Ketika semua anak-anak masih kecil, memang benar diakui cabaran dan tugas kita sebagai ibu bapa bukan mudah.
Memandangkan setiap seorang anak itu ada ragam dan perangai mereka tersendiri yang perlu dilayan.
Itu belum lagi jika disentuh bab bergaduh berebut mainan, sepahkan rumah dan macam-macam lagi yang dibuat oleh anak-anak hingga membuatkan kita berasa penat berdepan dengan semua situasi tersebut.
Namun percaya atau tidak, yakinlah suatu hari nanti waktu-waktu itu jugalah yang membuatkan kita rindu.
Ini sebagaimana apa yang cuba dikongsikan oleh seorang ayah ini.
Jom baca apa pesanannya untuk kita lebih menghargai detik membesarkan anak-anak sementara mereka masih di depan mata.
Setiap hari, waktu begini hanya saya seorang sahaja yang ada di rumah. Kalau nak kemas rumah, atau nak lihat rumah bersih, inilah waktunya.
Tapi… Apalah gunanya rumah bersih kalau sunyi tanpa riuh rendah anak-anak yang seorang kuat mengusik dan seorang lagi kuat menangis.
Seorang kuat menyepah, seorang lagi kuat makan.
Rumah bersih, rapi dan teratur tapi hati kita sunyi.
Semalam, semasa ceramah keibubapaan, saya sebutkan kepada ibu bapa yang hadir.
Anak-anak menjadi milik kita sehingga usia mereka 12
Anak-anak akan menjadi milik kita sehingga usia mereka 12 tahun sahaja. Selepas itu, sedikit demi sedikit pegangan dan kebergantungan mereka kepada kita akan terlepas.
Masa itu, hanya kenangan masa lalu sahaja yang akan mengisi hari-hari kita.
Kena pula anak perempuan. Selepas terlafaznya sah pada akad nikah, maka hiraki ketaatan ibu bapa telah jatuh ke nombor dua dan tiga. Waktu itu, segala khidmat dan taat akan ditumpahkan kepada sang suami tercinta.
Tinggallah ibu bapa menanggung kesepian
Tinggallah lagi ibu bapa menanggung kesepian di rumah. Anak perempuan yang kita sayangi, yang kita cintai, yang menjadikan ayah sebagai kekasih pertama, perlahan-lahan dibawa pergi. Waktu itu, hanya iringan doa yang dapat dibekalkan. Agar suami yang menjadi khalifah akan mengetuai bahtera sebaiknya.
Ads
Waktu anak kecil ini, biarlah mereka lakukan apa sahaja. Conteng dinding, buat sepah, kumbah baju, biarkan. Semua itu boleh dibersihkan.
Kerana, satu hari nanti, hanya kenangan itu yang akan menjadi penghibur hati di saat kita merindui mereka.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Ads
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
MasyaAllah! Umur 9 Tahun Hafal 30 Juz Al Quran, Datuk Kongsi Aktiviti Harian Cucunya.
Hebatnya adik kecil ini. Di kala pada usia begini, rakan sebayanya dalam dunia fantasi bermain dengan permainan penuh keriangan, namun sebaliknya adik ini.
Pada usia begini, dia telah mampu menghafal 30 Juz Al-Quran pada usia hanya 9 tahun. Malah pada usia 4 tahun anak kecil ini telah menunjukkan minat untuk menghafal Al-Quran.
Lebih istimewa, anak kecil ini dijaga oleh datuk dan neneknya. Orang kata, biasanya cucu yang dijaga oleh datuk nenek ni manja. Namun anak kecil ini membuktikan duduk dibawah jagaan kedua nenek dan datuknya menjadikan dirinya hebat!
Ikuti perkongsian yang sungguh inspirasi ini. Moga kita semua istiqomah dalam menjadi mukmin yang terbaik.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
9 TAHUN 30 JUZ DALAM KEPALA
Adik ni bernama Haikal Firdaus. Berumur 9 Tahun dan Berasal dari negeri Johor. Kelebihan dia ialah 30 Juz Al-Quran dalam kepala.
Beliau dijaga oleh datuk dan nenek, orang tanya datuk dia, sejak bila adik Haikal ni mula hafal Quran dan bagaimana mana cara didik dia nak suruh rajin hafal Quran?
Jawapan yang diberikan oleh datuk kepada adik Haikal begitu inspirasi.
“Cucu saya mula menghafal Al-Quran sejak berumur 4 tahun dan cucu saya juga perangai dia ni lain dari kanak-kanak yang lain.
kami tak paksa dia hafal al-Quran tapi semua ni kehendak dia sendiri.”
AKTIVITI HARIAN ADIK HAIKAL FIRDAUS.
Bangun pada 5.00 pagi, ambil wudhuk dan solat, lepas solat dia baca al-Quran satu Juz hingga masuk waktu Subuh.
Waktu pagi pergi ke sekolah agama lepas waktu sekolah pada waktu petang dia hafal Hadis 40. Tapi kalau waktu cuti sekolah dia gandakan bacaan Al-Quran setiap hari 4 Juz.
Sumber: FB Mohd Ibrahim via HIMPUNAN CERAMAH DAN DOA ISLAM
Tanyalah pada sesiapa pun yang membesar sekitar tahun 1989 tentang drama bersiri Moero Attact karya Shotaro Ishinomori, yang mengisahkan tentang seorang gadis Jepun (Kojika Chun) yang berusaha bersungguh-sungguh bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi wakil negaranya untuk skuad bola tampar di temasya sukan Olimpik.
