Apabila Kau Tiada Suami Yang Mampu Jadi Pelindung, Allah Akan Hantar Malaikat Untuk Memelihara Kau Dan Anak-Anak.

Share

Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa yang berkongsi segalanya. Suka duka, begitu juga tanggung jawab.

Tidak hanya boleh mengharapkan satu pihak sahaja dalam semua hal. Perkongsian wanita bernama Zeeda Aziz boleh membuka mata pasangan yang sudah berkahwin supaya saling bekerja sama. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Barulah aman rumah tangga kan.

Si suami jangan hanya melepas semua tanggung jawab kepada isteri semata-mata. Nak nak lagi jika masing-masing bekerja. Kena ringan tulang dan bantu apa yang patut. Usah asyik goyang kaki sahaja dengan alasan penat sedangkan dua-dua bekerja.

Zaman ni bukan zaman boleh berharap suami akan setia hingga hujung nyawa. Suami mudah mengugut,

“Aku kahwin lagi satu, baru kau tahu!” hanya untuk membuatkan si isteri tunduk dan patuh. Mungkin ada sesetengah yang berbuat demikian, namun jangan anggap mereka lemah.

Itu yang ingin disampaikan oleh wanita ini apabila kawannya sendiri pernah melalui situasi tersebut.

Bukan mahu menunjukkan si isteri derhaka, namun sekurang-kurangnya bersuara jika ada perrkara yang tidak betul dan diperbaiki untuk keharmonian rumah tangga jua.


Kawan saya pernah diuji begini. Suaminya cuba membuat isterinya tunduk melutut dan merayu supaya tidak diduakan. Mungkin dia mahu merasa ada kuasa sebesar pemerintah gila.

Walaupun sudah berumahtangga agak lama, tapi si suami tak pernah tahu kekuatan sebenar si isteri. Kelembutan isteri dianggap kelemahan yang boleh dipergunakan.

Kawan saya ni ketika tu sedang sarat mengandung. Menunggu hari je nak bersalin. Jadi silap haribulan lah nak menduga emosi mak buyung. Garang perempuan bawa perut ni lain macam sikit.

Saat si suami sebut sahaja yang dia nak menambah cawangan, kawan saya ni dengan penuh senyuman membalas tuntutan suaminya:

“Elok juga tu! Kahwin je lah. Saya pun jemu layan nafsu awak. Barang tak sebesar mana, main pun sekejap. Buat sakit hati je melayan. Carilah orang lain ganti tempat saya. 
Awak nak saya pergi pinangkan ke? Lagi cepat lagi bagus. Saya pun nak beranak dah ni.”

Jadi tak si suami berkahwin baru?
Tak. Diam begitu je. Sampai sekarang belum jumpa jodoh baru.

Kawan saya pula memang dah malas peduli biang suaminya yang asyik layan awek WeChat. Dia hanya sibukkan diri berniaga online untuk sara anak², kumpul duit, beli kereta baru. Laki tak boleh pinjam..kah kah!

Perempuan zaman sekarang bijak mencari nafkah sendiri. Suami nak hanyut dengan hiburan dunia, lantak pi kat dia. Berseronoklah sampai tulang membongkok, kerandut mengecut. Takda sapa kisah.

Nanti bila dah tua, tak ada sapa peduli, boleh buat cerita di Harian Metrofulus ‘Ayah Tua Menangis Diabaikan Keluarga’. Pembaca yang tak tahu cerita mungkin jatuh kesian. Tapi ahli keluarga yang melaluinya, boleh sebut “meh” saja.

To all single moms out there, saya tahu betapa susahnya kamu berjuang untuk membesarkan anak-anak. My mom dah lalui semua tu. It was hard for her, and for us too. Tapi Alhamdulillah, sekarang mak dah boleh menarik nafas lega. Anak² dah besar dan pandai bawa diri. Tak ada yang merapu hala.

Apabila kau tiada suami yang mampu pegang tanggungjawab sebagai pelindung, Allah akan hantar malaikat untuk memelihara kau dan anak-anak. Itu yang kami rasa waktu tu. Sentiasa dilindungi dan dirahmati. InsyaAllah, waktu perit ini akan berakhir dengan kebahagiaan.

Stay strong mommies. 
Love!