam gambar.
4. Lipatkan dan siap.
Sumber : sapura pua via MAHN