Betapa rancangan ini memberi impak dan fenomena yang cukup dasyat, ditayangkan pada hari Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang. Kebanyakan peminat cerita ini akan berlari pulang daripada kelas mengaji malah ada yang sanggup ponteng sekolah agama semata-mata tidak ingin terlepas siaran.
Bukan itu sahaja, malah banyak lagi nostalgia menarik yang tercipta dan ini dikongsikan sendiri oleh follower fb keluargamagzine.
Antara komen menarik
Ini hanyalah sebahagian komen yang dapat dipaparkan dan apa yang pasti cerita ini masih kuat melekat di memori kita semua terutamanya yang sedang membesar sekitar tahun 1989.
EKSTRA INFO :
Mula ditayangkan di Jepun : Pada 5 Januari 1979 hingga 11 Julai 1980 (menjelang temasya sukan Olimpik Mascow 1980)
Mula ditayangkan di Malaysia : Pada tahun 1989 oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Memetik apa yang dilaporkan di dalam Utusan Online bertarikh 25 Mac 2018.
Pada awal tahun 2000, rancangan bual bicara CCTV di Jepun ada menemubual pelakon utama drama tersebut iaitu Chun atau nama sebenarnya Yumiko Araki. Sesi beramah mesra bersama peminat-peminat drama 72 episod tersebut berlangsung kira-kira 15 minit.
Dalam temubual tersebut pelakon dan penyanyi yang sudah pun berusia 58 tahun itu mengakui drama Moero Attack sentiasa membawa dirinya mengenang saat-saat indah ketika usia remaja. Kenangan tersebut juga seolah-olah baru semalam berlalu.
“Satu memori yang sangat indah untuk diingati terutamanya saat bersama rakan-rakan. Ketika membawa watak Chun, umur saya masih belasan tahun lagi. Masih muda remaja dan hidup juga penuh dengan warna warni. Sepanjang penggambaran kami tidak berhenti gelak ketawa.
“Namun yang orang tak pernah tahu sebenarnya saya adalah seorang pemain bola jaring. Dalam masa yang sama, saya tidak pernah meminati bola tampar tetapi disebabkan drama tersebut saya terpaksa mempelajarinya sedikit demi sedikit.
“Salah satu sebab saya sukakan bola jaring berbanding bola tampar kerana sukan bola jaring tidak pernah mengambil tahu tentang ketinggian berbanding sukan lain. Ini kerana tinggi saya cuma 153cm dan tidak layak untuk bermain sukan lain. Tetapi setelah membintangi drama tersebut ramai peminat di luar sana yang tertipu mereka ingatkan saya tinggi,” ujarnya sambil tergelak.
Yumiko Araki
Sepanjang temubual itu juga, pelakon yang pernah berlakon lebih daripada 10 buah drama bersiri ini turut meluangkan masa bermain bola tampar bersama peminat-peminat di dalam studio sambil menunjukkan teknik-teknik dalam drama Mouro Attack yang masih diingatinya.
Mungkin di Malaysia drama ini hanyalah sekadar drama hiburan semata-mata namun bagi negara China misalnya mereka menjadikan Moero Attack yang diterbitkan di Jepun sebagai satu inspirasi kepada pasukan pemain bola tampar kebangsaan mereka.
Drama siri ini ditayangkan berulang-ulang kali di negara tersebut semata-mata untuk merangsang semangat pasukan bola tampar.
Hasilnya pada tahun 1981 hingga tahun 1986, pasukan bola tampar wanita China menjadi juara pada kejohanan bola tampar dunia dan olimpik sebanyak lima kali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan mudah untuk memastikan perkahwinan yang dibina sentiasa harmoni dan bahagia. Malah, kemesraan masih lagi segar bagaikan biarpun sudah lama berkahwin. Begitulah yang diterapkan Datuk Ustazah Siti NorBahyah Mahamood sebagai pendakwah bebas dan pakar motivasi.
Melalui paparan instagram dan laman facebooknya dengan memuat turun gambar bersama suami, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, jelas menggambarkan kemesraan beliau dan. Pasangan ini serasi bersama dengan mengacarakan rancangan Semanis Kurma yang meninggalkan impak kepada kebahagian rumahtangga.
Ibu kepada empat orang anak ini berkata, pernah viral sebelum ini dengan teknik `cakaran harimau’. Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood adalah seperti berikut.
Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.
Langkah kedua pula, ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti
Langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.
Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,” jelasnya.
langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.
Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.
Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’ atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,” katanya.
Keakraban dan kemesraan beliau bersama keluarga sewajarnya menjadi contoh kepada semua. Ikuti yang menjadi rahsia kebahagiaan rumah tangga beliau bersama suami.
TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA
Curahkan kasih sayang dengan sepenuh hati.
Patuhlah kepada suami dengan apa adanya.
Mendengar kata-kata suami dengan baik disertai ketaatan.
Sentiasalah isteri mempertahankan pandangan mata suami dengan memakai pakaian yang baik-baik.
Sentiasa menjaga ‘hidung’ suami dengan memakai bau-bauan yang wangi.
Sentiasa memperhatikan waktu tidur suami.
Sentiasa menjaga makan minum suami.
Jagalah harta benda suami dengan sebaik-baiknya.
Isteri perlulah menjaga keluarga dan anak anak dengan baik.
Jangan sesekali menyebarkan rahsia suami.
Semoga perkongsian tip kebahagian rumahtangga menjadi inspirasi buat kita semua.
Sumber: Instagram Ustazahbayah, www.kelabmama.com dan www.rahsiaperkahwinan.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.