Ketika semua anak-anak masih kecil, memang benar diakui cabaran dan tugas kita sebagai ibu bapa bukan mudah.
Memandangkan setiap seorang anak itu ada ragam dan perangai mereka tersendiri yang perlu dilayan.
Itu belum lagi jika disentuh bab bergaduh berebut mainan, sepahkan rumah dan macam-macam lagi yang dibuat oleh anak-anak hingga membuatkan kita berasa penat berdepan dengan semua situasi tersebut.
Namun percaya atau tidak, yakinlah suatu hari nanti waktu-waktu itu jugalah yang membuatkan kita rindu.
Ini sebagaimana apa yang cuba dikongsikan oleh seorang ayah ini.
Jom baca apa pesanannya untuk kita lebih menghargai detik membesarkan anak-anak sementara mereka masih di depan mata.
Setiap hari, waktu begini hanya saya seorang sahaja yang ada di rumah. Kalau nak kemas rumah, atau nak lihat rumah bersih, inilah waktunya.
Ads
Tapi… Apalah gunanya rumah bersih kalau sunyi tanpa riuh rendah anak-anak yang seorang kuat mengusik dan seorang lagi kuat menangis.
Seorang kuat menyepah, seorang lagi kuat makan.
Rumah bersih, rapi dan teratur tapi hati kita sunyi.
Semalam, semasa ceramah keibubapaan, saya sebutkan kepada ibu bapa yang hadir.
Ads
Anak-anak menjadi milik kita sehingga usia mereka 12
Anak-anak akan menjadi milik kita sehingga usia mereka 12 tahun sahaja. Selepas itu, sedikit demi sedikit pegangan dan kebergantungan mereka kepada kita akan terlepas.
Masa itu, hanya kenangan masa lalu sahaja yang akan mengisi hari-hari kita.
Kena pula anak perempuan. Selepas terlafaznya sah pada akad nikah, maka hiraki ketaatan ibu bapa telah jatuh ke nombor dua dan tiga. Waktu itu, segala khidmat dan taat akan ditumpahkan kepada sang suami tercinta.
Ads
Tinggallah ibu bapa menanggung kesepian
Tinggallah lagi ibu bapa menanggung kesepian di rumah. Anak perempuan yang kita sayangi, yang kita cintai, yang menjadikan ayah sebagai kekasih pertama, perlahan-lahan dibawa pergi. Waktu itu, hanya iringan doa yang dapat dibekalkan. Agar suami yang menjadi khalifah akan mengetuai bahtera sebaiknya.
Waktu anak kecil ini, biarlah mereka lakukan apa sahaja. Conteng dinding, buat sepah, kumbah baju, biarkan. Semua itu boleh dibersihkan.
Kerana, satu hari nanti, hanya kenangan itu yang akan menjadi penghibur hati di saat kita merindui mereka.
Peribahasa ini kena dengan situasi apabila kita perlukan wang ketika dalam kecemasan, baru fikir menyesalnya tidak menabung dari awal.
Bila dah hidup berkeluarga ni, dah ada anak-anak ibu ayah sedikit sebanyak baru tersedar kepentingan untuk membuat tabungan, persis seperti yang dikatakan oleh pelakon, Datin Almy Nadia.
Kata Almy ketika dalam ucapannya ketika Majlis Keluarga Hi Tea baru-baru ini, dia sudah lama melabur untuk anak-anak dalam tabungan SSPN kerana baginya rancangan awal itu sangat penting terutamanya dalam pembelajaran.
“Saya ni simple je janji rancang awa.. Contohnye SSPN ni dah lama dah saya melabur tapi orang tak tahu. Setiap anak saya semua dah ada. Rancangan awal itu sangat penting, kena ada tabung kecemasan.
“Anak-anak saya pembelajaran tu sangat penting, itu yang saya buat simpanan tu awal. Simpanan dia di hari tua tu dah ada termasuk aset sendiri pun dah ada termasuk rumah, barang kemas, duit tu dah ada. ” katanya.
Tambahnya, dengan umur yang semakin meningkat sebagai ibu bapa tidak tahu sampai mana ajal mereka, jadi perancangan itu perlu teliti seperti bila anak-anak masuk ke universiti, mereka tidak perlu berhutang. Malah, suaminya yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz juga tidak ajar isteri dan anak-anak mereka berhutang kerana bila dah mula berhutang, lama-lama anak kita akan ikut sama. Jadi, menabung ikut kemampuan diri.
“Tak kisah berapa pun janji menabung. Macam contoh anak saya, saya bagi RM5 si kakak la.. i dont care balik you kena bawa duit tu balik.. baki i dont care. Sebab duit tu akan masuk tabung, Sepuluh sen pun you kena bawa balik.
“Tapi alhamdulillah belum pernah lagi dapat sepuluh sen, ringgit tu mesti ada.. RM2 ke, saya sangar particular bab belanja. Saya ahar anak-anak saya duit tu bukan beli dengan daun.. Senang saya cakap, duit susah nak dapat. Saya ajar anak mesti kena ada baki.
“Bila dah hujung tahun, dia akan buka kira-kira contohnya 1 tahun dapat seribu atau 2 ribu, ok saya bagi limi.. Ni untuk beli barang kemas, ni untuk masuk bank. I bagi RM100 u nak beli apa? Untuk reward. Tapi selalunya reward dia makan lah… atau tidur hotel(bercuti),” tambahnya.
Malah, jujur pelakon yang terkenal dalam drama ‘Dunia Baru’ itu berkata sehingga kini dia tidak pernah mengajar anak-anaknya pegang duit sendiri dan kira-kira duit, dan biar dia sendiri yang simpan wang tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Trauma buat bapa ini apabila melihat sendiri anak tersayang ditarik oleh buaya dan maut depan matanya sendiri.
Menerusi perkongsian yang tular di Facebook, lelaki berkenaan bersama anaknya dipercayai sedang berkayak. Malangnya, mereka disambar oleh seekor buaya sewaktu berada di kawasan kejadian.
Menurut laporan Astro Awani, seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dibaham buaya ketika mendayung sampan bersama bapanya di perairan Pangkalan Marin, Lahad Datu pagi 1 Disember.
Dalam kejadian sekitar jam 10.05 pagi itu bapa mangsa turut cedera di beberapa bahagian badan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.25 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Operasi turut dibantu anggota Pasukan Polis Marin dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Terdapat dua mangsa yang terlibat iaitu seorang lelaki Palauh dan kanak-kanak lelaki dipercayai diserang buaya ketika mendayung sampan di lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit berjaya diselamatkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, manakala anaknya pula masih hilang dipercayai dibaham buaya.
“Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu menaiki ambulan untuk menerima rawatan susulan.
“Pasukan bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama agensi lain di sekitar perairan lokasi kejadian,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian yang mencemaskan itu sedang berlaku, si bapa cuba bergelut dengan reptilia berkenaan untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa buaya.
Malangnya, dia tewas bertindak sedemikian, sebaliknya mengalami kesan gigitan buaya yang agak serius.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.Jom kita cuba
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sembilan sekeluarga bakal tunai haji, doa bapa di Arafah termakbul. Impian seorang bapa untuk membawa seluruh anak-anaknya menunaikan ibadah haji akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau bersama lapan ahli keluarganya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.